Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 31 Januari 2012

kadang kala kita lupa !

 Apakah Kau sudah Lupa ?

kadang kala kita lupa 

apa yang PENTING dan jugak apa yang langsung TAK PENTING,

mana yang PERLU dengan mana yang langsung TAK PERLU,

mana yang HALAL dan jugak mana yang ternyata HARAM,

bukannya kita tidak tahu... cuma kita banyak tergoda dengan godaan dunia ! dan juga Fatwa keduniaan..


kata aku : manusia ini selalu lupa ! tapi jangan sampai buat buat lupa !



Isnin, 30 Januari 2012

Awas - Korang di perhatikan & di kawal !

"AWAS CCTV BEROPERASI"

Agaknya kalau ada signbord atau CCTV mcm nie mesti ramai yang menjaga tingkah laku kan...sebab apa ek ?


tapi kalau tak ada macam mana?  orang boleh lakukan apa sahaja kan.... (tapi ALLAH sentiasa melihat kan...)

Percaya tak hidup manusia nie sebenarnya banyak di kawal oleh benda-benda yang tidak hidup, dalam menguruskan hal ehwal kehidupan ....

contohnya macam nie !

kalau tak ada ini hari hari bangun lewat

Dan yang ini :

kalau ini tak beroperasi hemm sediri mau ingat lah...

setuju atau tidak ? apa komen korang ?


kata aku :  banyak lagi benda yang tidak bernyawa yang mengawal hidup manusia !


Jumaat, 27 Januari 2012

korang perlu yang mana satu ?

Pada aku -
"Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi  Rakyat perlukan pemimpin yang pandai bekerja.Kerana kata orang, "Orang yang terlalu bijak bercakap selalunya tidak pandai bekerja."

setuju atau tidak ?
p/s: ustaz aku dulu pernah berpesan "banyak cakap, banyak bohong, dan banyak bohong jadi banyak dosa" 

sama sama kita renungkan......




Jumaat, 20 Januari 2012

Nak Handpone 3G dan Wifi - bawah RM200 ?

cuba korang perhatikan permintaan mamat kat bawah nie...



klik imej untuk bagi lagi jelas !

Dah lah nak beli orang punya.. nak ada 3G, wifi serta condition baik.. dan nak COD plk tuh...tapi nak bagi kat orang bawah RM200, kenapa tak mintak bayar RM1 jer ? kan murah ! 

kata aku : agak agak lah wei... ingat nie pasar borong ker ? kalau macam tu baik ko request Iphone 4s - nanti org hantar batu lesung kat ko..  baru ko rasa... 

nota kaki : kalau nak jimat sangat pakai jer public phone! nak pakai benda canggih tapi KEDEKUT ! cepatlah ko buat rumah banglow.....  

nasihat aku.. kalau tak berduit - janganlah nak pakai benda canggih nie.... 




Tak Boleh ker renang tutup aurat ?

kecoh jugak kan hari nie orang cerita pasal di halang untuk memasuki acara renang sebab berpakaian menutup aurat ! dengan alasan "melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina)"

kata aku : peliknya! nak ikut sangat peraturan dari barat sana kenapa tak kita cipta peraturan kita sendiri, dengan acuan "MALAYSIA" -lagi pon pertandingan tu peringkat apa ? sampai nak sangat ikut peraturan tersebut !

eiiii.. serabutlah weiii.....

nota kaki: sanggup ker tengok anak korang "berbogel" untuk berenang lepas tu bagi tunjuk kat orang ramai ???  

kan cantik kalau mcm nie kan...

p/s: banyak lagi sukan yang boleh masuk dik ooii... kalau mereka tak nak terima awak... memanah pon boleh...



Jumaat, 13 Januari 2012

bila aku menangis !

Apa perasaan korang ? sedih ? menangis ?

satu persoalan jer yang terlintas dalam fikiran aku hari ini...

bilakah kali terakhir korang menangis ? dan untuk apa dan atas sebab apa tangisan itu ?

apa sebab tengok drama atau cerita hindustan ? sedih ?  hemmm tak sesuai !

sebab air matamu terlalu bernilai ... dan janganlah ditumpahkan kerana sesuatu yang tidak bernilai !


hapuslah air matamu !

aku dalam mood sedih - tapi tak menangis lagi !




Isnin, 9 Januari 2012

Orang Malaysia dah Pandai rupanya!

3 LETUPAN 2 CEDERA

Dilapokan polis sedang menyiasat insiden 3 letupan kuat dipercayai akibat bom buatan sendiri di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bermula jam 10.30 pagi tadi.

2 mangsa tercedera termasuk peguam manakala beberapa kenderaan disekitar lokasi kejadian didapati rosak.
 
 
wah dah pandai org Malaysia buat BOM ek ? hemm tak lama lagi leh jadi macam kat negara Jiran ... tak puas hati jerk .. BOM !
hem... macam mana nak kata negara ini aman! yang sedia ada nie pon "lembut" sangat kot !

hemm entahlah ! - Perjuangan aku 1) Demi Agama Islam 2) Demi Bangsa Melayu 3) Demi Ketuanan Raja-raja Melayu - Negara Malaysia ....




Tidak bersalah !

di lepaskan dan di gugurkan dari tuduhan - bukan bermakna tidak membuat salah !

Mahkamah Manusia kita semua boleh lepas - Mahkamah ALLAH SWT - aku pon belum tentu boleh lepas....


Astarfirullahalazim.....
Astarfirullahalazim.....
Astarfirullahalazim.....

hemmm... entahlah...  Taubatlah... sementara pintu taubat masih terbuka....





Khamis, 5 Januari 2012

Mengejar Kaki Pelangi - Sinopsis

ini adalah hasil karya sulung aku bersumberkan dari kisah benar !

Hak Cipta terpelihara....

MENGEJAR KAKI PELANGI

Sinopsis :

Azahar, seorang pemuda kampung,yang merantau di bandar, di besarkan sebagai seorang anak seorang penoreh getah, dan dalam keadaan kehidupan serba sederhana, kepayahan dan kesusahan menyebabkan Azahar menjadi seorang yang begitu menginginkan kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan beliau sekarang, sikap selalu merendah-rendahkan oleh adik beradik beliau juga mendorong Azahar untuk keinginan tersebut, di tambah lagi beliau tersentuh  dan sedih dengan melihatkan kedua ibu bapanya yang sudah tua serta unzur tetapi terpaksa menoreh getah lagi bagi menampung kehidupan.Walaupun adik beradiknya mempunyai pekerjaan yang tetap dan bagus tapi entah dimana silapnya mereka melebihkan keluarga mertua berbanding ibu dan bapa sendiri.

Kesusahan, kepayahan hidup dan pelbagai dugaan dalam hidup banyak mengajar Azahar mengenal erti kehidupan, namum begitu apa yang kita faham dan kita anggap itu betul kadangkala tidak sama dengan pemahaman dan pemikiran orang lain, dan ITULAH KEHIDUPAN.

Dalam menempuhi kehidupan ini,  Azahar bertemu dengan pelbagai cabaran kehidupan, persahabatan, percintaan, kehidupan alam pelajaran dan pekerjaan dan sebagainya, yang mana secara tidak langsung banyak mengajar erti kehidupan dalam mengejar impiannya.

Azahar yakin impian yang di carinya itu adalah satu peluang awal yang akan melonjakkan dirinya kearah kejayaan yang lebih baik, dan menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna serta kerjaya yang lebih baik, umpama kaki pelangi yang menjanjikan keindahan di atasnya….

Dalam kehidupan ini.. walaubagaimana baik dan teraturnya kita merancang akan sesuatu , andainya ALLAH yang Maha ESA tidak mengizikan ianya terjadi, maka pastilah ianya tidak akan terjadi – Bak kata cerdik pandai – Kita hanya mampu merancang, tetapi hanya ALLAH yang Maha ESA yang menetukan segalanya kerana DIA Maha Menegetahui akan segala seseuatu…..

Ikutilah kisah suka duka Azahar dalam menempuhi kehidupan dan perjalanan hidup dan dalam mengejar impiannya – yang di angapnya sebagai Kaki Pelangi – dalam  Mengejar kaki Pelangi dan dapatkah Azhar mengejar kaki pelangi tersebut ! sama sama kita ikuti !


p/s: masih lagi dalam proses penulisan, dan editing - masih mencari sesiapa yang sudi nak terbitkan - tapi tak minat secara online.. lebih berminat untuk di cetak ! ada idea ?

nota kaki : diharapkan korang dapat doakan kesihatan aku dan kelapangan aku untuk menyudahkan dan menyiapkan novel aku ini... insallah !

nota kaki : ada ker yang sudi baca nie ? macam ye ye ajer aku buat kan.. sekali.. tak ada.. malu jer kan...

Mana anak bangsa aku ?

aku berasa sedikit hairan... sekarang nie kebanyakan tempat aku pergi makan pekerjanya adalah terdiri daripada orang asing. kebanyakannya adalah lelaki dari bangladesh, atau myanmar atau Thailand!

masalah betul lah.. sampai kan order pon diorang yang ambik - order "A" yang sampai "D" - mau tak aku hangin... pakaian punya lah smart - mengalahkan pegawai - tapi 10 - 3 pon mahu kira pakai kalkulator.. aduh! slownyer memory dia nie....

restoren yang ada jenama pon sekarang nie dah mula pakai pekerja asing nie... sikit hari lagi dekat kounter lah tuh.. iskh rimas betul lah aku !

entah-entah esok lusa - jadi delivery men pulak kot ! hemmm.. entahlah!

persoalannya ialah :

Mana pergi anak bangsa aku nie ? 
mana warganegera Malaysia ?

dah tak minat atau dan memang dah pupus ? 


hemm entahlah ....





Isnin, 2 Januari 2012

pergi berambus lah aku tak rela ! & tak sudi !

kepada yang sibuk-sibuk awal pagi kat UPSI tu semata mata nak tuntut pemansuhan AUKU .. lepas tu buat demonstrasi dan pelbagai kerja bangang tu...

 buat kerja berfaedah sikit boleh tak ?

aku kata : korang pergi berambus dari UPSI tu dan aku tak rela & tak sudi kalau korang jadi cikgu kepada anak anak bangsa aku ! kalau korang tetap jadi cikgu jugak.. ingatlah aku pastikan kau di keluarkan dari sistem pendidikan negara secara serta merta ! 24 JAM... itu janji aku !


p/s: dah di beri peluang jadi cikgu jangan pulak berangan nak jadi ahli politik ! salah tempat lah kau! sila betulkan niat korang masuk UPSI tu... atau kau masuk UPSI tu sebab terpaksa ? kerana keputusan kau tu ala-ala ajer ? tapi hati ada niat jadi "HERO"

ini bakal cikgu ???

nota kaki : sudikah ? relakah dan sanggupkah korang anak anak serta cucu cucu korang di didik oleh manusia yang macam nie ? - terus terang aku kata "AKU TAK SANGGUP ! TAK RELA dan TAK SUDI ! - minta maaf pergi cari kerja lain... !

korang yang terlibat boleh tak korang fikir dengan betul sikit ? apa motif yang korang perjuangkan ? berbaloi ker dengan apa yang korang lakukan ?  bukan ker dah di janjikan akan di gubal - sabar boleh tak ? ker korang langsung tak nak undang-undang tu ? - hidup tak ada undang-undang macam hidup di zaman batu !

aku jadi hairan .. mana datang duit buat bayar duit guaman ? sebab masa aku belajar dulu nak makan pon tak berapa cukup ! kena buat part time lagi... korang hairan tak ?




Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks