Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Kenapa sukar untuk mengucapkan Maaf ?

Aidilfitri bakal menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi...


credit to Jamaloogy (Jamaludin Hossain)

Berapa ramai yang memaafkan dari hati ? sukar kah nak mengucapkan maaf ? kerana apa ?

ego! dengki serta iri hati. ? 

 sudah sudah lah !

Ambillah kesempatan dan kemuliaan di aidilfitri ini untuk bermaaf -maafan.. kalau tak bila lagi ? dan yang penting maafkan dari hati !

p/s : amalan korang tak akan di terima andainya tiada kemaafan sesama insan, jadi apalah guna berpuasa sebulan ini andainya tidak di terima ?... renungkanlah!









Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 54 Tahun

 jobstreet.com.my ! aku pakai picture nie yer! cantik lah

aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

dan juga 

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan 
yang ke 54 tahun

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang kita terima selama ini, dan juga marilah kita pertahankan Iman yang kita semai dan suburkan dalam bulan ramadhan ini serta bersama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini....


Bermaaf-maafanlah sesama kita, buang selama ego dan bangga diri, kerana dengan memaafkan, walaupon tidak dapat mengubah masa lampau tetapi ia akan merubah masa hadapan kita supaya lebih baik lagi...

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pejuang pejuang terdahulu yang telah sangup mengobankan masa, harta dan nyawa untuk memerdekan negara kita ini, dan juga pejuang pejuang sekarang yang mempertahankan kemerdekaan, kerana mempertahankan kemerdekaan adalah lebih besar cabaranya...
sesungguhnya JASAMU DIKENANG - hanya ALLAH yang membalasnya...




Khamis, 25 Ogos 2011

Bunyi Macam Tak Logik !



PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. -

 pueh den pikir tak leh dah...nak pitam dah nie...


cerita selanjutnya di sini


- Bunyi macam tak logik dan tak praktikal jer... siapa punya idea nie macam kelakar jer... ada main lucky draw ker ?  


p/s : berhati hati di jalan raya.. tak perlu sampai cepat cepat sebab belum tentu sampai tempat yang di tuju tapi yang pasti.....(sendiri pon tahu) < --- Baca kat sini




Rabu, 24 Ogos 2011

Untuk Semua rakyat Malaysia

Layan dulu video klip ini




Indah bukan jikalau semua orang mempunyai kesedaran sebegini.. pasti negara kita akan lebih aman, makmur dan di kenali di serata dunia...

Selasa, 23 Ogos 2011

Merenung Langit biru.

 

Usah direnung ke langit biru hingga melupakan bumi yang hijau, kerana langit,tidak mungkin akan dapat kita capai tapi bumi akan tetap setia di bawah telapak kaki kita.




moral: Jangan terlalu mengingini sesuatu yg memang mustahil bagi diri kita tapi cubalah sesuatu yang termampu dan terdaya bagi diri kita, kerana hanya diri kita tahu tahap kemampuan diri kita sendiri...




Sabtu, 20 Ogos 2011

Blog Pilihan Saya (Bro Ben Ashaari punya)

Nak Buat nie sebab nak join segmen Santai Ben Ashaari


10 Blog yang Jadi Pilihan saya ialah :

1) Mrs.Yie  -
Sebab saya selalu lawat blog dia dan ada perkongsian ilmu mengani kanak- kanak istimewa (autisme) anak saya pon sama penghidap autisme.

2) Iffah Afeefah
Sebab warna pink dan penulisan yang straight to the point - org kata menulis dari hati...

3) Izzul amir  - 
Lelaki yang suka warna purple - Unik - entry tak terlalu panjang, dan ringkas.

4) bella_bumbum  -  
background blog ini ringkas, so tak sakit mata nak membaca.

5) nurul atikah
Background dia cantik... tersusun.

6) Mish Apple  -
blog yang simple dan layout dia teratur

7) Green Apple -
blog dia simple dan kemas ajer

8) nur aqilah
 entry yang simple, tidak terlalu panjang yang best ada kartun dan logo angry bird..

9) Nuur mutiara
warna hijau lembut - tenang jer bila masuk dalam blog tuh - lagi satu ini sebab-sebab entry mengenai keagamaan, banyak ilmu kat sini.

10) AzatLazat
layout yang simple - banyak entry yang berguna dan informasi


Inilah 10 blog yang menjadi pilihan aku., bagi yang tak aku pilih tu bukan tak bagus cuma tak kena dengan mood aku hari nie kot... sorrry.. apa apa pon blog korang memang best...






BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA



aku sedar blog aku tak seberapa.... tapi cuba ajer lah...

Nak Cari Pahala - Dosa yang dapat !

Dalam kegairahan kita kononnya nak mencari pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini - seringkali kita terlupa bahawa kita sebenarnya melakukan dosa....

Kata orang - Ku Impikan Pahala tetapi Dosa yang ku terima....

Pahala yang di kejar - Dosa yang mendatang - Subhanallah ...

Fikir Fikirkan lah ye kawan- kawan semua...

p/s: Setakat hari ini aku tak jejak kan kaki ker bazar ramadhan lagi...  ALHAMDULILAH...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Zakat Fitrah - Senarai Harga Zakat Fitrah

Dah Bayar Zakat Fitrah ?

Senarai Harga Zakat Fitrah Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (mcm pengumuman raya lah pulak)


Jangan buat buat lupa bayar zakat yer kawan kawan lelaki !  bagi yang perempuan,bapa atau abang atau adik lelaki yang bertanggungjawab bayar nie... - kalau tak sia sia ajer puasa korang sebulan nie.. (peringatan nie tau)

- Inilah Harga Bagi Ganti Beras Fitrah Yang Di Wajibkan Keatas Diri aku dan tanggunganku untuk tahun ini kerana ALLAH Taala...

p/s : selain ini ada jugak zakat harta, zakat perniagaan, zakat emas, zakat pendapatan dan zakat haiwan ternakan...

Ingatan buat kawan - Kawan.

Sekadar ingatan buat diri aku sendiri dan juga kawan-kawan.





Tak Kira kereta apa korang pandu atau motor apa yang korang tunggang, tak kira berapa jauh mana destinasi korang nak pergi, tapi ingatlah buat panduan korang.

Pandu Laju ker pandu perlahan tempat yang korang tuju tu tetap sama, tapi bagi yang memandu laju pula kemungkinan korang akan tambah satu lagi destinasi pilihan yang korang sendiri tentukan :

A) Hospital

B) Kubur


destinasi asal ? lupakan....


jadi pilihan di kaki kanan korang sebagai pemandu.... (sebab tekan pedal minyak) dan juga di tangan sebelah kanan korang (sebab pulas trothle minyak motor)

tetapi lebih malang pula kalau korang libatkan sama orang lain yang tak bersalah.. itu lagi susah malah menyusahkan pula orang lain....




p/s: berhati-hati di jalan raya - pandu ikut lorong -pandu dengan beriman serta berpaksikan otak !



Isnin, 15 Ogos 2011

Terima Bonus...


Selamat menerima bonus kepada kakitangan awam...

Berbelanjalah dengan berhemah dan berjimat cermat... 

ingatlah orang tersayang (eh tetiba jer apa hal pulak nie ) he he he


p/s: bos den nak bonus jugak ! bagi ler 18 bulan punya bonus heh...
      bos den jawab;  tunggu ko jadi bos lah...  ha ha ha ha






Sabtu, 13 Ogos 2011

Punca penyakit



Stress a.k.a tertekan juga di kenali sebagai kemurungan merupakan punca pelbagai penyakit serius dan juga penyakit yang paling serius dalam hidup.


p/s: hidup mesti gembira... uruskan stress dengan cara yang betul.. dan paling penting, dalam satu hari mesti ketawa sekurang kurangnya sekali, dan juga senyum... indah bukan hidup ini.

hemm entahlah...





Selasa, 9 Ogos 2011

Untung Separuh daripada tak dapat terus

Untung dapat separuh dari pada tak dapat terus, 
Malah ada yang terus di berhentikan kerja lagi ha...
apa apa pon bersyukur lah dengan apa yang kita terima....
dan jangan jadi orang yang munafiq,  tak tahu bersyukur,
serta pastikan yang hak dan yang batil, serta bahagian-
bahagian yang berhak keatasnya..



hemmm entahlah....

Sabtu, 6 Ogos 2011

Aku kehilangan waktu

Aku kehilangan waktu... 

            ada beberapa detik dalam hidup aku yang aku tak pasti apa yang terjadi

antaranya semasa berada di Tahun 1 (1983) aku tersedar berada di dalam kelas yang kosong waktu rehat - sedangkan orang lain pergi rehat ! apa yang terjadi pada aku sebelum itu ?



aku sendiri pon tak pasti apa yang terjadi, hingga kini aku tercari-cari apa yang terjadi kerana aku kehilangan waktu itu...

korang pernah ada pengalaman macam nie tak ? tidur tak masuk bahagian yer..

hemmm entahlah....




Khamis, 4 Ogos 2011

Antara cita-cita dan angan-angan

Cita-cita dalam hidup bukanlah satu jalan yang selalunya mendatar dan di taburi bunga dalam perjalanan tersebut, tetapi adakalanya ianya di penuhi dengan air mata dan juga darah !



p/s: Cita-cita tanpa usaha bukanlah cita-cita tapi hanyalah angan-angan kosong yang tak merubah apa apa....






Rabu, 3 Ogos 2011

Benda yang senang jangan jadikan ianya susah !

Benda yang senang jangan jadikan ianya susah !



sendiri fikir lah yer... 

sebab ramai orang yang suka jadikan benda yang senang tu jadi susah.. menyusahkan diri sendiri malah lebih teruk kalau menyusahkan orang lain juga...



hemmm...entahlah...

Selasa, 2 Ogos 2011

lepas tekak sendiri...

Hidup ini jangan nak fikir lepas tekak sendiri ajer...

sebab orang lain pon ader tekak jugak dan ada tekak yang perlu di suap...

Ingatlah itu adalah tanggungjawab, dan itu adalah Amanah ALLAH...
Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks