Katakan TAK NAK - pada rokok dan juga pada asap rokok !
Perkara malang menimpa aku tahun ini... oleh kerana persekitaran dan rakan-rakan yang merokok ! aku menerima akibat daripada asap rokok pasif (second hand smoke) yang mana aku terpaksa di rujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) lihat >> di sini << sakit tau ! duit pon banyak habis !
Sebagai motivasi untuk anak anak aku ! aku pastikan setiap tempat yang aku pergi bebas asap rokok, dan jikalau makan di luar aku pastikan meja tersebut tiada "ashtray" atau tempat habuk rokok ! tambahan pula anak aku merupakan kanak-kanak istimewa dan salah seorangnya mempunyai masalah pernafasan yang agak serius (athma) jadi asap rokok ini salah satu punca serangan
Banyak entry aku mengenai perangai perokok ini jugak !
lihat >>sini<< yang boleh aku difinisi kan sebagai bangang ! dan juga berlagak tak kena tempat >>disini<< serta bayangkan yang merokok ini adik atau anak korang ! >>di sini<<
Banyak entry aku mengenai perangai perokok ini jugak !
lihat >>sini<< yang boleh aku difinisi kan sebagai bangang ! dan juga berlagak tak kena tempat >>disini<< serta bayangkan yang merokok ini adik atau anak korang ! >>di sini<<
Sebagai pesanan "KERAS" buat perokok -
"MENGAPA KAU NAFIKAN HAK AKU UNTUK MENDAPAT UDARA SEGAR?"
dan "TERIMA KASIH" atas jasa korang yang menyebabkan aku dan orang di sekeliling korang yang jatuh sakit! akibat dari asap ROKOK!
Sehubungan dengan ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan satu pertandingan fotografi untuk kempan TAK NAK ini - sila rujuk laman web gaya hidup sihat untuk syarat dan terma pertandingan tersebut !
p/s: aku dokan kejayaan korang yer ! duit free kan sapa tak nak kan...
nota kaki : merokok nie tak nampak cool pon... dan boleh buat orang sesak nafas ! - tak percaya ? - semalam aku pergi satu shoping complex di KL - Grand konon - kat sblh luar ada zone untuk perokok... penuh dengan asap lebih kurang macam ada "pembakaran terbuka" kat sana - kalau ada pengesan asap ! pasti dah berbunyi - bunyi - aku cadangkan pasang "water sprinkler" sekali.. kat tempat ini.. bagi diorang "mandi" hasil dari "pembakaran terbuka" tu kan.. yang sedih anak aku kena athma attack kat sana semalam gara-gara asap rokok! sapa yang yang tanggung tu ?
Nota Kaki 2: korang keluar duit beli rokok ! aku keluar duit kena buat bayar duit rawatan IJN - sepatutnya aku mintak duit korang - baru adil bagi aku kan !
Nota Kaki 2: korang keluar duit beli rokok ! aku keluar duit kena buat bayar duit rawatan IJN - sepatutnya aku mintak duit korang - baru adil bagi aku kan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan