Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 25 Mei 2012

Jalan ini yang aku pilih !



aku yang pilih dan buat keputusan ini !,

setelah 13 tahun berkhidmat - aku nekad tinggalkan company ini !

mungkin lepas ini aku akan jarang online dan jarang update blog ini... entah aku pon belum pasti !tapi mengambil keberkatan Hari Jumaat ini, aku harapkan kawan-kawan mendokan aku di berikan kekuatan dalam menceburi bidang baru ini !, namun begitu janganlah lupa akan kewujudan blog aku ini, dan sudi sudilah tegur aku di Twitter yer... insallah kalau ada kesempatan aku jawab...


kata aku : doa dan kata-kata semangat daripada kawan-kawan amat aku hargai !

nota kaki : " kita perlu lompat keluar - untuk lihat dunia!" seperti entry ini...


Rabu, 23 Mei 2012

Apabila hanya gambar yang bercerita - 23-05-2012!



Apabila hanya gambar yang bercerita - 23-05-2012 


 tapi


ramai di antara kita yang dalam keadaan begini !

kata aku: cabaran hidup ini menjadikan kita jadi "KUAT" !





Selasa, 22 Mei 2012

Hidup ini - 22.MEI.2012




Dalam hidup ini,

Janganlah kamu berasa terlalu gembira dan megah dengan pakaian berjenama dan mewah, 
kerana takut esok kamu akan berduka tekala di baluti dengan pakaian yang murah yang di panggil “KAFAN



Janganlah kamu terlalu bergembira dan megah dengan berkenderaan mewah, 
kerana kelak kenderaan terakhir yang akan kamu naiki adalah “PENGUSUNG JENAZAH



Janganlah kamu bermegah-megah dan bangga dengan rumah yang dan mewah, 
kerana rumah terakhir kamu hanyalah “LIANG LAHAT”, yang sebesar Cuma beberapa langkah !

 
Kata aku : hidup ini hanyalah sementara dan jangan kita alpa dengan fitnah dunia !


Isnin, 21 Mei 2012

Berpada-padalah dalam bergurau !



Berpada-padalah dalam bergurau !

kata aku: kalau tak kena tempat / masa / ketika, akam menimbulkan rasa kurang senang orang lain, silap silap - "BIRU MATA HITAMKU!"

ini satu contoh bergurau secara melampau ! baca kat >> sini << 



Sabtu, 19 Mei 2012

kalau kau tak boleh, maka...



Dalam hidup ini.. kalau kau tak boleh menjadi pendamai di antara dua pihak yang bertelagah, maka janganlah kau menjadi pengacau di antara keduanya!



kata aku: andainya kau tak jelas atas sesuatu perkara, maka janganlah sesuka hati membuat andaian atau penafian serta merancakkan sesuatu cerita itu, janganlah hanya kerana mahukan nama, kau hancurkan segalanya !


Nota kaki: kita hidup ini sebagai manusia, tidak lari dari membuat / melakukan kesilapan, jadi tegur menegur itu adalah baik, bermuzakaralah, berbincang lah dan berfikirlah sebagai manusia, sebab hidup ini penuh dengan tangungjawab yang akan di soal "DI SANA" nanti....


Khamis, 17 Mei 2012

Kalau dah sayang - hati tak boleh di tipu !



korang ada baca harian metro hari ini ? - 17-05-2012

Pasal Aidil - tarik balik permohonan cerai dia kepada Rita Rudani..

Terima Kasih  Harian Metro Online!

walaupun sejahat mana dan seteruk mana sekalipun pasangan kita, sekiranya di hati masih ada perasaan sayang, segalanya masih boleh patah balik, buang yang keruh ambil yang jernih, dan jangan mengungkit-ungkit agar tidak lagi menjadikan keadaan jadi lebih parah.

dalam hidup ini !

Semua benda boleh di tipu tetapi bukan hati kita sendiri.

kata aku :  Urusan rumahtangga kita, hanya kita sahaja yang layak menguruskanya.. orang luar hanya boleh memberi pandangan sebagai orang luar, segala keputusan dan tindakan adalah hak mutlak kita sendiri ! -

nota kaki : maka ramailah lelaki yang menghantuk kepala ke dinding sebab tak dapat nak tackle Rita nie... (betul tak ? - it just my guess...)


Rabu, 16 Mei 2012

Apabila hanya gambar yang bercerita - 16-05-2012 ! kalaulah semudah begini !



Kalaulah semudah sebegini untuk melupakan sesuatu yang menyakitkan dalam hidup ini...


tapi hakikatnya - ianya tidak semudah begini !

kata aku : andainya ianya semudah begini, pasti tiada "KENANGAN SILAM" yang meracuni kebahagiaan seseorang !



Selasa, 15 Mei 2012

kau mahu berjaya ?



Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kejayaan dalam kehidupan, Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dan perkara asas dalam hidup.

kata aku : belum tentu orang yang berpendidikan rendah tak boleh berjaya, dan tidak ada jaminan orang yang berpendidikan tinggi itu akan berjaya dalam hidupnya !apa yang penting ! Berusaha ! berusaha ! berusaha, berdoa dan tawakal.. insallah ! kalau dah itu hak kita ! semestinya kita akan milikinya !


Isnin, 14 Mei 2012

doa dari rakan-rakan plssssssss..




aku berada dalam keadaan yang tertekan sekarang ini ! - cabaran hidup, 
tolong doakan yang terbaik buat aku dan agar aku mendapat kekuatan serta kesabaran buat masa ini....

kata aku: inilah cabaran hidup !



Jumaat, 11 Mei 2012

sebuah kapal !



Andainya kita sebuah di dalam sebuah kapal, apabila ada "BOCOR" semasa dalam "PELAYARAN" , mestilah "DI TAMPAL" dari "DALAM",  kalau "TAMPAL" dari "LUAR" - jawabnya "LEMAS".


kata aku: ramai orang apabila terjadinya kebocoran kecil sahaja dengan segera mereka melompat terjun / keluar, dengan sangkaan kapal akan karam, padahal ianya boleh di tampal, akhirnya kapal berlalu pergi, maka terkapai-kapailah dan  dia hanyut,tengelam dan karam...


kalau...



kalau kita berani menggangu hak individu lain, maka mahu atau tidak mahu kita mesti bersedia untuk hak kita pula di ganggu !


kata aku : life is a cycle !




Khamis, 10 Mei 2012

Alhamdulilah ! tapi....



 gambar dari http://rafinamimi.com

Semalam kecoh pasal video "IRA" (layak ker dia dipanggil IBU?) yang memukul anak tu kan, aku pon tak terkecuali dari membuat entry perkara yang sama, semangat berkobar-kobar dan marah serta simpati untuk bantu memberhentikan tindakkan dia yang di amat keterlaluan, namun aku bersyukur dan mengucap kan Alhamdulilah ke hadarat ILAHI kerana kes itu sudah lama dan pelakunya si "IRA"  telah pun di tangkap serta telah di kenakan hukuman, walaupon rasanya tak berbaloi, hanya penjara selama 18 bulan sahaja, tapi siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman, dan mesti "IRA" ada jawapan mengapa dia tergamak melakukan perbuatan "LUAR KAWAL" itu.

Namun dalam masa yang sama aku teringat di luar sana - masih ada ramai lagi orang-orang yang bersikap & berkelakuan seperti "IRA" malahan ada yang lebih teruk daripada itu...

Percayalah... kerana aku pernah saksikan di depan mata aku sendiri...(tapi tak tergamak nak merakamkan) malahan aku ada bersama-sama cuba meleraikannya.. dan aku terfikir di situ anak itu selamat. "DI RUMAH????" tak siapa yang tahu, aku bersedih dan termenung serta berfikir hanya ALLAH yang tahu...
.

kata aku : kita bukanlah sesiapa untuk menjatuhkan hukuman, jadi jangan bertindak di luar kawalan, dan apa usaha kita untuk menghentikan "tabiat" ini... 

nota kaki: urus & tangani stress dapat membantu "kawalan kendiri", anak satu amanah dan pinjaman - bersediakah untuk menjawab semasa "DI SANA" nanti ?




Rabu, 9 Mei 2012

Subhanallah ! apa dah jadi nie! Aksi ganas ! - UPDATE



Subhanallah apa dah jadi nie !

korang jom tengok video nie !




persoalanya : anak dia kah itu ? apa masalahnya ? kenapa boleh jadi begini !

kata aku : kesian kat bayi tu, tak apa sekarang ini ko siksa dia, tengok bila ko dah tua nanti, dia balas ko balik macam mana ? - hidup ini bagai roda ! sekarang ko di atas, esok lusa pasti ko di bawah !

nota kaki : kalau nak lepaskan geram - lepaskan pada yang sepatutnya jangan yang tak tahu apa apa...

UPDATE - 10-MEI-2012
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai. “Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

sumber : fb - PDRM & http://rafinamimi.com

Apabila Gambar bercerita ! - 09-MEI-2012 - Bahaya rupanya!



Bahaya Duduk Atas Dompet


patutlah selama nie aku selalu sakit pinggang & belakang !

jadi kawan-kawan semua marilah kita ubah demi untuk "KESIHATAN"

kata aku: kesihatan itu mahal harganya..




Selasa, 8 Mei 2012

Sebab harta !




percaya atau tidak sebab harta yang tidak seberapa, adik beradik jadi musuh, sepupu berparang, cucu cicit saman menyaman, apa harta tu nanti akan jadi sendal mayat engkau masa kat lahad nanti ker ?



 sesunguhnya tidak bukan, jadi engkau sebagai yang lebih "dewasa" tunjukkanlah contoh yang baik buat adik adik ! 

Malulah sedikit dekat anak-anak saudara, dan juga jiran tetanga.

Dan ingatlah - apabila kita di panggil menghadapNYA... hanyalah 7 helai (bagi lelaki) atau 8 helai (bagi perempuan) pakaian yang kita bawa... harta itu hanyalah pinjaman semata-mata...

kata aku : kes saham FELDA (FVGH) nie sampai bawak ke mahkamah, walhal belum tentu lagi berapa yang dapat... siap dapat perintah mahkamah halang dari yang mengusahakan itu menerima, abis dia usahakan dia tak dapat apa-apa, ko yang tak usik apa apa nak pulak semua ! - apa punya pemikiran lah ko nie... sebagai anak saudara aku sungguh malu dengan tidak tanduk ko... eh bukan ker bahagian anak lelaki lebih berbanding perempuan dalam faraid ? abis tu naper makcik buat adik lelaki makcik macam tuh ? kan keluar dari perut yang sama !


 




Rabu, 2 Mei 2012

Apabila Gambar bercerita ! - 2 MEI 2012 - Harga sebuah pengukur masa !



Apabila Gambar bercerita ! - 2 MEI 2012 - Harga sebuah pengukur masa !

Lokasi : JPO - Johor Preminum Outlet

 kilk gambar untuk besarkan imej

Jenama kesukaan aku : SEIKO !


Harga dari RM 7XX - to RM10K ++ nilai sebuah pengukur masa !

kata aku : kalau pakai jam yang beribu-ribu  tetapi tak tahu menghargai masa - itu lagi tak berguna kan.. biarlah pakai jam beli RM10.00 di pasar malam.. tapi amat menghargai masa itu 1000 kali lebih baik !







Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks