Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 5 Januari 2012

Mengejar Kaki Pelangi - Sinopsis

ini adalah hasil karya sulung aku bersumberkan dari kisah benar !

Hak Cipta terpelihara....

MENGEJAR KAKI PELANGI

Sinopsis :

Azahar, seorang pemuda kampung,yang merantau di bandar, di besarkan sebagai seorang anak seorang penoreh getah, dan dalam keadaan kehidupan serba sederhana, kepayahan dan kesusahan menyebabkan Azahar menjadi seorang yang begitu menginginkan kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan beliau sekarang, sikap selalu merendah-rendahkan oleh adik beradik beliau juga mendorong Azahar untuk keinginan tersebut, di tambah lagi beliau tersentuh  dan sedih dengan melihatkan kedua ibu bapanya yang sudah tua serta unzur tetapi terpaksa menoreh getah lagi bagi menampung kehidupan.Walaupun adik beradiknya mempunyai pekerjaan yang tetap dan bagus tapi entah dimana silapnya mereka melebihkan keluarga mertua berbanding ibu dan bapa sendiri.

Kesusahan, kepayahan hidup dan pelbagai dugaan dalam hidup banyak mengajar Azahar mengenal erti kehidupan, namum begitu apa yang kita faham dan kita anggap itu betul kadangkala tidak sama dengan pemahaman dan pemikiran orang lain, dan ITULAH KEHIDUPAN.

Dalam menempuhi kehidupan ini,  Azahar bertemu dengan pelbagai cabaran kehidupan, persahabatan, percintaan, kehidupan alam pelajaran dan pekerjaan dan sebagainya, yang mana secara tidak langsung banyak mengajar erti kehidupan dalam mengejar impiannya.

Azahar yakin impian yang di carinya itu adalah satu peluang awal yang akan melonjakkan dirinya kearah kejayaan yang lebih baik, dan menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna serta kerjaya yang lebih baik, umpama kaki pelangi yang menjanjikan keindahan di atasnya….

Dalam kehidupan ini.. walaubagaimana baik dan teraturnya kita merancang akan sesuatu , andainya ALLAH yang Maha ESA tidak mengizikan ianya terjadi, maka pastilah ianya tidak akan terjadi – Bak kata cerdik pandai – Kita hanya mampu merancang, tetapi hanya ALLAH yang Maha ESA yang menetukan segalanya kerana DIA Maha Menegetahui akan segala seseuatu…..

Ikutilah kisah suka duka Azahar dalam menempuhi kehidupan dan perjalanan hidup dan dalam mengejar impiannya – yang di angapnya sebagai Kaki Pelangi – dalam  Mengejar kaki Pelangi dan dapatkah Azhar mengejar kaki pelangi tersebut ! sama sama kita ikuti !


p/s: masih lagi dalam proses penulisan, dan editing - masih mencari sesiapa yang sudi nak terbitkan - tapi tak minat secara online.. lebih berminat untuk di cetak ! ada idea ?

nota kaki : diharapkan korang dapat doakan kesihatan aku dan kelapangan aku untuk menyudahkan dan menyiapkan novel aku ini... insallah !

nota kaki : ada ker yang sudi baca nie ? macam ye ye ajer aku buat kan.. sekali.. tak ada.. malu jer kan...

8 ulasan:

Mrs.Yie berkata...

saya cadangkan bila dah siap satu2 bab,saudara terus je hantar ke penulisan2u untuk di siarkan..kat situ peluang untuk di terbitkan lebih cerah.. :)

Cik tikah berkata...

all the best :) nak jadi novelist yer?

Mak lagenda berkata...

Wow..ada bakat menulis rupanya aku nih..X sangka la plak..

All the best and gud luck bro!!

Kata Hatiku.. berkata...

teruskan bakat tu,,good luck ya aku..

khairul abdullah berkata...

Hendak terbitkan novel senang..kalau ada duit boleh jer terbitkan sendiri, tetapi hendak pasarkan yang payah. Untuk penerbit bersetuju menerbitkannya, anda perlulah turun naik ke setiap publishing company dengan membawa manuskrip untuk dinilai. Tetapi kebanyakkan penerbit tiada masa untuk membaca dan menilai manuskrip anda. Kebanyakkannya syarikat penerbitan mengenakan syarat "no unsolicited submissions" dimana hanya menerima manuskrip melalui "literary agent". Dengan itu manuskrip anda akan dinilai terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada penerbit. Maka penerbit tahu yang manuskrip yang telah dibaca dan disemak oleh literary agent adalah berpotensi untuk diterbitkan.

Anda boleh melihat senarai agen tersebut di malaysia melalui link yang saya berikan. http://www.writers.net/agents/country/129/
Anda boleh menghubungi mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur penerbitan, komisyen dan sebagainya.

Semoga berjaya.

Puteri Kasih berkata...

good luck bro :)

Fauzie Jasmani berkata...

Good Luck bro! Jk ada bakat menulis, teruskan tak kira la secara online atau offline.. ;-)

Rizwan Ewan berkata...

All the best ! :D good luckk!! ^.^

Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link