Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pasal RM50.00 maruah di gadai ?

Hemm takkan sebab tiket bola sepak final Piala Malaysia 2011 di jual pada harga RM50.00 pon sanggup maruah ko di gadai ? apa lah pegangan dan niat korang sebenarnya.. tak kan lah mat bola pon ada hati macam nie... 

pic credit to bro mazidulakmal (TV3)

dah ler laman web di godam - pejabat di simbah dengan cat merah.... apa nak jadi nie ?
ini dah tahap penghinaan nie... elok buat aduan polis nie biar org yang biadap nie di hadapkan ke muka pengadilan...

tak kanlah sebab harga perbezaan RM20.00 pon maruah di gadai ? alah setakat 2 kotak rokok dunhill 20 batang 2 kotak jer.. daripada korang pegi habiskan duit tu untuk di bakar elok jugak di dermakan.. betul tak ?


bahasa apa nie ? nie bahasa melayu ker ?


p/s: kalau sayang sangat RM20.00 tuh pergi tengok bola kat kedai mamak.. teh tarik secawan.. baru RM1.50.. nak free tengok kat TV ... otak letak kat lutut.

nota kaki : setakat ini laman web FAM tak dapat di aksess dan dalam pembaikpulihan...


Khamis, 27 Oktober 2011

Final bola sepak Piala Malaysia 2011

Sempena Final Bola Sepak Piala Malaysia 2011



aku sokong pasukan Negeri Sembilan...

 jadi kita layan lagu ini...



Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x


Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3


Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong
Hobing jang hobin...3x


Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x


bukan main bola lisut
bukan main bola tampa
Semuo oghang tekojot
kito monang bia lah melaysia


Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan menggellabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x




Laman web n9.futbol

FB kelab penyokong N9


p/s: aku rasa game kali nie sama berat - cuma tak tahu lah kontroversi tiket - banyak kelab penyokong Negeri sembilan boikot tiket dan game ini... dan mungkin ada yang hanya datang stadium shah alam tapi tak masuk.... entah lah. .. bola kan bulat, dan dalam masa 90 minit macam-macam boleh jadi -

nota kaki : kalau dah fanatik dan hati kental... macam - macam hal leh jadi kan...





Isnin, 24 Oktober 2011

Bersyukur lah !

Bersyukurlah dengan apa yang telah di kurniakan Kepada Kita Oleh Yang MAHA ESA....

kerana sementara kita masih di beri peluang dan masih bernyawa dan hidup di dunia inilah kita berpeluang untuk melakukannya...

 pic: kredit to arm-kamikaze.blogspot.com

p/s: hidup ini bukanlah sesuatu yang kekal, ianya satu perjalanan yang panjang menuju ke suatu destinansi yang semua orang tak pasti - kerana itulah ramai dan termasuk kita yang akan "sesat jalan"

nota kaki : betulah kata punjangga - Malu bertanya, sesat jalan... 



Sabtu, 22 Oktober 2011

kesilapan seorang pengurus - yang perlu korang tahu...





Kesilapan seorang pengurus adalah bila dia cuma mengurus hidup pekerjanya - tetapi tidak pula cuba mengurus kerja dan tugas pekerjanya, serta cuba mengurus tugas serta tanggungjawab dirinya sebagai seorang pengurus..


p/s: kalau nak menguruskan hidup pekerja tersebut jangan jadi pengurus di tempat kerja tetapi jadilah pengurus rumahtangga....

nota kaki: aku cukup menyampah kalau pengurus yang melebih-lebih,

Rabu, 19 Oktober 2011

Himpunan sejuta umat ! - aku sokong !

Sesunguhnya aku menyokong dan nak sebarkan pada korang semua - himpunan sejuta umat, demi akidah umat islam.
 
Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 2 hingga 6 Petang
Lokasi : Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ikhsan.

detail boleh dapatkan >>di sini<<

Marilah kita semua memperjuangkan akidah umat islam, dan mempertahankan Agama ALLAH yang suci ini di bumi bertuah bernama MALAYSIA ini... 

Semoga ALLAH memberikan kekuatan pada kita semua !

p/s: jika kamu masih beriman, dan kamu nampak kemungkaran - maka cegahlah, dengan tangan, kalau kamu tak mampu.. dengan kata-kata, dan sekiranya masih tidak mampu cegahlah dengan hati... sesunguhnya itulah selemah lemah iman...

nota kaki : kalau dengan hati pon korang tak sanggup nak cegah.... sendiri mahu ingat yer...

Duit Vandalisma ! jangan tengok kalau tak berani !

aku kurang sihat ! dan aku dalam keadaan yang kurang stabil ... cuma aku nak kongsikan dengan korang benda nie ajer...

iskh ... vandalisma .. perosak harta aku (sebab aku bayar cukai pendapatan tau.. tak tahulah pulak korang..)

Lokasi : Parking lot - Klinik Kesihatan Seremban. Negeri Sembilan.



apa komen korang ek ?

hemmm... entahlah... terdesak sangat ker ?




Isnin, 17 Oktober 2011

aku sedih

qrcode

nak tahu apa code di atas ? lawat kat sini http://qrcode.kaywa.com/


Jumaat, 14 Oktober 2011

Selamat Hari Angkatan Tentera

Aku nak ucapkan Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (bukan tentera jepun yer)






Pada setiap tahun (kalau tak silap aku lah) Pada tanggal 14 Oktober, Pasukan tentera Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Tentera Darat, Tentera Udara dan juga Tentera Laut, yang berada di bawah satu payung pentadbiran bersama yang di namakan Angkatan Tentera Malaysia atau lebih di kenali sebagai ATM bukan Auto Taller Machine yer.


Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih dan penghargaan kepada seluruh warga kerja ATM dan juga angota keluraga dalam pasukan ATM di atas segala pengobanan dan usaha serta tanggungjawab yang pernah korang laksanakan.. sesunguhnya JASAMU KU KENANG ! dan Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa korang semua ....


Dan berpegang teguhlah kepada sumpah korang "Tak akan aku halalkan tanah tumpah darah aku ini di jajah walau seinci sekali pon...." eh betul ker ? entahlah.. itu yang pakcik aku ceritakan pada aku dulu masa kecik-kecik lah...




p/s: dulu masa kecik-kecik memang aku nak jadi askar, tapi tah macam mana pulak aku leh kerja kilang lak nie.. hemm entah lah kan... dan rezeki tu kesini kan.. apa apa pon.. semangat mempertahankan negara tetap ada dalam jiwa ini....



Khamis, 13 Oktober 2011

apa yang korang nampak ?

Apa yang korang nampak ?

Perhatikan betul-betul... tapi jangan sampai kena pukau sudahlah yer...ha ha ha

apa yang korang nampak ?



sajer jer agi korang warm up mata ... yerlah kan baru lps makan.. mata tu berat ajer nak lelap ! 


p/s: yang nampak tak semestinya apa yang kita faham.



Jom pergi shoping !

Buat Korang yang suka shoping !


best lah sogo nie ! selalu buat sales....
planning minggu nie pergi sini lah leh shoping...
mesti ramai bloggers kat sana kan nanti...
tapi mesti tak kenal kan sebab bloggers nie kan 
mempunyai identiti rahsia..... ha ha ha (macam aku...)

detail dia, korang boleh dapat kat >>sini<< atau facebook >>klsogo<<
best nie leh jumpa "Pakcik Depan Sogo" nieh.. he he he

p/s: shoping pon boleh jadi terapi untuk penyakit dan masalah kemurungan serta menghilangkan stress - kalau kena caranya.. kalau terover pulak - stress jugak.. duit habis..

nota kaki: bukan bloggers ajer yang ramai nanti, si penjenayah serta penyeluk saku pon leh jadi ramai... jadi berhati-hati yer....



Rabu, 12 Oktober 2011

Hidup Nak Mudah dan Senang ? jom...

kenapalah ramai sangat yang beria benar nak kejarkan "MUDAH" dan "SENANG", yang belum tentu nampak jalan dan caranya.. hanya bunyi jer "MUDAH" dan "SENANG" - pada hakikatnya ianya lagi "PAYAH" dan "SUSAH" sebenarnya...

p/s: aku lebih rela berusaha lebih kerana "MUDAH" dan "SENANG" cara begitu aku akan lebih menghargai nikmat "MUDAH" dan "SENANG" itu.....  korang pulak macam mana nak mudah dan senang tanpa berusaha  ker sama macam aku ?




Selasa, 11 Oktober 2011

sajer jer tukar

sajer jer aku tukar layout blog nie.. nak cuba benda baru kan...

tapi entahlah mcm tak berapa berkenan ajer...

apa komen korang ek ?

komen sikit yer... nak komen klik tajuk... tu nanti dia pergi page dan baru ader tempat nak komen...



Isnin, 10 Oktober 2011

lama menyepi..

Maaf lah semua...

beberapa hari ini aku menyepikan diri bukan sebab apa .... hanya kesihatan yang kurang mengizinkan...

kesihatan aku pon kurang mengizinkan - kesihatan komputer pon tak mengizinkan aku mengupdate kan blog ini serta berjalan jalan...


bagi yang sudi bertandang sini masa aku tak ada nie aku ucapkan berbanyak banyak terima kasih yer... jasa mu ku kenang...

jadi hari ini kesihatan kedua-duanyer agak baik sedikit.. jadi.. aku akan berjalan2 lagi yer...


yes.....



Khamis, 6 Oktober 2011

Budject 2012 - Bonus Kakitangan awam 2 Bulan - confirm !

 cakap jer nak berapa...!
6 bulan gaji cukup ????

Jumaat nie (7-10-2011)... mesti kakitangan kerajaan tak sabar sabar nak tunggu kan... yer lah kan dah ada ura-ura nak dapat bonus dua bulan gaji... wah wah wah.... seronok lah kan... ada lah yang terima bonus nanti boleh cecah 5 ribu lah kan... wah wah wah... kayalah kan... Alhamdulilah rezeki ALLAH bagi kan....

Tapi.....

aku nak ingatkan korang sebab bonus nie bukanlah suatu yang di wajibkan untuk di bayar kepada pekerja... jadi boleh jadi ada atau boleh jadi tiada... kalau ada Alhamdulilah... tapiii... kalau tiada... pasti korang (yang keja gomen ler) kata Kerajaan tak adil kan...

banyak faktor kerajaan dan perbendaharaan negara nak kena tengok.. jangan jadi macam negara Greece nun... duit negara hanya cukup untuk sampai bulan depan jer.. dan berhadapan dengan gaji kakitangan awam serta persara tidak di bayar lepas tu.. wah nak ker ? nauzubillah oiii.....

jadi aku sekali lagi nak ingatkan kat korang jangan terlalu mengharap yer...

kalau dapat pon jangan di lupa nasab-nasab yang berhak keatas duit yang korang terima tu yer...

p/s; bukan ker dekat nak raya tu hari dah dapat imbuhan setengah bulan gaji ? nak lagi dua bulan ? naper tak mintak setengah tahun punya gaji ek ? banyak sikit...




Rabu, 5 Oktober 2011

Hidup ini

Hidup ini umpama 

credit bro Mat Gebu

Siapa yang tak boleh makan kalau tak ada ini ? dan siapa pula kalau ada ini tak boleh makan ?

p/s: indah bukan hidup ini ?




Selasa, 4 Oktober 2011

Dah nak masuk musim tengkujuh - elok dapatkan ini

Biasalah kat malaysia nie kan hujung- dan awal tahun musim tengkujuh...

elok kalau dapatkan kereta macam nie...

 
sila abaikan awek-awek seksa tu heh

amacam ? berminat ? kalau berminat jom tengok kat laman web dia >>> sini..<<<  nak booking terus pon boleh... tapi jangan harapkan awek-awek seksa tu sekali dalam pakej dia yer....

p/s: sesuai nie.. aku pernah terperangkap kat kampung seminggu banjir punya pasal.... kalau ader kereta macam nie kan bagus.. elok tanya >> man kereta << macam nie kan...



Pemandu dan sampah !

Korang pernah tak nampak atau terperasan bila berhenti di trafic light ..  pasti akan ada pemandu kerata yang dengan rasa tak bersalah, membuang sampah keluar dari kereta, atau menghisap rokok, yang akan dengan muka selamba jer mencampakkan puntung rokok ! cissss.. pengotor ! dan tak ada adab langsung !

aku biasanyer akan jerit kat anak aku..atau pura pura bercakap kat telefon dengan kuat... jangan jadi pengotor ! buang sampah merata rata, - biar dia dengar ! biasanyer muka dia akan jadi "basi" dan malu... tapi ader jugak yang buat pekak jer.. atau memang cacat pendengaran... tak tahulah tapi tak der lah pulak stiker OKU cacat pendengaran....

jadi apa pulak respond korang time tu ek ? pendapat korang diorang tu ada tak serupa ini..

p/s:  yer lah senag kan.. bukan korang yang bersihkan.. tapi bayangkan kalau diorang buang sampah depan jalan masuk rumah korang ? apa korang rasa ? - entah-entah tisu dengan hingus serta kahak kot.. tak pon plastic yang mengandungi pampers dan t***k... camner ? eiiiii... tak sangup aku weiiihh...

nota kaki: nak jadi negara maju dan masyarakat moden, pemikiran pon kena jadi maju dan moden yer bro... jangan bawak jer kereta canggih..mewah tapi otak serupa lembu.. situ makan situ berak...




Isnin, 3 Oktober 2011

Perlukah .....

Perlukah jadi kaya raya, 

duit bersusun-susun,



Rumah besar dan mewah,


Kereta mewah menjalar - jalar


Pastikah Ia mendatangkan bahagia ?

atau....

p/s: kebahagian terletak di Hati dan perasaan....

nota kaki: jangan terpengaruh dengan SKIM Cepat Kaya dan Pelaburan Internet, atau M.a.L.a.M. (MLM) sekiranya korang tak betul-betul nak buat.. kalau sekadar sedap di dengar, belum tentu korang dapat ....

jangan terlalu mengejar kebendaan - belum pasti korang jadi kaya.. yang pasti boleh buat korang jadi gila...




Alhamdulilah... aku dah kembali....

Assalamualaikum....

Alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar....

dan aku dah kembali... walaupon belum begitu sihat seperti sediakala...
dan aku masih lagi dalam tempoh pemulihan...

aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua kawan-kawan yang masih lagi sudi mengunjungi blog aku ini.. dan juga segala doa juga kata kata semangat buat aku...

Tak Terbalas rasanya jasa korang semua...

kini aku kembali dalam arena blog .. dam mungkin lebih tajam dan pedas dengan kata kata...


dan ... orang putih kata... I am Backkkkkk... dan aku kata.. Alhamdulilah .... aku dah kembali....

apa kabar korang semua ! 

p/s: jaga kesihatan... jaga pemakanan....

nota kaki : bertemu dengan bekas tentera di IJN - penyelidik teknik "KAMARIKA" - sedang berusaha mencari beliau... banyak ilmu yang dapat masa itu...



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks