Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 30 Mac 2012

Bertanyalah pada yang sepatutnya !




Bertanyalah kepada yang sepatutnya, agar tidak timbul sebarang kekeliuran, atau salah pentafsiran, dan juga salah maklumat,

sebab tabiat ramai orang - kalau ada apa apa mesti akan bertanya dari sumber tak rasmi - sudahnya kalau ular melintas sebesar lidi - hujungnya dah jadi sebesar lengan!

kata aku: Pepatah cina - kalau berkirim pisang setandan - yang sampai hanyalah tandannya, kalau berkirim cerita - yang sampai bukan lagi cerita! tetapi dongeng !

nota kaki : kalau berita yang di sampaikan itu tidak betul... pasti implikasi yang terjadi tu mendatangkan mudarat kan...  jadi fikir fikirkan lah yer




Rabu, 28 Mac 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 28-03-2012 - Tak ramai yang tahu!




Apabila hanya gambar yang bercerita !


Tak ramai yang tahu pasal nie sebab tu lengang jer ! ker org memang tak minat ? 
detail dia kat >>sini<<


hemm entahlah !

kata aku: seronok pergi sini ! tak percaya pergilah !

Isnin, 26 Mac 2012

Hubungan Tanpa Ikatan sah !




Hubungan tanpa ikatan yang sah, tak menjamin apa-apa! Sekalipun dia menjanjikan Bulan dan Bintang, waima Matahari Sekalipun, percayalah hubungan itu tidak akan menjamin apa apa dan juga tidak akan kemana-mana !


kata aku:  masyarakat kita terlalu mementingkan apa yang "WAJIB BUAT" daripada apa yang "WAJIB DI BUAT"....




Jumaat, 23 Mac 2012

Bayi terlipat dua tersepit bawah kereta - Subhanallah !



Korang ada baca suratkahabar hari ini ? 

Pasal Bayi Terlipat dan tersepit di bawah kereta !  Baca kat >>sini <<

Subhanaalah.. tak dapat aku bayangkan berapa sakitnya...

Alasan "TERTEKAN" brek tangan ? hemm entahlah.. kes sebegini bukan lah perkara baru.. tapi macam tiada "alert" dalam masyarakat... jadi apa puncanya... 

Nasib baik lah cuma cedera... (tak kesian ker baby tu akan menderita sepanjang hayat) entahlah dan tak ralat ker bayi yang di kandung dan di usung selama 9 bulan 10 hari, di lahirkan sihat.. tetapi ini yang di terima ?

kata aku : "ZON DEPAN" dalam kereta adalah zon larangan bagi anak aku...

apa pulak kata korang ?



Hidup ini - Jujur dan ikhlaskah kamu ?




Sedikit Renungan buat diri aku dan juga buat semua !



Jujur dan Ikhlaskah KAMU ?


mari kita baca petikan ini...

"Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah". (Surah Al-Baqarah:214) 

jadi bagimana ? Jujur dan ikhlaskah kamu dalam perbuatan kamu seharian ? marilah kira perbetulkan niat dalam segala perbuatan kita....

kata aku: Hidup ini hanya sementara... entah esok entah lusa.. kita ditakdirkan tidak lagi dapat menikmati nikmat "HIDUP"...  bagaimana ???





Rabu, 21 Mac 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 21-03-2012 - Yummy !




Apabila hanya gambar yang bercerita...

Sedapnyer kan...

menu yang aku sangat gemari! - Aroma dia.. pergh...

kata aku: tak apa kot sekali sekala kan.. cuma hari Isnin sampai Sabtu jer...

korang pulak suka tak ?



Sabtu, 17 Mac 2012

Video ini mampu buat aku menangis ! - korang ???




aku nak kongsi dengan korang ...



kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita miliki selama ini....

Begitu payah hidup budak ini .. demi sebuah "KEHIDUPAN"

kata aku : serius... tiap kali aku tengok video nie.. pasti air mata aku melelah.... tak tahu kenapa....




To buy A Car ! - korang mesti ambik tahu nie !



To buy A Car,

you need to inspect and confirm it should have "6 Wheels",

4 at the Ground,

1 a spare wheels (Tyre)

and what the next wheel?




it should be a "steering wheel" lor.. if not how you going to drive your car !


ha ha ha ... lawak petang sabtu jer nie....

kata aku: kadang-kadang aku confiused - antara car wheel dan steering wheel sebab panduan hanya cakap arm at wheel ... nak letak tangan kat mana ? al maklumlah sekolah aku jer tinggi..




Jumaat, 16 Mac 2012

Seksta Suami beristeri 3 dan Sambal belacan - Sekadar lawak dan teguran!




p/s:aku cedok dari blog aku yang lama, yang mana ? biarlah rahsia...
Seksta Suami beristeri 3 dan Sambal belacan …. 
Sekadar teguran dalam melawak!

Di Rumah Isteri no 1

Suami    :Awakkan tahu saya tak boleh makan nasi ...kalau tak ada sambal belacan..kenapalah awak buat macam nii kat saya...

Isteri 1  :Maaflah abang...... Ah Chai tu kata stock belacan dah habis....

Suami    :Dahlah cakap banyak tak guna......saya nak balik rumah Milah madu awak tu… (isteri kedua).....

Isteri 1  :Janganlah abang...malam niii kan turn saya........

Tanpa banyak cerita...suami terus angkat kunci kereta...... Jalan.....

 Di rumah Isteri no 2 !

Suami    :Mana sambal belacan ????

Isteri 2  :Tengok jam pukul berapa ???? Abang balik dah lewat sangat...tentulah sambal belacan dah habis....

Suami    :Buatkan lah untuk saya sikit......

Isteri 2  :Tak mahulah saya.. Dah malam niii bising bunyi lesung batu....marah orang nanti....(sambil menampal bedak sejuk kat mukanya)… apa pakai blander tak boleh ker ?

Tanpa banyak cerita jugak..suami terus angkat kunci kereta...... Jalan.....

Di rumah isteri ke 3 !

Suami   :Tak buat sambal belacan ker malam niii???

Isteri 3  :Tak buat pun...... (Sambil mengecat cutteq kat kukunya)

Suami   :Kenapa tak buat  ?????

Isteri  3 : I mana suka makan sambal belacan...you sorang ajer yang suka....lagi pun mana I tahu you nak balik  kan malam ni..... lagi pon bukan giliran I kan malam nie…

Suami    :haaaaaaaaaaaa..... Semua tak ada sambal belacan...macam niiii Aku kahwin lagi satulahhhhh.....

Isteri  3 :Boleh I bagi cadangan ?

Suami    : Apa dia????

Isteri  3 : so yang  keempat niii you kahwinlah dengan tauker atau anak tauker belacan yerrrrr.... senang hari hari you boleh makan sambal belacan.. nak bau belacan hari hari pon tak apa…

Suami    : Laaaaa…..  ishk ! macam mana nie ?


 
 Mesti terliur kan... pergh !
korang dah baca???? Apa pendapat anda.....Dalam dialog nii ada yang tersirat Dan tersurat....Jadi Fikirkanlah....

(Dialog nii adalah rekaan semata2..tiada kena mengena dengan manusia didunia ini..Jika ada...hanyalah kebetulan sahaja ... dan kredit kepada "kawan" lama aku - (idea dia nie aku cuma olah sedikit-sedikit ajer)

kata aku: Ber"Madu" =  manis di nama tapi tak manis di jiwa !



Sesunguhnya Aku Insan yang Lemah !




Jom Kita sama sama hayati Lirik Lagu ini

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

- RAPUH - OPIC.



kata aku : Sesunguhnya kita semua adalah insan yang lemah dan tak lari dari melakukan kesilapan...

nota kaki : Sesunguhnya DIA yang mengetahui segalanya...



Khamis, 15 Mac 2012

Update Status "MENGEJAR KAKI PELANGI" - Tamat sudah khidmatmu !




update Novel sulung aku...


gambar sekadar hiasan....

tetapi apa yang berlaku hampir serupa... segala data dan juga penulisan aku terkubur bersama-sama tamatnya khidmat pen drive aku, 

yang ada dalam backup laptop hanyalah  2 Chapter...

Memang salah aku... malas nak backup...
sebabnya aku berkongsi laptop !


hemm... entahlah.. nasib.... kalau di ikut hati yg marah... aku nak jer berehat dari menulis sekejap !

kata aku : ada ker yang sudi nak "sedekah / pinjam / pajak" kat aku lappy korang yang dah lama tak pakai... daripada berhabuk ada jugak faedahnya kan...  tapi ada ker ?

nota kaki : aku ambik mood nak menaip semula.....




Rabu, 14 Mac 2012

comel & cute kan ?? nak ker ?




cute dan comel kan ?? korang nak ker ?




kalau yang ini pulak ?

 tapi yang ini x der lah stock

nak ker ?  tunggu......

kata aku : cantik itu hanya dapat baca oleh "HATI"







SEPAK
- pakai kaki ker pakai tangan ?

tolong jawab sikit....

kata aku : aku pon keliru.. jom nyanyi lagi keliru jom...



Apabila hanya gambar bercerita ! 14-03-2012 - Hakikat dalam perkahwinan masa kini !




Apabila hanya gambar bercerita - Hakikat dan kebenaran dalam perkahwinan masa kini !


 seronokkan dapat memiliki 
kereta macam nie ?



tapi pada hakikatnya..

hem... 
Married but Looking

kata aku: apa yang kita bayangkan indah di luar sebenarnya belum tentu indah di dalam.... 

nota kaki : inilah hakikat yang ada dalam kehidupan masa kini.. percaya kah korang ?? dan apa pulak kata korang ??



Isnin, 12 Mac 2012

Teman Sejati..




cuba korang hayati secebis rangkap dari sebuah lagu....

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Sesungguhnya hidup ini amat singkat dan percayalah teman yang paling sejati adalah diri korang sendiri !

kata aku: hargailah diri korang sendiri....

p/s: Hargailah juga orang di sekeliling korang, sebab di saat ini dapat korang lihat wajahnya .. esok atau lusa belum pasti lagi... sama ada mereka, atau korang yang akan "PERGI"....



Sabtu, 10 Mac 2012

aku terfikir, betul ker macam nie ? - (update 10-03-2012 14:15)




aku terfikir...

Masa bercinta - di kejar wartawan -
 Keluar dalam paper dan majalah tabloid atau gosip....

Masa Berkahwin - di kejar wartawan - 
   Keluar kat "Nona" - atau "Rancangan Khas",

Masa Bergaduh & Bercerai (Masuk Mahkamah)
di kejar wartawan - 
    Keluar kat "MELODI" dan seumpanya....

Masa Meninggal Dunia - masih lagi di kejar wartawan - 
    dan keluar kat "Buletin Utama"


Lepas tu kalau ada misteri dengan punca kematian - wartawan tetap kejar jugak...
 dan keluar pulak kat "MASTIKA"....yer ker ?


kata aku : susah jugak hidup sebagai "artis" dan jugak "wartawan" nie ek ?? apa kata wartawan & artis pulak ek ? eh ada ker wartawan & artis yang baca blog aku nie ???



Khamis, 8 Mac 2012

Hidup ini 08- Mac, 2012 - "SENDIRI"




Dalam hidup ini, 

Adakalanya kita perlu "SENDIRI" untuk menilai diri kita sendiri....namun begitu bersyukurlah kerana kita masih "ADA" dan masih "SUDI" berada di sisi kamu !


gambar sekadar hiasan


p/s: kini aku sedang bersendiri, untuk menilai diri ini....



Rabu, 7 Mac 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 07-03-2012 - MIFF 2012




Apabila hanya gambar mampu berbicara


Detail dia dekat sini




Selasa, 6 Mac 2012

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU



aku nak join segmen nie...

Sebab aku nak korang kritik blog aku nie apa yang kurang dan apa lagi yang perlu di perbaiki, serta apa pulak yang terlebih ?? ada ker ?? he he he.. lebih kata-kata kot... jangan takut aku tak akan santau korang ... ha ha ha ha

jadi apa lagi meh lah kritik blog aku.. jaga jaga -- ada batu kat tangan aku nie... he he he gurau jer...


kata aku: ikhlas tu di ukur dari dalam hati yer... jadi korang sendiri yang tahu korang ikhlas ker tidak.... dan jangan lupa senyum..






Isnin, 5 Mac 2012

Misi untuk bertemu dengan Mazidul Akmal Sidek (999)

korang kenal dengan Saudara Mazidul Akmal Sidek ?


Sdr. Mazidul Akmal Sidek yang popular 
dan sinonim dengan rancangan 999 di TV3




Misi bertemu dengan beliau aku rancang kerana beliau ada datang berhampiran dengan rumah "aku" iaitu ke Jeram Toi yang mana hanya ambil masa kira-kira kurang 10 minit memandu kereta...  butirannya >>di sini<<

malah bukan beliau sahaja yang datang Team Penyingkap Fakta 666 pon ada .. rujuk >>di sini<< 

dan tujuan aku yang utama nak bertemu dengan saudara Mazidul ini adalah kerana projek Free Balls detailnya >>disini<<  dan juga >>disini<< walaupun tidak banyak yang aku boleh sumbangkan...

namun begitu sebanarnya ada sedikit perkara yang aku rasa aku perlukan bantuan beliau (al-maklumlahkan beliau merupakan antara jornalis ternama dan yang agak lantang bersuara - aku kagun dengan cara beliau nie)

Awal pagi Ahad (4-03-2012) dalam keadaan aku kurang sihat tetapi aku gagahkan juga diri untuk memandu ke Jeram Toi - melunsuri Kg.Pantai -Seremban dan mendaki Bukit Tangga dan di sana aku menemui satu kindahan ciptaan ALLAH SWT - iaitu puncak bukit di selimuti dengan awan .... 

Suhanallah ! Indahnya ciptaanMU YA ALLAH !!!

aku sempat berhenti di tepi jalan dan keluar dari kereta untuk merasai nikmat awan (kabus) memabasahi pipi ... nyaman sunguh ! SUBHANALLAH ! tak putus-putus itulah ungkapan yang sentiasa terungkap dari mulutku.. dan tanpa aku sedar pemandanganku berkaca-kaca kerana dalam tak sedar aku melelahkan air mata... YA ALLAH syukur pada MU aku di beri peluang untuk melihat keindahan ciptaan MU YA ALLAH ! lebih kurang 15 minit aku merasai nikmat dibasahi awan.. aku rasa takut terlewat untuk misi aku yang utama - iaitu bertemu saudara Mazidul.... aku teruskan perjalanan... menuju ke Jeram Toi....

Setibanya aku dia Jeram Toi.lebih kurang jam 9.20pagi... aku pelik...... hanya terdapat beberapa buah sahaja kereta di tepi jalan.. namun begitu aku menyangkakan yang "mereka" pakir di sebelah atas... namum begitu ianya "kosong" - lantas aku kembali ke tepi jalan, dan mendaki tangga-tangga di Jeram tersebut, manalah tahu kalau-kalau "mereka" masih ada lagi di atas... namun begitu sama juga "kosong" dan yang ada hanyalah beberapa "pasangan" yang sedang menikmati kesejukan air terjun tersebut...(memang tidak di nafikan airnya memang sejuk...sebab aku memang biasa membawa anak untuk mandi manda di sini) tapi yang pasti "MEREKA" tiada di sini, setelah aku bertanya dengan pegawai yang bertugas di sana.... hemmm... "HAMPA" sungguh... namun begitu, aku tetapi menunggu hingga jam 9:50 pagi, manalah tahu kalau kalau pegawai tersebut tersilap... namun jawapanya tetap - "HAMPA" dan aku yakin misi ini "GAGAL" kerana tidak berjaya bertemu dengan Saudara "Mazidul Akmal Sidek"

- persoalan pula timbul - 
1)adakah aku tersalah tarikh - 04-03-2012? 
2) atau ada Jeram Toi di lain lokasi ? 

- inlah persoalan yang bermain-main dan berlegar-legar dalam minda aku semasa memandu menuruni Jalan Bukit Tangga..... entahlah...  mungkin tiada rezeki bagi "aku" bertemu "mereka" dan ALLAH tidak menyuratkan aku bertemu dengan "mereka" tetapi Insallah aku akan cuba juga untuk bertemu dengan "MEREKA" sekiranya mereka "SUDI" untuk meluangkan masa, untuk "aku"  INSALLAH... dan aku memahami mereka mempunyai agenda yang lagi penting yang perlu mereka selesaikan....

apa apa pon buat Saudara Mazidul Akmal Sidek.... saya amat mengagumi anda dan berharap agar dapat bertemu di masa hadapan, dan juga Team Penyingkap Fakta 666, semoga dapat menyuraikan lagi banyak perkara yang selama ini "tersimpan" dalam minda orang kita....


kata aku : harap sangat nak jumpa dengan Sdr.Mazidul ini... tak apa lah lain kali kot...

NOTA KAKI : "MISI GAGAL"



Jumaat, 2 Mac 2012

Apa??? air kosong RM1.50 - biar betul....



Apa?????  air kosong RM1.50 segelas.... biar betul, apa dalam air tu ada perisa strawberry ker atau epal ? tak pon leh hilang dahaga sampai esok ??

ada baca berita ? dapatkan >> di sini <<

tak kiralah kat mana.. kat KLCC ke kat Mamak ker kat Gerai tepi jalan mcm kegemaran aku ke aku memang tak leh terima kalau segelas air kosong berharga RM1.50.... itu dah sampai tahap melampau ! dan langsung tak masuk akal, entah-entah air paip aje yang dia tadahkan bagi korang minum.. cepat lah tokey dia beli banglow kan

kata aku : lepas nie kenyataan "MAKANAN & MINUMAN LUAR DI LARANG BAWA MASUK" tak boleh di terima pakai sebab aku akan bawa air kosong aku sendiri...

p/s: kalau aku di charge RM1.50 bagi segelas air kosong, pasti aku mintak resit dan aku bawa ke TTPM, kalau tak jangan charge macam tu punya harga, dan itulah kali pertama dan jugak kali terakhir aku makan di kedai tu, lepas tu jumpa di TTPM yer...





Khamis, 1 Mac 2012

Siapa ada guna Iphone, Blackbery dan laptop? URGENT!

pernah tak korang mengalami masalah seperti ini ? sedih ? rasa terkilan ? nak buat macam mana kan... tapi sekarang bagi korang yang jenis pelupa, main letak-letak ajer lepas tu mengelabah mana handpone aku.... rupa-rupanya dah lesap.... jadi korang leh cuba satu perisian ini,



Nama program ini adalah "PREY" - daripada www. preyproject.com yang mana program ini akan membantu korang mengesan di mana lokasi devices tersebut, dan yang paling best korang boleh mengaktifkan web cam pada laptop dan mendapatkan screenshot muka pencuri tersebut! Jadi ini serba sedikit dapat membantu pihak polis menangkap penjenayah tersebut !

nak dapat keterangan lanjut korang boleh layan video kat bawah nie... 




atau pergi ke laman web preyproject.com tersebut.


p/s: semoga kita dapat bersama-sama mencegah jenayah dan juga mendapat kembali barangan berharga kita yang di curi atau di rompak.


kata aku : aku dah cuba pon system ini.. memang supreb beb.. kalau tak caya korang cuba lah sendiri....


nota kaki : kalau korang di rompak, kalau ada system ini, kita boleh tangkap kembali perompak tersebut... tapi jangan memandai-mandai tau.. report kat polis dulu tau ! kang lain pulak jadinya....



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks