Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 29 Februari 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 29-02-2012 - Kesan penjimatan elektrik

Apabila hanya gambar yang bercerita !

ini bil original yer..

Inilah kesan dari program penjimatan elektrik !

kata aku : kalau kita mampu berkorban sikit pasti kita dapat hasilnya, tapi kena bayar ker jumlah nie ek ? tak pasti lah pulak....

apa pulak kata korang ??




Selasa, 28 Februari 2012

Alhamdulilah bertambah umat Nabi Muhammad SAW!

Alhamdulilah ! bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW

gambar sekadar hiasan..


Tahniah buat MAWI & IKIN - dengan kedatangan "orang baru" seorang baby girl... 

gambar ? lom ada lagi... wah kelas ko MAWI ! - ikut trend .. he he he

jadi siapa lagi lepas nie ???

p/s: anak adalah umpama sehelai kain putih - terpulanglah kepada ibu dan bapanya menwarnakan kehidupan anak mereka.


kata aku : anak itu bukan milik - tetapi amanah yang dia anugerahkan kepada kita untuk menunjukkan kepada ALLAH bagaimana kita bersyukur kepadaNYA...

nota kaki : kepada semua yang dalam keadaan "Menunggu"  banyak banyak lah bersabar yer....  mcm Ben Asahari  tu - sabar tu separuh dari iman yer bro.. tapi debarannya.. hemmm ALLAH jer yang tahu kan...


Khamis, 23 Februari 2012

Kenapa Sampai jadi macam ini ?

Kecoh betul sejak dua tiga hari kebelakangan ini.... ini semua angkara benda ni...




rasa tak selamat nak bagi anak anak baca buku pulak sekarang nie tanpa pemantauan yang lebih teliti,
kang dia tanya soalan yang pelik pelik kang.. berpeluh nak jawab....


Tapi bagi aku kalau anak tanya dia datang dari mana ... inilah jawapan yang paling logik yang aku rasa yang sepatutnya aku jawab pada dia...



Cuma aku pelik dan hairan perlukah kanak kanak yang belum matang tahu dari mana datangnya mereka?
kecuali yang ada minda yang "BIRU"..... 


Dan aku pelik macam mana buku macam ini boleh berada di pasaran MALAYSIA ? mana pematauan ?? siapa boleh jawab ini ?


p/s: percayalah anak ku.. kau di utuskan oleh ALLAH sebagai amanah yang ayahnda dan ibunda perlu alankan tanggungjawab dan semata mata mencari keredaan ILAHI.. dalam menuju kehidupan "DI SANA' yang kekal abadi...



apa korang rasa dan apa yang korang nak kata ?




Rabu, 22 Februari 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 12-02-2012 - Sampai bila ?

Apa bila hanya gambar bercerita :



Persoalanya : sampai bila ? dan apa tindakkan korang ?

dan mahukah negara kita terlibat sama atau menerima nasib yang sama ?

p/s: sama sama kita fikirkan .....

kata aku : aku mahu tidur yang lena dan senang keluar rumah untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak aku.... korang pulak ?
 




Jumaat, 17 Februari 2012

Risiko rokok elektronik ! - sila ambil tahu ....

Kononnya rokok elektronik di pasaran sekarang ini, alternatif bagi perokok dan juga langkah untuk berhenti merokok...

gambar sekadar hiasan
jadi mari baca ini...
Lelaki cedera rokok elektronik meletup

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri. 

berita lanjut di sini

hemmm...ni kat luar negara dan tak mustahil jadi kat Malaysia nie kan... jangan esok-esok keluar . entahlah apa komen korang ?

p/s: Kalau dah merokok tu haram... rokok tiruan nie apa hukumnya yer ???



Khamis, 16 Februari 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Apa sebab aku nak korang kritik blog aku ?

- sebab walaupon aku dah lama jadi bloggers nie... tapi aku rasa banyak lagi ilmu yang aku nak tahu,
- Sebab bila di kritik biasanya dengan niat membena.. kalau menjatuhkan itu aku tak tahu lah ! - tak takut ker kena santau ? ha ha ha ha

- Kritik lah kalau korang sudi yer ? he he he.. tak apa aku tak akan "terajang" korang punya....

p/s: kalau berani mengkritik - korang kena berani & sudi terima kritikan kembali betul tak ?



Menunggu "HANTU" - apa motif ??

Minggu lepas aku pergi Pejabat POS dekat dengan rumah aku nie... walaupun ada cuma 4 orang  sahaja yang menunggu... aku tengok no giliran aku melampau punyalah ramai....


ada lagi 17 orang .... hairan jugak aku.. lepas tu tiap- tiap no yang di panggil tiada orang yang datang ! eh kenapa pulak.. aku bersangka baik.. mungkin mereka tak sanggup menunggu !

tak sangka pulak ada seorang "MANUSIA" nie yang secara terang terangan sedang mengambil no giliran sanggup menekan dan mengambil no giliran dengan banyak .... tidak kurang dari 10 keping !

Lalu aku tertanya sendiri - APA MOTIF DIA EK ? kerana dengan tindakan dia tu boleh melambatkan urusan orang lain yang betul betul nak cepat ! - GUNAKAN AKAL LAH BRO !

kata aku : cuba kena turn ko menunggu "HANTU" mcm nie... boleh jadi hati panas tak ?

p/s: POS MALAYSIA BERHAD - perlu ambik tindakkan dengan manusia sebengini, membazir kan kertas serta masa pelanggan yang lain....

nota kaki : "what goes around comes around"


Rabu, 15 Februari 2012

Apabila hanya gambar bercerita ! 15-02-2012

Apabila hanya gambar yang mampu bercerita !

Frog Inside the glass ! 


Berapa ramai daripada kita berada dalam keadaan begini ?

- Nampak keadaan kat luar ! tapi tak mahu/malu berusaha lompat keluar, untuk mendapat keadaan yang lebih baik...


kata aku : kita sebenarnya mudah rasa "selesa" dengan keadaan semasa ....



Isnin, 13 Februari 2012

Main Tak Rasa ? 21SX ajer tau !

aku terpanggil nak cek kat nuffnang - nak tgk apa kata kunci yang di cari oleh pembaca blog aku nie...

dan inilah yang aku dapat ....


Punggung wanita - 4 & Batang ko sedap - 1
(sini blog gambar lucah ker ?)

 

Sini pulak - Punggung Wanita -  7  (ada peningkatan)
main tak rasa ? -- ermm... sesiapa boleh tolong jelaskan ?


 

yang ini pulak korang sendiri baca dan aku tak tahu nak kata apa ? sejak bila aku jadi "designer" benda-benda chamghini ek ???

p/s: internet ini- korang leh dapat apa yang korang cari.. tapi gunakanlah dengan sebaiknya dan berhemah !

nota kaki : blog aku bukan blog lucah yer ! so sila hentikan pencarian benda-benda lucah ....




Sabtu, 11 Februari 2012

Peminat Satey - sila ambil perhatian !

korang minat makan satey ?

kalau betul korang minat makan satey - korang mesti cuba satey ini...


 dan antara satey yang dia jual adalah :


Dan aku cadangkan korang cuba satey ini :


inilah satey tulang ! Past terangkat....

dan aku nasihatkan korang call dulu  sebab walaupon rumah aku dengan tempat nie sepelaung jer tapi biasanya kena sms atau call untuk tempah - kalau pakai terjah jer.. jawabnyer ikut nasib lah.. biasanya habis....dan pernah masuk rancangan "Jalan Jalan cari Makan" - Di TV3 tuh... sejak tu selalu habis jer satey dia...

p/s: kalau korang dah rasa mesti nak lagi... sebab aku memang macam tu... sebab dekat bebenor dengan rumah aku...

nota kaki: gambar ini semua aku kreditkan kepada blogger  Hashim Shah sebab biasa aku tak bawak kamera bila pergi sini... he he he 

nota kaki 2: kalau korang nak tahu lokasi dia .. roger aku yer... atau terjah jer blog yang kat atas tuh yer...

dan kalau sampai sini.. sudi nak jumpa aku roger aku yer.. nak aku belanja ?? erkk... susah mahu cakap !



Khamis, 9 Februari 2012

Hidup ini 09-FEB-2012

hidup ini kita umpama :

Di panggil datang kita datang ! Di panggil pergi kita pergi ! - inilah lumrah kehidupan !

kita hanya insan kecil yang tidak berupaya apa apa....

p/s: tidak boleh cepat atau lewat sedetik pon .. kerana itulah janji ALLAH !
       tapi janji manusia ???




Rabu, 8 Februari 2012

Budak nie buat lawak ker apa ?

korang ada baca surat khabar hari nie tak ?

Tajuk dia : Upsi: Adam Adli perlu ikut prosedur
 
SHAH ALAM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menasihatkan pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim mengikut prosedur jika mahu mengemukakan rayuan dan tidak menggesa pusat pengajian tinggi itu menarik balik hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atasnya. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Upsi, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, walaupun Adam Adli mempunyai hak untuk merayu, kenyataan media supaya universiti menarik balik hukuman dikenakan tidak menepati prosedur.

berita selanjutnya >>disini<<


kata aku : aku rasa budak nie saja jer nak buat lawak kot !

apa pulak kata korang ek ??




Sabtu, 4 Februari 2012

Kalau Kau Boleh !- Kenapa pulak aku tak boleh ?

Ada tengok Berita Semalam atau baca surat khabar hari ini ???
pasal ini  --

"Hukuman berat lempar kritikan"

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) bakal mengenakan hukuman berat terhadap mana-mana atlet atau jurulatih yang secara terbuka melemparkan kritikan terhadap badan induk tersebut.

baca selanjutnya>>di sini<<

kata aku: Apabila boleh mengkritik - Perlulah bersedia menerima kritikan !

nota kaki : orang yang tidak sanggup terima kritikan orang yang ego ! dan tak boleh terima kelemahan diri sendiri - fikir lah... orang kata mengkritik untuk memperbetulkan keadaan.

Nota kaki 2: What goes around comes around ! - fikir-fikirlah yer 





Jumaat, 3 Februari 2012

Video Banjir Kilat Di Seremban 2 Feb. 2012

Semalam memang hujan lebat sangat...




Apa apa pon ingatlah akan KUASA ALLAH !


p/s:  aku hampir kena hypertomia semalam !




Khamis, 2 Februari 2012

3 round jer ! Tak larat aku ! (21SX !)

amboi... laju jer korang kan bab bab chamghini !

jangan salah sangka, blog aku bukan blog cerita lucah atau cerita dewasa....

nie ha aku nak share dengan korang apa yg aku main...

 no 1
Nampak tak dia bulat ??


 No 2
Bergerak ker ?


No 3

Nampak Tak dia bergerak-gerak ?

dah cukup lah setakt ini aku main benda nie... tak larat aku rasa nak muntah pon ada... pening pon ada....

p/s: jangan ingat benda lain ye...walaupon malam Jumaat !

kata aku : inilah ilusi optik... jangan pening tau.. aku tak bertanggungjawab kalau korang jadi "JULING" ok..







Rabu, 1 Februari 2012

Sedikit Pesanan Ringkas, ikhlas dari "aku"

sedikit pesanan ringkas... Jangan lupa singkap kalender hari nie dah masuk FEBUARY 2012 tau....

p/s: sekejap ajer January 2012 dah meninggalkan kita ! 

nota kaki : semakin "berusia" aku ini.... 

hemm entahlah.....




Nikmatnya !





Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks