Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 28 April 2012

Nestlé 100 tahun di Malaysia - uih dah 100 tahun !




Entry ini sempena Peraduan Nestle 100 tahun, dan ke dua-dua anak aku mengunakan produk Susu Tepung berfomular Nestle Dutch  Lady 1,2,3 pada awalnya dan seterusnya 4,5,6  serta 6 buat masa ini,



Untuk pengetahuan semua kedua-dua anak aku ini merupakan kanak kanak istimewa, jadi pelbagai cabaran dan juga dugaan dalam membesarkan mereka, yang pertama mengalami Autisme dan juga Hyperactive, manakala yang kedua mengalami Hyperactive yang agak serius,

Saat indah anak anak aku ini adalah pada satu hari, semasa isteri aku kurang sihat, mengalami batuk yang teruk dan juga demam, anak kedua aku beria-ia hendak mengambil air sejuk di dalam mangkuk, pada mulanya aku melarang dia bermain air, kerana takut tertumpah dan boleh menyebakan mereka atau orang lain tergelincir, tetapi dia tetap berusaha mengambil air di dalam gelas plastik, agar aku tak perasan sangat, lalu dia duduk di sisi isteri aku yang sedang berbaring di atas katil di dalam di bilik,lalu anak aku telah membasahkan sehelai sapu tangan dan mengelap dahi dan leher serta kaki isteri aku, sambil membaca surah Al-fatihah, aku saling berpandangan dengan isteri aku, dan tak sangka dia akan buat begitu, ini mungkin kerana aku dan isteri akan selalu melakukan perkara begitu apabila mereka kurang sihat, selepas memberi mereka makan ubat.

Aku sungguh terharu dengan apa yang telah dia lakukan, lalu memeluk kedua-dua anak aku dengan lingan air mata gembira, sungguh aku tidak sangka mereka dapat memikirkan serta melakukan perkara tersebut…

Terima Kasih juga buat Nestle kerana menghasilkan serta mengeluarkan produk yang terbukti bagus dan baik untuk perkembangan kanak-kanak, sekali pon mereka dari golongan kanak-kanak istimewa… kerana TT ratio dan juga DHA nya.. yang terbukti berkesan untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Kepada yang lain yang berminat untuk sama sama menyertainya sila lah berkunjung ke >>SINI<< dan tarikh tutup 30.November 2012  banyak juga hadiah yang di sedikan oleh Nestle nie…

Kata aku: pengalaman mengajar aku mengenali erti kehidupan, susah payah dan jerih perih kehidupan mengajar erti nikmatnya ketenangan serta keamanan dalam hidup.


3 ulasan:

ali berkata...

hebad nestle ni... nestle ni pon ade maggi kan ?? orang kalau mee segera cap harimau pun orang panggil maggi. haha.

macam colgate gak, kat umah Ali, ade orang panggil 'ubat gigi' seme panggil colgate. hahahaha

Sudi komen di blog i tak ?? entri lama2 sekali.
Klik sini slow2

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Nestle ngn Kita dh synonym, membesar dgn nestle... :)

Mak lagenda berkata...

Gud luck bro..

Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks