Subhanallah apa dah jadi nie !
korang jom tengok video nie !
persoalanya : anak dia kah itu ? apa masalahnya ? kenapa boleh jadi begini !
kata aku : kesian kat bayi tu, tak apa sekarang ini ko siksa dia, tengok bila ko dah tua nanti, dia balas ko balik macam mana ? - hidup ini bagai roda ! sekarang ko di atas, esok lusa pasti ko di bawah !
nota kaki : kalau nak lepaskan geram - lepaskan pada yang sepatutnya jangan yang tak tahu apa apa...
UPDATE - 10-MEI-2012
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai. “Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.
sumber : fb - PDRM & http://rafinamimi.com