Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 28 April 2012

Nestlé 100 tahun di Malaysia - uih dah 100 tahun !




Entry ini sempena Peraduan Nestle 100 tahun, dan ke dua-dua anak aku mengunakan produk Susu Tepung berfomular Nestle Dutch  Lady 1,2,3 pada awalnya dan seterusnya 4,5,6  serta 6 buat masa ini,



Untuk pengetahuan semua kedua-dua anak aku ini merupakan kanak kanak istimewa, jadi pelbagai cabaran dan juga dugaan dalam membesarkan mereka, yang pertama mengalami Autisme dan juga Hyperactive, manakala yang kedua mengalami Hyperactive yang agak serius,

Saat indah anak anak aku ini adalah pada satu hari, semasa isteri aku kurang sihat, mengalami batuk yang teruk dan juga demam, anak kedua aku beria-ia hendak mengambil air sejuk di dalam mangkuk, pada mulanya aku melarang dia bermain air, kerana takut tertumpah dan boleh menyebakan mereka atau orang lain tergelincir, tetapi dia tetap berusaha mengambil air di dalam gelas plastik, agar aku tak perasan sangat, lalu dia duduk di sisi isteri aku yang sedang berbaring di atas katil di dalam di bilik,lalu anak aku telah membasahkan sehelai sapu tangan dan mengelap dahi dan leher serta kaki isteri aku, sambil membaca surah Al-fatihah, aku saling berpandangan dengan isteri aku, dan tak sangka dia akan buat begitu, ini mungkin kerana aku dan isteri akan selalu melakukan perkara begitu apabila mereka kurang sihat, selepas memberi mereka makan ubat.

Aku sungguh terharu dengan apa yang telah dia lakukan, lalu memeluk kedua-dua anak aku dengan lingan air mata gembira, sungguh aku tidak sangka mereka dapat memikirkan serta melakukan perkara tersebut…

Terima Kasih juga buat Nestle kerana menghasilkan serta mengeluarkan produk yang terbukti bagus dan baik untuk perkembangan kanak-kanak, sekali pon mereka dari golongan kanak-kanak istimewa… kerana TT ratio dan juga DHA nya.. yang terbukti berkesan untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Kepada yang lain yang berminat untuk sama sama menyertainya sila lah berkunjung ke >>SINI<< dan tarikh tutup 30.November 2012  banyak juga hadiah yang di sedikan oleh Nestle nie…

Kata aku: pengalaman mengajar aku mengenali erti kehidupan, susah payah dan jerih perih kehidupan mengajar erti nikmatnya ketenangan serta keamanan dalam hidup.


Jumaat, 27 April 2012

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


Aku saje sajer jer nak join segmen Bro Ben Ashaari nie...

apa yang sama Bro ben nie dengan aku...

1) kami sebaya : Umor 36 tahun..
2) Seorang ayah : Ben ada anak lelaki (1 orang)  aku ada anak lelaki (2 orang)
3) Ben main GYM - aku pon main GYM jugak...

Blog Pulak

1) Blog BEN simple (tapi "HOT")  - Blog aku pon simple (Tapi "SEJUK")
2) Blog BEN entry pendek, padat & luahan kata kata.... Blog aku - sama jugak. cuma kurang padat jer kot.
3) iskh dah banyak lah nie.. kang org kata aku "SHADOW" ben pulak...

BTW - TQ Bro BEN ASHAARI - sebab anda adalah idola saya di dunia Berblogging !


kata aku : Teringin jugak nak jumpa Bro BEN nie.. nanti lah kan.. ada rezeki kita jumpa main gym sesama ok!

Kalau korang nak join lihat kat >>sini<<


BERSIH 3.0 - apa yang perlu ?



BERSIH 3.0 "DUDUK & BANTAH" !  pada aku Duduk di Sejadah dan buat amal lagi berfaedah ! hidup ini tidak kekal lama... entah esok entah lusa "PERGI" juga ....

Pergi balik kampung - tengok muka mak ayah dapat "PAHALA".. pergi berhimpun tu buat penat - bercampur lelaki perempuan dapat "DOSA" !

kata aku : sempurnakah akal ? kalau dah tahu menyusahkan tetapi tetap nak lakukannya ? 



Khamis, 26 April 2012

Pelajar maut digilis kereta api - NGERI Sangat! - tak kuat semangat jangan tengok !



Al- Fatihah dan salam takziah ....

Korang ada tengok berita semalam ? atau baca surat khabar ? berita pasal

Pelajar maut digilis kereta api  

kejadian ini berlaku di SEGAMAT JOHOR, (kampung aku lah nie), dan aku sejak petang semalam dah dapat tahu berita ini di FACEBOOK SEGAMAT  nak tahu lebih lanjut sila baca di >>sini<<

 Ada beberapa keping gambar dalam simpanan aku - tak sanggup nak siarkan kerana terlalu mengerikan dan juga demi menjaga sensitiviti keluarga... maaf !

sungguh trajis - dan kereta api di kawasan ini dah  mengobankan banyak nyawa.. dan sesuatu perlu di lakukan untuk mengelak kejadian sama terus berulang !

kata aku : berhati-hati bukan hanya di jalan raya tetapi di mana mana sahaja kita berada..

nota kaki : oleh kerana nak cepat seminit dua - akhirnya kita lambat selamanya ! sedih bukan !



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks