Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Aidil Adha... & Ramai di antara kita begini..


 
Assalamualaikum... & salam Sejahtera...


Selamat Menyambut Aidil Adha... Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan ..
dan berhati hati di jalan raya - jangan sampai jadi korban...
 
 
dan sempena hari Rabu 
inilah diantara kita tidak dapat dinafikan begini..
   

kata aku: senyuman di muka.. kadangkala hanyalah lakonan tapi di dalam hati siapa yang tahu ???
 
 
 

-->

Jumaat, 12 Oktober 2012

7 Kaliamah - apa yang korang nak tahu ?



  Assalamualaikum -

aku sekadar nak berkongsi sesuatu dengan semua rakan-rakan.. dan harap dijadikan amalan seharian.. mudah- mudahan ada keberkatanya... Insallah...


7 kalimat yang harus di biasakan..


1.Bismillahirrahmannirrahim

-Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah

-Setiap habis melakukan sesuatu, atau mendapat sesuatu.

3.Astagafirullahalazim

-Jika melakukan sesuatu yg buruk, atau dosa.

4.InsyaAllah

-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah

-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun

-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah

-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Ada 2 pilihan untuk anda :


1.Biarkan saja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda. dengan sharekan di facebook atau sebagainya..

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang menyampaikan walaupun 1 ilmu saja dan ada org yang mengamalkannya,maka walaupon yang menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..


kata aku : memang dah jadi sikap manusia yang jarang nak berkongsi sesuatu kearah kebaikan.. tapi kalau gosip - terus sahaja dia kongsikan tanpa berlengah... 
fikir - fikirkanlah...
-->

Rabu, 10 Oktober 2012

Salah Siapa ? Dan apa tindakkan?



  Assalamaualikum...

aku hanya nak berkongsi - gambar ini di ambil di salah sebuah taman permainan dalam bangunan - di salah sebuah pusat membeli belah yang agak suam-suam kuku di Seremban....

Untuk rekord -  Gambar ini aku ambil pada awal tahun.. lebih kurang bulan FEB 2012 - dan yang terbaru aku pergi sana ianya masih dalam keadaan yang sama....

--> 



sila click untuk lebih jelas..

Persoalannya : siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menentukan keselamatan anak-anak pengunjung di sini ?

Adakah selepas ada yang tercedera baru nak di perbetulkan ? dan masa itu tunding menunding antara satu sama lain... tapi itu tak selesaikan masalah ...



Persoalanya - selamatkah anak anak kita ?dan tanggunjawab siapa ?

kata aku : tak kan lah lebih daripada 6 bulan masih tak perasan - atau buat-buat tak perasan atau memang ko tiada perasaan ?

nota kaki : kalau malas nak buat kerja - ada ramai lagi orang yang menggangur yang ingin bekerja...

 
-->

Isnin, 8 Oktober 2012

Perlu ker jadi "LEMBUT" - korang rasa lawak ker ?


Biasa atau tidak korang terpandang iklan di Media pasal lawak si lelaki "LEMBUT"

dan tertarik satu artikel kat surat khabar "Berita Harian" 8.Oktober 2012




-->


Persoalanya - adakah dengan meniru watak perempuan atau lelaki yang menjadi "LEMBUT" itu lawak ? 
sampaikan anak-anak kecil akan bertanya - 
kenapa lelaki tu pakai tudung ? apa yang perlu aku terangkan?

asal rasa lawak jer korang hantam.. tak kira halal haram... kat mana jati diri korang nie ?  pikirlah sendiri....


kata aku : makin rasa menyampah dan meluat aku rasa.... dan apa yang korang nak tonjolkan dalam penceritaan itu ? hanya hiburan semata-mata .. pengisianya ?  tapi nak buat macam mana terlalu ramai yang "SUKA" dan tergelak - gelak bagai nak pecah perut macam dah tak ada benda lain yang lebih lawak...  

p/s: banyak gelak - hati jadi mati...

 
-->

Rabu, 3 Oktober 2012

Bila hanya Gambar Yang bercerita.. 3.10.2012

 

Bila Hanya gambar yang mampu bercerita...

Apabila Masalah & Marah menguasai diri, berbanding iman, kesabaran serta kewarasan...


sila klik untuk lebih jelas..

-->

Siapa yang perlu di persalahkan ? dan siapa yang bersalah ? dan keadaan ini sedang aku hadapi sekarang ini... oleh kerana anak aku seorang kanak-kanak autisme - duit belanja dia selalu hilang - dan dia tak boleh nak bagitahu siapa yang ambil duit dia.. hari ini aku tanda duit dia... dan baru cikgu sms - dah dapat pon siapa yang aku kena "TANGGUNG" dalam diam...  
- tapi tindakkan cikgu pulak ??? - jangan buat macam nie yer...


kata aku : cegah sebelum parah.. iman dan sabar perlu dalam mendidik... 

Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link