Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 1 Disember 2011

Borang Pendaftaran Bantuan Rakyat RM500.00

 Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan

borang pendaftaran boleh didapati secara "percuma" mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. (percuma bermakna tiada bayaran tau)
p/s: kalau ada online atau leh download lagi bagus ek ....

Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'

pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah - (jangan nak tipu pendapatan pulak ok)

pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara, dan Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon

Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat, - (jangan takut orang yang "MENENTANG" kerajaan pon layak dapat kalau penuhi syarat !)


p/s: agak-agak duit bantuan nie nanti bertukar jadi handpone tak ? apa apa pon gunakan dengan sepatutnya yer...

nota kaki : cara pembayarannya pula macam mana ? jangan pulak nanti banyak "dipotong" jugak ! cukup-cukuplah buat keputusan ikut hati sendiri yer !

nota kaki 2: ingatlah! sekiranya kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, Azab api neraka itu amat pedih !

Nota kaki 3: pssst.. orang yang "MENENTANG" kerajaan tu kalau rasa tak nak ambik lagi bagus.bagi sedar diri sikit yer - ada ker yang mengaku time macam nie ? muka tak malu!

nota kaki 4: walaupon aku tak layak terima .. cuma nak ucapkan "TERIMA KASIH" pada kerajaan sebab perihatin dengan kesusahan rakyat... kalau ada budject lebih... leh up lagi sikit kan... he he he



Tiada ulasan:

Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks