Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 31 Disember 2011

Perlu ker sambutan tahun baru ?

Hari ini hari terakhir 2011 dan juga hari yang ker 365 bagi tahun 2011 !
mulai detik 12.01 minit malam ini kita akan berada di dalam tahun 2012 - apa ada pada nombor ?

tapi yang aku heran tuh... perlu ker ada sambutan ambang tahun baru ? nak sambut apa ? pertukaran dari 2011 kepada 2012 ? tu ajer ? lain ? tak ada ?

sedar tak mulai detik tu makin bertambah umur korang ? bertambah lagi tanggungjawab!

jadi elok lah luangkan masa korang tu bersama-sama keluarga

jadi apa lah faedahnya sambutan ambang tahun baru 2012 ?
selain buang masa - sia sia ajer - siap ada konsert bagai... last - last ada pertunjukan bunga api ... tu ajer... apa munafaat ? tak ada.. jadi janganlah buang masa...

dapat apa ek ?

p/s: aku lebih suka luangkan masa yang berharga untuk keluarga aku... lagi best !

nota kaki : malam nie pasti ada banyak pesta kan....kira 9 bulan dari sekarang... pasti akan ada jugak pesta ! pesta apa ? korang sendiri fikir !




Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Menyambut Tahun 2011 - azam 2012

maaf aku masih lagi dalam mood sibuk yang melampau... tapi bukan jadi penyebuk yer...

cuma nak ucapkan 

Selamat Menyambut Tahun 2012


dan semoga azam & cita-cita korang semua tercapai seperti apa yang di harapkan.... amin..

p/s: azam tahun lepas macam mana ? bertambah lagi satu angka dalam umur aku.... korang pon sama jugak !!!!




Selasa, 27 Disember 2011

Masih tahu batas ? batas apa batas kubur ?

"Memang saya berpakaian agak menjolok mata, tetapi itu keselesaaan saya. Walaubagaimanapun, saya masih tahu batas, apa yang saya boleh buat dan apa yang saya tidak boleh buat." 
kata aku - tahu batas dalam berpakaian ? ker batas kubur ?

p/s: selesa ker berpakaian menjolok mata nie? cuba bayangkan kalau anak-anak tegur "ibu kenapa kain ibu pendek.. sampai nak nampak seluar dalam lah ! - macam mana ko rasa ?

nota kaki : agak agak lah kalau nak ikut trend berpakaian! banyak lagi pakaian yang lebih sopan... dari mini skirt yang sejengkal dari pinggang, kalau duduk pasti nampak bukan setakat warna tapi bentuk bahagian bawah tuh ! - bangga ek nak tunjuk bahagain tu ?

nota kaki 2: agak-agak kalau ko tengok diri ko sendiri rasa malu tak ? atau nikmat rasa malu tu dah ditarik dari diri ko tuh ?

walaupon ko tu hangat - tapi api neraka lagi panas - 
tak leh lawan hangat-hangat nie tau ! 

  panasnyer..


gambar leh dapat kat >>sini<< tak tergamak aku letak gambar tu kat blog aku nie..

hemmmm entahlah ! korang sendiri lah fikir kan.... 



Khamis, 22 Disember 2011

Hidup Ini 22 Dec. 2011 - Orang bodoh !

orang bodoh tak akan mengaku dia bodoh tapi akan cuba buat orang lain nampak bodoh.. sebenarnya di sanalah dia akan menyerlahkan kebodohanya !




p/s: tiada sesiapa yang suka di kata bodoh! tetapi sikap manusia suka memperbodoh-bodohkan orang lain - menunjukan yang dia tu sebenarnya BODOH !

 




Rabu, 21 Disember 2011

Apabila Hanya Gambar Bercerita 21.Dec.2011

aku dalam proses mengenalpasti dan menguruskan sesuatu !


biasalah permainan manusia durjana di hujung tahun....
doakan aku selamat yer !




Selasa, 20 Disember 2011

aku akan berdiam seketika !

aku akan ber"DIAM" seketika !

sampai bila ?

tunggu sahaja lah yer !






Isnin, 19 Disember 2011

Katakan "TAK NAK" & amaran KERAS buat perokok !

Katakan TAK NAK - pada rokok dan juga pada asap rokok !



Perkara malang menimpa aku tahun ini... oleh kerana persekitaran dan rakan-rakan yang merokok ! aku menerima akibat daripada asap rokok pasif (second hand smoke)  yang mana aku terpaksa di rujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) lihat  >> di sini <<  sakit tau ! duit pon banyak habis !

Sebagai motivasi untuk anak anak aku ! aku pastikan setiap tempat yang aku pergi bebas asap rokok, dan jikalau makan di luar aku pastikan meja tersebut tiada "ashtray" atau tempat habuk rokok ! tambahan pula anak aku merupakan kanak-kanak istimewa dan salah seorangnya mempunyai masalah pernafasan yang agak serius (athma) jadi asap rokok ini salah satu punca serangan 

Banyak entry aku mengenai perangai perokok ini jugak !
lihat >>sini<< yang boleh aku difinisi kan sebagai bangang ! dan juga berlagak tak kena tempat >>disini<< serta bayangkan yang merokok ini adik atau anak korang ! >>di sini<<

Sebagai pesanan "KERAS" buat perokok - 

"MENGAPA KAU NAFIKAN HAK AKU UNTUK MENDAPAT UDARA SEGAR?"

 dan "TERIMA KASIH" atas jasa korang yang menyebabkan aku dan orang di sekeliling korang yang jatuh sakit! akibat dari asap ROKOK!

Sehubungan dengan ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan satu pertandingan fotografi untuk kempan TAK NAK ini - sila rujuk laman web gaya hidup sihat untuk syarat dan terma pertandingan tersebut ! 

p/s: aku dokan kejayaan korang yer !  duit free kan sapa tak nak kan...

nota kaki : merokok nie tak nampak cool pon... dan boleh buat orang sesak nafas ! - tak percaya ? - semalam aku pergi satu shoping complex di KL - Grand konon - kat sblh luar ada zone untuk perokok... penuh dengan asap lebih kurang macam ada "pembakaran terbuka" kat sana - kalau ada pengesan asap ! pasti dah berbunyi - bunyi - aku cadangkan pasang "water sprinkler" sekali.. kat tempat ini.. bagi diorang "mandi" hasil dari "pembakaran terbuka" tu kan..  yang sedih anak aku kena athma attack kat sana semalam gara-gara asap rokok! sapa yang yang tanggung tu ? 

Nota Kaki 2: korang keluar duit beli rokok ! aku keluar duit kena buat bayar duit rawatan IJN - sepatutnya aku mintak duit korang - baru adil bagi aku kan !


Sabtu, 17 Disember 2011

aku nak mintak Maaf ! Bantuan Rakyat 1Malaysia

aku nak mintak maaf ! 

pasal info terbaru.. yang aku terima ... mengenai borang Bantuan Rakyat 1Malaysia....

maklumat lanjut >>di sini<<
- borang fotostat tak di terima oleh LHDN ? betul ker ?  kalau ianya betul... aku minta maaf sebab sebelum ini aku pernah bagitahu link up dan prnit serta fotostat banyak-banyak bagi kat mereka yang aku rasa memerlukan....

jadi kat sini aku nak bagi balik link up buat korang semua ! klik kat >>sini << untuk download borang yang baru, dan print...

atau korang terus download kat laman web perbendaharan negara 


atau pergi terus pejabat LHDN - ada memang kounter khas di sediaka, lagi senang kan...


MAAF YER SEBAB MENYUSAHKAN KORANG !



p/s: aku rasa kesal dengan hal ini....

nota kaki : sepatutnya pihak yang berkenaan bagi info yang lengkap terlebih dahulu supaya rakyat tidak perlu buat kerja berulang kali !

Nota kaki : penyampaian maklumat perlu lebih efektif - jangan buat kerja lain yang lebih efektif !



Jumaat, 16 Disember 2011

Belasah dulu yer !

Dipukul suami salah faham

 KUALA LUMPUR: Gara-gara salah faham, seorang penjual insurans terpaksa menanggung malu apabila dipukul seorang suami kepada pelanggannya di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun menyapa seorang wanita bersama anaknya yang sedang membeli-belah untuk memperkenalkan pakej insurans dijualnya. 



Menurut sumber, dia kemudian meminta wanita terbabit memberi peluang beberapa minit kepadanya untuk menerangkan mengenai insurans itu.

“Selepas beberapa minit berbincang, mangsa meminta wanita terbabit meninggalkan nombor telefon bimbit supaya mereka dapat berbincang lagi di lain kali selepas wanita itu berminat untuk menyertainya.



“Selepas memberikan nombornya, wanita terbabit terus beredar, namun kejadian itu disedari suami wanita itu yang menyangka mangsa cuba memikat isterinya,” katanya.


sumber : Harian Metro Online

Aku kata; ko dah kuat sangat ker ? sesuka hati kepala lutut ko nak pukul orang nie? kan lebih baik ko gunakan kekuatan ko tu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan negara! nie tidak... cemburu tahap cipan !

Iskh gila lah ko nie... agak agak lah... tanyalah dulu kalau yer pon... jangan pakai belasah jer !


p/s: Isteri itu bukannya milik kamu tetapi amanah yang di pertangungjawabkan keatas kamu !

nota kaki: lepas pukul... ada berani tak nak mintak maaf ? atau terus beli insuran, yang jurujual insuran tu.. tak apa insuran ader...... 

macam macam hal dalam dunia nie...  


Khamis, 15 Disember 2011

Orang suruh pergi belajar lah! - Kepala lutut punya budak !

Korang ada baca harian metro ? pasal 15 daripada 30 siswa ingkar bersurai di tahan sebab membuat demonstrasi Flash Mob Kebebasan Akademik bagi membantah Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di KL Sentral, di sini, semalam.

Baca kat  >>sini<<

mereka terdiri daripada pelajar dari pelbagai IPT termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Mereka ditahan selepas mengingkari arahan polis yang meminta mereka bersurai kerana mengganggu ketenteraman awam.

aku kata :

* apa lah nak jadi dengan korang nie ha? kan nak masuk universiti tu tujuannya nak belajar, nie heboh nak berdemo bagai.. nak sibuk pasal politik... pelajaran korang macam mana ?

* korang tau tak bertapa susah dan payah parents korang cari duit nak bagi korang masuk universiti ? kalau kena buang mana nak letak muka omak sama ayah korang?

* Dengan berdemo bagai nie boleh bagi korang anugerah dekan ker ? atau anugerah di raja tak pon anugerah censelor, atau bolehke capai CGPA 4.0 ker ? tapi aku rasa, rasa penangan kot boleh kot!


* Jangan berbangga sangat lah dengan jawatan Perwakilan pelajar atau berbagai tuh.. jawatan tu tak akan bagi korang advantage pon time mintak kerja nanti, malah boleh jadi penghalang - sebab majikan - "mark" korang suka melawan (kes benar)


* tolong muhasabah diri korang - apa tujuan korang masuk universiti nie ! kalau dah gatal bebenor nak sibuk pasal politik, berhenti atau tak payah masuk universiti - bagi peluang kat orang lain yang betul-betul nak belajar ! jangan buat orang lain susah ! boleh ?


p/s: tolong guna kepala hotak sikit !- kata penuntut universiti.. bukan guna kepala lutut ! ok.. bosan aku!.. aku pon pernah jadi penuntut jugak tak der nak kecoh -kecoh pasal politik.. mungkin sebab sibuk study, atau sekarang siswa nie hidup senang kot tu yang banyak masa nak jadi penyebuk ! - maaf lah kalau korang tak suka tapi inilah yang aku rasa !





Rabu, 14 Disember 2011

Ceroboh sempadan! apa aku harus buat ?

aku nak mintak tolong kat korang - tolong bagi pendapat - nak bagi pendapatan pon okey jugak...

aku tinggal di sebuah taman perumahan yang agak kekampungan sikit... jiran sebelah rumah aku nie.. suka bebenor bercucuk tanam..bukan dalam fb.  FYI rumah dia dah full renovation.. dah tak ada tanah lagi... sekarang nie.. masalahnya dia bercucuk taman di luar pagar depan rumah aku... ikut sedap kepala lutut dia ajer kan...sampaikan sedara mara atau adik beradik aku datang pon tak ada tempat nak letak kereta sebab aktiviti dia tuh....

siap dengan cili padi.. terung... pokok kelapa... hemm... ingat sikit hari lagi leh tanam padi kot...

bila anak aku main kat situ boleh dia marah-marah,takut habis tanaman dia tuh.... erkkkk... apa aku nak kata ha ???

jadi apa aku harus buat ?? nak tegur salah ! tak tegur aku jadi serba salah !


haruskan aku buat begini ?
p/s: susah jugak hidup dengan jiran yang terlebih rajin nie kan...



Korang Blogger atau penyampai cerita ?

Korang nie Blogger atau penyampai cerita ?

Kalau Blogger - mesti cari sumber yang sahih dan buat kajian atau semakan dulu sebelum terbitkan cerita panas dan kontroversi, dan kalau penulisan dan maklumat korang tak tepat - korang dengan berani dan gentlemen / gentlewoman - minta maaf kan ?

Kalau penyampai cerita - setiap maklumat atau berita yang masih lagi taraf kabar angin / fithnah, terutamanya yang panas serta kontroversi - dengan berani dan segera korang terbitkan, tetapi kalau ternayata maklumat dan cerita itu tak tepat, ada korang berani nak minta maaf ?

Bagi yang terasa tu aku minta maaf yer.. bukan apa sekarang ini terlalu banyak kes-kes sebegini dalam blog, sampai meracuni minda pembaca.... tolonglah bersikap sebagai seorang blogger bukan sekadar penyampai berita !


p/s: setakat hari ini belum pernah aku jumpa entry atau penulisan yang terus terang meminta maaf atas satu isu yang pernah diorang ceritkan di blog sekiranya isu itu tak betul! atau aku belum jumpa ? - atau ..... apa kata korang ek !




Selasa, 13 Disember 2011

Selamat ker Tali pinggang keleder belakang ?

Korang ada baca harian metro hari ini ?


Kalau tak baca lagi meh baca kat >>sini<<

Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang. 

berkuat - kuasa 1 Jan 2012 - pengunaan tali pinggang keleder belakang mula berkuat kuasa - dan sesiapa yang gagal akan di saman...

jadi apa kata korang ?

p/s: aku mempunyai anak OKU ! aku tak sanggup memperjudikan nyawa anak aku weiii....

nota kaki: kenderaan polis, ambulan, bomba dan tentera tak memerlukan mereka menggunkan tali pinggang keleder sebab alasan tugas.. atau keselamatan - macam kes nie lah... siapa yang di dahulukan nie ? sendiri lah jawab yer !

nota kaki 2 ; Salam takziah kepada kelurga mangsa - dan Al Fatihah buat mangsa...

Terima Kasih BEN ASHAARI !

aku nak ucap berbanayk terima kasih kat Ben Ashaari - pemilik http://www.benashaari.com/ 


korang nak tahu kenapa ? tengok kat bawah nie...


Referal dari blog dia ajer cecah 67 hits... nie sebab aku join segment kat blog dia lah... dah hari tersebut Unik Visitor aku capai 121 hari tu.. sesuatu yang di luar kebiasaan...
yer lah UV aku biasanya dalam 30 hingga 60 orang jer 1 hari... ini meningkat sampai sekali ganda... terperanjat aku ...

apa apa pon terima kasih sekali lagi kat Bro Ben Ashaari yang menjadi idola aku dalam dunia blog nie.. tak lupa jugak korang yang sudi masuk, lawat, singgah, komen dan sudi follow blog aku yang tak seberapa nie... 

p/s: nak join segment lagi.. tapi kerja kat office nie berlambak... insallah kalau ada masa aku join...



"FAIL!" ...Bahasa Melayu ker English ?

dapat satu dokumen - ada tulis :

FAIL ! 

 aku jadi confiused nak  simpan dalam FAIL atau pon project tu FAIL !

so camner tuh ?


p/s: bos! nak letak mana nie ? nak simpan file ker nak masuk tong sampah ?

nota kaki : aku yang FAIL ker bos aku yang FAIL nie.....

nota kaki 2: tak faham? rujuk kamus yer.. English - Bahasa Melayu / Bahasa Melayu - English...




Isnin, 12 Disember 2011

Notis Dari Shoutmix ! - Important Notice !!


 Korang perasan tak dekat atas Shoutmix tu ada satu perkataan 

"Important Notice"

ada pergi tengok ker apa yang penting sangat tuh ! ker buat tak layan ajer ? sebenarnya pihak shoutmix nak bagitahu pengguna shoutmix bahawa versi "PERCUMA" shoutmix akan di tamatkan mulai Jan.1.2012, mungkin sebab tak menguntungkan mereka kot... entahlah.. aku tak berapa pandai baca bahasa orang putih nie... he he he, al-maklumlah sekolah jer yang tinggi bertingkat-tingkat, aku lavel yang bawah jer...

apa apa pon korang dapatkan maklumat lanjut kat >>sini<<


p/s: aku dah tukar shoutmix kepada  c.box ... yang masih free.... sebab aku masih memerlukan tempat pesanan ini... berbanding orang yang dah famous dan otai tak perlukan service chamghini...




Menguap boleh berjangkit ?

aku baca berita harian online hari ini... dan aku tertarik dengan berita 

"MENGUAP BOLEH BERJANGKIT" - erkk.... dah kira macam wabak ker nie ?

cerita lanjut boleh dapatkan >>disini<<


ops... jangan menguap dekat sini !


p/s: nanti akan ada signbord "DILARANG MENGUAP" ....  logik ker ?




Sabtu, 10 Disember 2011

Download Borang Bantuan RM500.00 di sini

Bantuan kerajaan RM500.00 --

Jom download borang kat sini...

Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 )
  • Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) – Lampiran 1
  • Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) – Lampiran 2

Mesti di serahkan sebelum atau pada 10.Jan 2012..


p/s: bagi yang layak ajer yer...




Sesat di Hospital ! siapa boleh tolong jawab?

baru baru nie aku pergi temujanji di salah sebuah hospital kerajaan....semasa aku menuggu giliran - tekak aku telah berasa dahaga... tergerak di hati nak menggunakan kemudahan yang telah di sediakan.... tapi..... korang tengok lah sendiri...


mana cup dia oiii.... ini nak buat pameran ker ? atau untuk di jadikan tempat untuk letak pasu bunga ? dimana fungsinya yang sebenar ? - bukankah ini satu pembaziran dan sepatutnya di gunakan sepenuhnya oleh orang awam ! - ada sesiapa yang nak jawab ?

p/s: dahaga aku hilang setelah di berikan "serangkai" arahan yang boleh buat aku jadi "sesat" kat dalam hospital ini, kalau tak di catat satu persatu.... sedangkan aku tidak sihat kan...




Gerhana Bulan 10.DEC.2011 - apa yang kita patut buat...

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari


Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Waktu Solat Gerhana


Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.



Cara Solat Sunat Gerhana



ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

  • Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


sumber : wikipedia..

p/s; masih ingat - dulu2 macam2 amalan yang tak sepatutnya di lakukan seperti memalu gendang dan bunyi-bunyian...

nota kaki : Allah Maha mengetahui akan sesuatu... dan kepada ALLAh kita berserah....



Doakan aku !

korang semua tolong doakan aku...

hari ini 10- DEC.2011  jam 3:30 petang aku akan menghadapi satu online exam atau online teleconference ini semua bagi mencapai cita cita aku... dan demi masa depan aku dan kelurga aku...

 
sekarang ini aku tengah "jamed" masa tengah study nie ha..tu sebab aku update blog nie bagi release "jamed" tuh..harap semuanya boleh berjalan dengan lancar petang ini... insallah....

p/s: folower no 200 tu pls email kat aku "tajuk - follower no 200" - please yer...

nota kaki : last aku dalam keadaan macam nie ialah 14 tahun yang lepas.... janggal weih...


Jumaat, 9 Disember 2011

BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN


Bagi menjawab soalan BEN ASHAARI kenapa blog aku berlainan....

bagi aku - blog aku lain.. tak nak letak gambar aku ! jadi biar orang menilai hasil penulisan aku berbanding rupa paras - budject hendsom aku nie.. perasan...... dan penulisan aku lahir dari apa yang aku rasa dan sekadar berkongsi cerita...

lagi satu mungkin sebab "aku" nie jenis Zirafah - besar, tapi tiada suara.. tindakan agresif... percaya ? korang sendiri yang nilaikan....

p/s: memandang tidak semestinya melihat,.. mendengar tidak semestinya memahami...



Bawang Tumbuh? di pasaraya "murah" di Seremban

apa korang rasa bila nak beli barang kat sebuah pasaraya yang gah kata harga termurah tapi ini yang korang dapat....

gambar sekadar hiasan tapi inilah yang terjadi

apa nak suruh aku bercucuk tanam sendiri ker? sudahnya bawang nie ke bakul sampah, sebab tak larat nak makan daun bawang banyak-banyak weih !

p/s: nak berniaga nie ikhlas lah sikit, siapa yang nak menjawabnya nie ?




Khamis, 8 Disember 2011

Jom Link blog !



aku nak ajak sesiapa lagi yang sudi nak link sesama blog dengan aku, caranya hanya tinggalkan komen kat bawah entry ini... dan aku akan letakan link blok korang kat sebelah blog aku ini....


p/s: ada ker yang sudi nak link dengan blog aku yang tak seberapa nie ?




Kehidupan ini - sekadar renungan 8 Dec 2011

Dalam Hidup ini...

Janganlah terlalu mengimpikan KAYANGAN, kerana agak mustahil untuk kau mencapainya, sebaliknya percayalah yang kau sentiasa perlukan BUMI, kerana di situlah lahirnya sebuah "KEHIDUPAN".






p/s: aku agak sibuk sekarang ini dengan projek terbaru....




Isnin, 5 Disember 2011

Istilah "atas pagar" - apa yang "aku" bayangkan! & cabaran buat Ahli Politik!

macam tak seronok jer bunyi "atas pagar" nie...

kata nak menangi hati pengundi.. tapi gunakan istilah "atas pagar" bagi aku yang dah banyak kali mengundi nie... aku terbayangkan...



inilah yang aku terbayangkan bila ayat "atas pagar" 
itu di sebut..

Istilah atas pagar tu menunjukkan seolah olah seorang yang tak pandai buat keputusan, tiada pegangan, tiada komitmen dan juga tidak komited terhadap sesuatu keputusan di dalam diri mereka, dan seolah-olah tidak percaya pada pendapat diri sendiri serta mudah terpengaruh dengan hasutan serta provokasi di hadapi !

kata nak memenangi hati pengundi muda dan pengundi yang paling berkuasa di masa sekarang ini... tapi istilah yang di gunakan tidak atau langsung tidak mencerminkan hasrat tersebut... kan lebih elok kalau di gunakan istilah "pembuat keputusan" atau "pengundi muda" berbanding "atas pagar" tuh - fikir fikirkanlah yer....

p/s: kadang kala dengan tersalah kata - boleh sebabkan kehancuran, kerana kata-kata lebih tajam dari sebilah pedang !

nota kaki : ahli politik - berani ker sahut cabaran nie ?





Cantik Punggung dia ! 18 SX tau...

Geram melihat punggung membawa padah


MIRI 4 Dis. - Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.


cerita lanjut di >>sini<<

sumber : Utusan Malaysia online.

sekadar hiasan

p/s: Trend ~ pandang boleh usik jangan !  ~ hemm entahlah.. bila lah nak di kuatkasakan undang-undang berpakaian sopan kat tempat awam !

nota kaki : pak guard nie pon, melampau bebenor ko kan.. cuba anak dara ko yang kena.. ko marah tak ? tak beragak bebenor - masuk air ker apa nie ?

nota kaki 2 : awek2- pakaian sopan sikit leh tak ? nak tunjuk apa kalau pakai ketat2 nie ?





Nak Pakwe Afrika ?

Aku baca surat khabar harian metro hari ini 5-Dec-2011


 nak tahu lebih lanjut klik >>disini<<


Terdesak bebenor nak berlaki ke dia nie ? sampai hilang pertimbangan ? mak & abah ko hantar untuk belajar lah, tapi benda lain pulak yang bidang ko menuntut yer...

p/s: nanti orang abes belajar dapat Ijazah atau diploma.. ko pulak dapat anak dengan laki import weih...

nota kaki : dah jadi trend kan ada pakwe Import nie... sapa nak jawab nie ?

nota kaki 2: teringat dulu masa kat uni, kalau ada lelaki asing gangu pelajar perempuan tempatan, sure kena tindakkan oleh pengurusan uni.. sekarang tak der ker ?

hemmmm entahlah.....



Sabtu, 3 Disember 2011

Nak Sewa Pistol tak ?





Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

sumber harian metro online dapatkan maklumat lanjut >>disini<<

p/s: mana akujanji angota nie ? ingat lepas nie set radio pon leh bagi sewa kot ! ker boleh sewa kereta peronda atau gari ? hemmm sendiri mahu ingat lah yer...

nota kaki: kalau dan orang yang di pertanggungjawabkan menjaga keselamatan orang awam pon boleh menyebakan keselamatan orang awam tergugat.. nak harapkan siapa lagi ?




Jumaat, 2 Disember 2011

aku membilang hari.. akhirnya....

mesti korang tertanya-tanya entry sebelum-sebelum ini yang "aku Membilang hari..."

wah ada sampai kata aku nak kawen lagi satu tuh... wah... p/s.. wah! sampai macam tu doa korang kat aku... aku tak mampu berlaku adil itu jawapan aku...

korang tahu aku tunggu apa ?


Actually aku tunggu ini.... jom tengok kat bawah nie...

V

V

V

V

V

V

V

V

aku dapat 3 series lah...

V

iskh bukan ini lah...

V

tapi yang ini...

02-DEC-1976 pukul 5:30 pagi aku di puterakan
Terima Kasih "MAK"  & "AYAH"

V

V

tapi bukan 3 yang ini yer...

ops.... no komen...
mcm kat atas tu aku tak yakin aku mampu berlaku adil...
itu sahaja...


p/s: dah tua aku nie kan... tapi bagi aku usia hanyalah nombor yang menunjukan peningkatan usia.. 

nota kaki : Alhamdulilah ALLAH sudi berikan aku peluang untuk hadapai hari ini lagi...

nota kaki 2: terima kasih atas doa korang semua...



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks