Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah - TV Tak Perhatin



Assalamualaikum....


Salam Maal Hijrah -  kepada Semua 

Wasatiyyah Tongak Kesatuan Ummah !

Semoga Tahun Baru Hijrah ini akan memberi satu lembaran baru buat kita semua Insallah !





Dan di kesempatan ini aku nak tegur Pengurusan Satu Stesyen TV Swasta yang agak top jugak kat Malaysian ini...apa lah kena dengan korang semua nie....


Ada ker patut Malam Sambutan Maal Hijrah - di siarkan pertandingan pencarian bakat nyanyian, tidakkah perihatin dengan Keadaan Semasa ?

Tak boleh ker pertandingan itu di tunda sehari atau di lain masa sedangkan itu waktu perdana... hemm...  


kata aku : betullah kata sesetengah pihak, kebiasaanya hasrat dan cita-cita di binasakan oleh pelaksana itu sendiri....      
-->

Rabu, 7 November 2012

Apabila gambar yang bercerita - Bersyukurlah


 
Assalamaualaikum...

aku nak share 2 keping gambar - 


hanya mampu melihat - 
tidak mampu untuk merasai...


Tapi ramai di anatara kita 
begini

Jadi bersyukurlah

kata aku : sesekali letakkan kaki anda di kasut orang lain, jadi anda akan merasa apa yang mereka rasa


Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Aidil Adha... & Ramai di antara kita begini..


 
Assalamualaikum... & salam Sejahtera...


Selamat Menyambut Aidil Adha... Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan ..
dan berhati hati di jalan raya - jangan sampai jadi korban...
 
 
dan sempena hari Rabu 
inilah diantara kita tidak dapat dinafikan begini..
   

kata aku: senyuman di muka.. kadangkala hanyalah lakonan tapi di dalam hati siapa yang tahu ???
 
 
 

-->

Jumaat, 12 Oktober 2012

7 Kaliamah - apa yang korang nak tahu ?



  Assalamualaikum -

aku sekadar nak berkongsi sesuatu dengan semua rakan-rakan.. dan harap dijadikan amalan seharian.. mudah- mudahan ada keberkatanya... Insallah...


7 kalimat yang harus di biasakan..


1.Bismillahirrahmannirrahim

-Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah

-Setiap habis melakukan sesuatu, atau mendapat sesuatu.

3.Astagafirullahalazim

-Jika melakukan sesuatu yg buruk, atau dosa.

4.InsyaAllah

-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah

-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun

-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah

-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Ada 2 pilihan untuk anda :


1.Biarkan saja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda. dengan sharekan di facebook atau sebagainya..

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang menyampaikan walaupun 1 ilmu saja dan ada org yang mengamalkannya,maka walaupon yang menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..


kata aku : memang dah jadi sikap manusia yang jarang nak berkongsi sesuatu kearah kebaikan.. tapi kalau gosip - terus sahaja dia kongsikan tanpa berlengah... 
fikir - fikirkanlah...
-->

Rabu, 10 Oktober 2012

Salah Siapa ? Dan apa tindakkan?



  Assalamaualikum...

aku hanya nak berkongsi - gambar ini di ambil di salah sebuah taman permainan dalam bangunan - di salah sebuah pusat membeli belah yang agak suam-suam kuku di Seremban....

Untuk rekord -  Gambar ini aku ambil pada awal tahun.. lebih kurang bulan FEB 2012 - dan yang terbaru aku pergi sana ianya masih dalam keadaan yang sama....

--> 



sila click untuk lebih jelas..

Persoalannya : siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menentukan keselamatan anak-anak pengunjung di sini ?

Adakah selepas ada yang tercedera baru nak di perbetulkan ? dan masa itu tunding menunding antara satu sama lain... tapi itu tak selesaikan masalah ...



Persoalanya - selamatkah anak anak kita ?dan tanggunjawab siapa ?

kata aku : tak kan lah lebih daripada 6 bulan masih tak perasan - atau buat-buat tak perasan atau memang ko tiada perasaan ?

nota kaki : kalau malas nak buat kerja - ada ramai lagi orang yang menggangur yang ingin bekerja...

 
-->

Isnin, 8 Oktober 2012

Perlu ker jadi "LEMBUT" - korang rasa lawak ker ?


Biasa atau tidak korang terpandang iklan di Media pasal lawak si lelaki "LEMBUT"

dan tertarik satu artikel kat surat khabar "Berita Harian" 8.Oktober 2012




-->


Persoalanya - adakah dengan meniru watak perempuan atau lelaki yang menjadi "LEMBUT" itu lawak ? 
sampaikan anak-anak kecil akan bertanya - 
kenapa lelaki tu pakai tudung ? apa yang perlu aku terangkan?

asal rasa lawak jer korang hantam.. tak kira halal haram... kat mana jati diri korang nie ?  pikirlah sendiri....


kata aku : makin rasa menyampah dan meluat aku rasa.... dan apa yang korang nak tonjolkan dalam penceritaan itu ? hanya hiburan semata-mata .. pengisianya ?  tapi nak buat macam mana terlalu ramai yang "SUKA" dan tergelak - gelak bagai nak pecah perut macam dah tak ada benda lain yang lebih lawak...  

p/s: banyak gelak - hati jadi mati...

 
-->

Rabu, 3 Oktober 2012

Bila hanya Gambar Yang bercerita.. 3.10.2012

 

Bila Hanya gambar yang mampu bercerita...

Apabila Masalah & Marah menguasai diri, berbanding iman, kesabaran serta kewarasan...


sila klik untuk lebih jelas..

-->

Siapa yang perlu di persalahkan ? dan siapa yang bersalah ? dan keadaan ini sedang aku hadapi sekarang ini... oleh kerana anak aku seorang kanak-kanak autisme - duit belanja dia selalu hilang - dan dia tak boleh nak bagitahu siapa yang ambil duit dia.. hari ini aku tanda duit dia... dan baru cikgu sms - dah dapat pon siapa yang aku kena "TANGGUNG" dalam diam...  
- tapi tindakkan cikgu pulak ??? - jangan buat macam nie yer...


kata aku : cegah sebelum parah.. iman dan sabar perlu dalam mendidik... 

Jumaat, 28 September 2012

Sekadar cerita dan berkongsi suka dan duka...

 

Ada satu kisah tentang seseorang yang amat beruntung !:

begini kisahnya...


Pada Suatu Pagi ada seorang hamba ALLAH ini terjaga dari tidurnya
  

  Dan dia telah berkata, 

                          "الله اكبر".

  Kemudian dia menyambung lagi,



 "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

  Selepas itu dia berkata, 


"لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

  Dia menambah sikit lagi,


 "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

  Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah  
  diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT   Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
V
V
V
V
V
  Orang itu adalah KAMU  - andainya kamu sama melakukanya...
  Alhamdulillah  berkongsilah, untuk sama-sama mendapat pahala. 
INSALLAH ! 

kata aku : terlalu mudah untuk mendapat rahmat ALLAH SWT dalam hidup ini...


Sabtu, 22 September 2012

خاص بوات استريكو


السلام عليكم

،


ترلبيه دهولو اكو منوليس بوكن كران نام، تاڤي سقدر لواهن اڤ يڠ ترسيمڤن

د دالم هاتي اين،

بوات استريكو، موڠكين اكو تله ترليك دڠن دوڬان دنيا، تله جاوه اكو خيال دالم دوڬان

دنيا، باڽق ساڠت تله اكو لوككن هاتي مو سايڠ، سوڠڬوه ترلالو باڽق دان تيدق تركيرا باڽقڽ،
ساتو دمي ساتو تله اكو لاكوكن، سمواڽ مڽاكيتكن انته مڠاڤ اكو هاڽوت تياد السن يڠ هندق اكو بريكن،
برسرونوك؟ تيدق جوڬق سرونوك؟ هيبورن؟ بوكن جوڬ هيبورن .. انتهله اكو سنديري تيدق ڤستي..

كيني اكو چوبا بروبه، ڤنوهي ماس ماس اكو دڠن توڬسن، ڤنوهي ماس دڠن اكتيۏيتي اونتوق برسام كلوارڬ دان انق-انق،

دري ايت واهاي استريكو يڠ اكو سايڠي.. بنتوله اكو كمبالي، جاڠنله كاو بواتكن اكو هاڽوت تروس دالم ڬودان دنيا اين،
اكو تاهو لوك دي هاتيمو امت ڤايه اونتوق سمبوه، دان تق اد اوبت يڠ داڤت سمبوهكن لوك مو ايت...

اكو بروبه، چوما ڤرلوكن سوكوڠن دري مو سايڠ.. دان معافكن ابڠ... اندايڽ اد لاڬي معاف دريمو
....

Sabtu, 15 September 2012

Legoland Malaysia - nak kerja kat Legoland tak ?




Ha.. korang mesti dah tahu kat Malaysia dah ada Legoland... dan yang bestnya adalah ianya yang pertama di Asia.. cam best ajer kan...


Pintu Masuk

Sebenarnya Legoland Malaysia nie terletak kat Johor ( area Nusajaya atau Lebih detail area Bandar Iskandar - Johor Baharu)

nak tahu macam mana nak pergi sana ? lihat peta nie..

klik pic untuk besarkan

atau korang setkan kordinat GPS ikut data nie : 1º 26’ 14" N 103º 37’ 2" E 

alah lagi senang drive ajer ikut papan tanda ... tak susah sangat pon kan

banyak signbord untuk kesana

Untuk pengetahuan korang  harga tiket dia pulak  bagi 1 day pass


RM 140.00/person - erk....

dan annual Pass


RM 275.00/ person - boleh masuk bila-bila sepanjang tahun - ha ini berbaloi lah jugak..
tapi bagi yang nak berjimat leh beli online...

kalau nak beli tiket online atau dapatkan lebih detail .. pergi kat website dia di 


p/s: kalau nak cari kerja kat sana pon boleh jugak... masuk website tu yer..

kata aku : aku berminat nak pergi tapi entahlah bila tahun agaknyer - jangan jadi macam Mimaland sudah lah yer...

credit : pic nie aku ambik kat google dan legoland Website...



Rabu, 12 September 2012

Apabila Gambar yang Mampu bercerita - mewah atau ???




Apabila hanya gambar yang mampu bercerita



kereta mewah tapi....


kata aku : nampak mewah tapi belum tentu ada duit kan...

pesanan kat kawan kawan aku, - aku sedang mengharungi satu fasa yang agak kritikal buat masa ini.. maaf yer



Jumaat, 7 September 2012

Melangkahlah....

Andainya kau tak berani untuk melangkah jangan harap kau dapat berlari...

kata aku : kalau kau berasa terlalu selesa, kau akan takut berasa susah ! walaupun susah itu hanya sementara yang akan menjanjikan kesenangan yang lebih daripada apa yang kau ada sekarang !





Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA,




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 


Maaf Zahir Dan Batin

ikhlas dari  akuinilah a.k.a karimmj


kata aku : Berhati hati dalam perjalanan, rancang perjalanan dengan baik, jalan mana yang nak di ikuti dan jalan mana alternatif, dia mana nak berhenti rehat dan di mana nak isi minyak, agar korang tidak teragak-agak.

Nota kaki :  Belajarlah untuk "MEMOHON KEMAAFAN" dan "MEMBERI KEMAAFAN" ikhlas dari hati. (pesan untuk diri aku sendiri nie) - bergantung sejauhmana kesalahan tersebut lah kan...






Selasa, 7 Ogos 2012

Dah tertunai ker belum ?



Marilah kita sama-sama kaji kembali perjalanan hidup kita sebelum ini....

pernahkah korang berjanji kepada kedua ibu bapa korang ? dan sudah terlaksanakah janji korang itu ?
sesunguhnya perjalanan hidup ini tiada siapa yang dapat menentukan... entah esok entah lusa... kita akan pergi, jika tidak engkau.. mungkin aku....

mari kita tonton klip video ini.. amat menyentuh jiwa.. serius aku katakan yang aku tak dapat menahan air mata .






kata aku : sesunguhnya berjanji itu amat senang - namum melaksanakanya - amat payah....

nota kaki : sekadar mengingatkan diri aku sendiri... dan jugak buat kawan-kawan.. hargailah kedua ibu bapa kita selagi kita mampu melihat mereka....




Rabu, 1 Ogos 2012

Laju jer..



Laju jer...



Baru Sebulan pakai.. sebelum nie pakai  "BIRU" punya line.. macam siput .... kali ini puas hati... bayaran bulanan sama jer....

nak test line korang kat >> sini.<<

kata aku : pilihan banyak.. terpulanglah kan...


Selasa, 17 Julai 2012

Setiap Yang bermula Pasti akan berakhir



Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya...


Mungkinkah kau bertemu dengan ESOK ? - tak pasti lagi..  kerana kita tak pasti apa akan berlaku sesaat nanti...

mungkin pengakhirannya adalah di sini ?? tak siapa yang tahu..

kata aku: maafkan aku.. andainya disinilah pengakhiranya...

nota kaki : kau ragut segalanya.. dan kini kau gembira.. esok lusa aku pastikan kau akan menangis... tunggulah ketikanya...



Rabu, 11 Julai 2012

Apabila Hasil penulisan di alam maya, tidak lagi bermakna....



apabila hasil penulisan di alam maya tidak lagi bermakna dan sering di salah ertikan...

maka aku telah pertimbangkan alternatif...

kertas dan pen...

dan ke sini hasil penulisan itu  ....

V

V

V

V

V

V


Bakul sampah...

adalah lebih elok.. kerana hanya aku yang tahu apa yang aku tulis dan hanya aku... tak perlu sesiapa tahu apa yang aku tulis..


kata aku : apa saja lah... sesuatu yang bermula pasti akan berakhir...

nota kaki : oleh kerana Perempuan itu aku hilang segala-galanya... dan Pembalasan akan bermula...



Jumaat, 6 Julai 2012

Berani Buat! Beranilah kena Tanggung !



Kalau berani buat.. kena beranilah tanggung akibatnya...


dia di tahan sebab mengeluarkan dan menerbitkan artikel yang berbaur menghina Sultan Johor serta kerabatnya di blog beliau...  (maaf Sinar Harian bukan menfitnah) dan beberapa laporan POLIS telah di buat

berita penuh kat sini  

dan nak baca blog beliau kat sini  (itu pon kalau tak kena remove lagi lah)

Pada aku ... nak hidup senang jangan kacau hidup orang dah lah.. kalau berani nak kacau hidup orang tanggunglah akibatnya... (pesan buat diri aku dan semua)

tapi aku hairan kenapa Orang MELAYU jer yang sibuk-sibuk nak hina Raja-Raja Melayu? adakah sebab mereka teringin nak jadi Raja, mereka dah bukan lagi MELAYU.. atau.... sendiri jawaplah...

Tapi sebagai Anak MELAYU Johor - aku rasa tak sesuai dia ganggu Kesultanan Johor, dan juga Raja-Raja Melayu.. cuba kacau Rajalingam ker.. Rajakumar ker.. Raja Laut ker.. kan tak susahkan sesiapa...

kata aku : Berani buat.. kenalah berani tanggung akibatnya... 


Rabu, 4 Julai 2012

Nak Kena Telan Asap - Barulah Mujarab !



Apabila hanya gambar yang bercerita !


kata aku : kalau telan asap tu lagi mujarab kot...



Isnin, 2 Julai 2012

aku tanggung !



Tengok ! apa yang kau dah lakukan.. aku jadi STRESS! kerana nak hadapi dengan persoalan itu setiap hari ! segala nikmat yang selama ini aku dapat, telah KAU ragut - hanya  kerana  KAU nak memenuhi kehendak hati KAU sahaja ! - Bergembiralah kau kat sana.. aku kat sini...

Patutkah Kau dan kelurga Kau turut mengalami 
nasib yang sama ???

Jawapan itu hanya akan di ketahui kemudian...

kata aku: sebab dan akibat - adalah suatu yang saling berkaitan !



Khamis, 28 Jun 2012

Guna Hak anda.



Guna hak anda..

Guna hak mendengar dan hak berfikir,
 sebelum guna hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

kata aku : berapa ramai yang gunakan hak mendengar dan berfikir ? sebelum gunkan hak bersuara ? jawapanya terlalu ramai.



Rabu, 27 Jun 2012

Betul ker ? yang pasti bukan aku !



betul ker ? Yang yakin bukan aku !


kata aku : mana tah dia buat kajian macam nie, dan tak siapa yang sahkan pon tak tahu lah !



Selasa, 26 Jun 2012

Aku Sakit Hati 3



untuk apa kau coretkan segala-galanya.. biarkan ianya begitu.. nak bagi aku dan keluarga baca hari-hari dan untuk aku berasa lebih sakit hati ?



Tidak Adil!



Alangkah tidak adil... kau masih boleh bergembira dengan dengan kehidupan kau di sana.. sedangkan aku disini menderita dengan tindakkan yang telah kau lakukan itu...



Isnin, 25 Jun 2012

Aku Sakit Hati 2



Aku tak perlukan kau lagi.. kerana dalam hidup aku ini, aku telah mempunyai ISTERI yang aku nikahi secara sah.. jadi terimalah hakikat itu... jangan kacau hidup kami, untuk apa kau hubungi aku lagi? kerana kau telah melukakan hati aku sejak dari dulu lagi... kini kau telah lukakan terlalu banyak hati !
Kau perlu minta maaf kepada semua hati yang telah kau lukakan dengan perbuatan yang tidak menggunakan akal itu.. tapi aku TAK SUDI untuk bertemu dengan kau lagi..
Jangan kau anggap kau boleh mempergunakan sikap belas kasihan aku ini... kerana kini aku betul betul sakit hati... 
aku punyai keluarga yang perlu aku jaga.. dan aku percaya kau juga punyai keluarga yang perlu kau jaga... 
keluarga aku telah terluka dan adakah kau mahu keluarga kau juga terima nasib yang sama ? - lupakan aku ! kerana aku telah mulai lupakan kau....
 



Aku Sakit Hati !



Terlalu banyak hati yang telah kau sakiti dan kecewakan hanya kerana perasaan dan tindakan kau yang tak menggunakan akal!
kata aku : berhenti berperangai seperti budak-budak kerana kita telah dewasa, dan terimalah hakikat hidup yang telah di takdirkan ALLAH !


Jumaat, 15 Jun 2012

Hari ini di tengah-tengah !



Sekadar buat pengetahuan...





Hari ini adalah berada di tengah-tengah bulan , dan bulan ini pula berada di tengah - tengah tahun...
jadi hari ini adalah di tengah-tengah tahun....

kata aku: apa perubahan yang dah korang capai ?


Selasa, 12 Jun 2012

Ramai di antara kita !



Ramai di antara kita termasuk aku jugak !

Hazaf & Lafas .. Tapi Tak kenal Makna !

kata aku : kita di tuntut untuk menuntut ilmu itu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad !


Isnin, 11 Jun 2012

Terfikir dan telah aku lakukan !



Terfikir!
 
kadang-kadang kita tahu benda yang kita buat tu salah, tapi kita buat jugak tanpa alasan yang munasabah kan... 


kata aku : korang pernah tak ?



Rabu, 6 Jun 2012

Apabila gambar yang bercerita ! - besar kuasa benda nie kan !



Apabila gambar yang bercerita ! - 

Besar kuasa benda nie kan ! Siapa yang boleh sangkal kenyataan ini ?





kata aku : manusia sanggup lakukan apa sahaja kerana "KERTAS" ini !, namun begitu Kuasa ALLAH adalah segala-galanya !



Selasa, 5 Jun 2012

korang Nak Lihat Kapal ?



Assalamualaikum....

nak kongsi lagi kata kata hikmat !

rupa tidak cantik mana tapi dalamnya indah ! percaya ??

"Nak lihat bertapa "INDAHNYA" sebuah kapal - Lihatlah dari "DALAM" kapal itu sendiri, Tetapi nak lihat  berapa "BESAR" kapal itu, kena lihat dari "LUAR" kapal tersebut !


kata aku : Selama 13 tahun aku dah tengok dan nikmati  "KEINDAHAN" kapal itu.. tapi kini aku dapat melihat berapa "BESAR" kapal yang selama ini aku naiki !, rupanya tak besar mana pon kan...ada yang lagi besar dan lagi indah! sebenarnya !

nota kaki : sesekali keluar dari zon selesa ! pasti korang tak rasa menyesal!



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks