Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 26 September 2011

Doakan aku - 26-09-2011 (auto publish entry)

Buat Kawan - kawan semua,

Masa korang baca entry nie dan pada tarikh 26-09-2011,

aku akan mendaftar masuk di IJN pada tepat jam 7:30pagi, dan operation tu di jadualkan dalam pukul 9:30 pagi
dan mungkin masa itu aku di alam lain, 
dan masa itu doktor akan melakukan yang terbaik buat aku...

 no picture on operation theater pls...

cuma apa yang aku harap... korang semua doakan yang terbaik buat aku, semoga aku cepat sembuh serta, berada didalam keadaan yang sihat selepas itu...

tapi aku rindu akan semua kawan-kawan aku di dunia di belakang monitor nie... dan korang semua amat bermakna bagi aku... thanks korang semua atas apa sahaja selama ini....

aku cukup tenang nak hadapi ini semua, dan boleh kata tak pernah rasa setenang ini selama ini, dan dah cukup bersedia hadapi apa sahaja yang ALLAH takdirkan buat diri aku...

p/s: mungkin aku akan temui masa yang aku hilang dulu semasa aku di alam lain ini... insallah....




nota kaki: jangan di tangisi ketiadaan aku kerana air mata itu lebih berharga buat Yang MAHA ESA,





Sabtu, 24 September 2011

Buat Kawann - kawan

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
esok jangan rindu- rinduan.....



p/s: aku nak pergi jauh... x jauh mana pon IJN jer....





Berhati-hati yer...

Korang semua layan video nie.. dan berhati-hati yer...



jadi korang semua berhati-hati yer..

p/s: bukan senang orang nak bagi duit ooo.......






Selimut Putih

korang layan lagi lagu nie heh...


Semoga jadi panduan dan peringatan buat aku dan korang semua....




Best Lagu ini - jom dengar

Walaupon lagu nie lagu lama.. aku suka lagu ini...







Khamis, 22 September 2011

Antara Tun "M", Nik Aziz dan "aku"

Ini Kisah benar,

Antara Tun "M", Nik Aziz dan juga "aku"


Tun M, (Dr.Mahathir Bin Mohamad)
Siapa tak kenal Tun M - bekas Perdana Menteri Malaysia,  bohong kalau tak kenal kan....


Tuan Guru Nik Aziz , (Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
Dan siapa juga tak kenal dengan Tokoh pemimpin ini juga, ini pon bohong kalau tak kenal bukan ...
Menteri Besar Kelantan / Mursyidul am PAS.

dan 

"aku" - (inilah aku)
aku bukanlah sesiapa dalam pemerintahan negara, politik pula.. hanya ada sikap ambil tahu,malah ramai yang tak kenal aku dari kenal aku kat Malaysia nie...

jadi korang nak tahu apa persamaan antara Tun M, Nik Aziz dan aku ?

betul nie ???


Sila Lihat di bawah... ini...

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


ini surat mc original yer...


Kami sama sama buat rawatan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd. (IJN) dan kami sama sama pesakit di IJN.. walaupon masa mendapatkan rawatan tak pernah sama.. tapi kami mendapat kepakaran yang sama di bawah satu bumbung.... he he he.... jangan jelouse tau...

p/s: 26hb. September.2011 saya akan menjalalani operatetion di IJN... jadi iringi aku dengan doa, moga tidak terjadi sebarang risiko yang merbahaya...

nota kaki: aku bukan perokok, aku bukan alkoholic, seorang yang aktif bersenam & bersukan... dapat penyakit jantung.. jadi bagi korang yang perokok serta alkoholic... ingat ingatlah panggilan ALLAH tak tentu masa.. dan tak boleh di lewatkan walaupon sedetik...



Selasa, 20 September 2011

Apa yang tersurat & tersirat

Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Hazama

Credit to blog.zulkhas.com

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok 

credit to firdausler.fotages.com

p/s: aku jarang suka lagu - lagu nie, tapi lagu ini menarik perhatian aku... sebab lirik dia ringkas, santai, tetapi penuh makna.

nota kaki : apa yang korang dapat "tangkap" dari lirik lagu ini ? 




Isnin, 19 September 2011

Layak Ker ?

Layak ker sebuah kedai makan dapat Rating "A" 

-kalau habuk dan puntung rokok bersepah sepah, lantai melekit dan kotor,
-kesemua penyedia makanan tak pakai penutup kepala & appron, 
-menu tak ada ... (jadi tak adalah tanda harga kan.....)

dan paling memualkan ialah,bos dia tanggalkan chewing gum di tapak kasut - lepas tu tak cuci tangan terus jer angkat pinggan makanan dan hantar ke pelangan...eiiii...

taubat aku!!! tak akan datang lagi makan kat kedai nie... walaupon kau famous, tapi bagi aku kebersihan perkara utama....

p/s: kalau korang pulak macam mana ? bagi aku bau paling aku benci ialah asap rokok..  




Jumaat, 16 September 2011

Teknologi makin canggih - manusia makin jadi sombong !

sila abaikan sms itu


Teknologi makin canggih - buat manusia makin jadi sombong dan juga ikatan persaudaraan makin jadi renggang..

apa pendapat korang pulak ?


p/s: dapat sms dari adik jemput datang bacaan yasin dekat rumah dia .... kenapa tak call ek..  mahal sgt ker kalau nak call abg sendiri ?... hairan betul...




Yang di minta dah di bagi - nak apa lagi ?

Selamat Hari Malaysia 16-September 
Thanks owner ! pakai pinjam pic nie yer...


Terlalu banyak yang di minta - yerlah nak jaga hati dengan lembut hati bagi...

tapi dah terlalu banyak yang di minta.. dan terlalu banyak juga telah di bagi...  jadi korang nak apa lagi???

lepas nie aku sarankan kalau korang nak mintak apa apa lagi... apa kata korang mintak nyawa jer...jadi kalau tak boleh dapat korang hilang nyawa jer...

macam nie lah kalau selalu berlembut - kata toleransi - tapi sebenarnya .... korang jawablah sendiri....


p/s: aku nak mintak gaji 10k sebulan lah.. lepas tu tak payah bayar income tax dan tax-tax yang lain... boleh gitu ?

nota kaki : manusia tak akan berhenti meminta - kerana merasakan tidak puas dengan apa yang dia ada... sesunguhnya inilah sifat orang yang tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih.... ciri-ciri orang munafiq nieh...



Khamis, 15 September 2011

Doakan yang terbaik buat aku!

Dalam beberapa hari dan minggu yang mendatang aku akan menjalani procedure  kesihatan... yang sejak kebelakangan ini menggangu kesihatan aku,


Jadi kawan2 semua tolong dokan kesihatan aku dan yang terbaik buat aku....

semoga korang semua happy dan gembira selalu....


p/s: teringin nak makan nasi minyak kawan2 bloggers... bila lah dapat ek...

nota kaki : dapat nasi bryani kambing nie memang sedap (huh selera tajam.....)




Rabu, 14 September 2011

ko tak lebih seperti tong kosong !

special thanks to owner

Kau tu tak lebih dari tong kosong !

Bunyi banyak kuat - tapi isi --- langsung tak tak ada apa apa.... 

Tak heranlah tong kosong dapat banyak sambutan sebab bunyi kuat...

apa yang hairan orang yang terpelajar pon terpesona dengan tong kosong nie... dasar manusia !

Sedar sedar lah oiii....  kalau tong betul leh jugak di buat letak sampah... nie tidak.. ko yang jadi sampah !


p/s: korang suka poket kosong ker ????




ada orang nak bersedekah, tapi......

Ada orang nak bersedekah....baik sangat niat dia tapi..... 

dia kata dia nak sedekah ini....



sebab dia kata ini dah macam jadi satu keperluan.... boleh ker ? tolong bagi pendapat sikit....

hemmm entahlah...

p/s: tinggalkan komen kat bawah nie yer...

nota kaki : sib baik aku tak hisap rokok....



Selasa, 13 September 2011

Bangau Oh Bangau !

credit to owner.. pakai pic nie yer...


BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

   Macam-mana aku tak kurus,
   ikan tak mahu timbul.
   Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

   Macam-mana aku nak timbul,
   rumput panjang sangat.
   Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?

   Macam-mana aku tak panjang,
   kerbau tak makan aku.
   Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

   Macam-mana aku nak makan,
   perut aku sakit.
   Perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

   Macam-mana aku tak sakit,
   makan nasi mentah.
   Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

   Macam-mana aku tak mentah,
   api tak mahu menyala.
   Api tak mahu menyala.


Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?

   Macam-mana aku nak menyala,
   kayu api basah.
   Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

   Macam-mana aku tak basah,
   hujan timpa aku.
   Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?

   Macam-mana aku tak timpa,
   katak panggil aku.
   Katak panggil aku.


Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

   Macam-mana aku tak makan,
   memang makanan aku.
   Memang makanan aku......

Betul juga tu ye...........

Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau


bestkan lagi nie.. aku ingat lagi sejak kecik dah di ajar lagu ini....

tetapi berapa ramai yangmemahami maksud yang tersirat dalam lagu ini ? dan apa yang korang semua faham ?

p/s: kenapa ko tak buat kerja ? aku bukan tak nak buat kerja tuh.. tapi......... (korang pon paham kan...)

nota kaki : ramai orang yang bersikap begini tapi tak mahu mengaku.. termasuk aku... he he he he korang ? mengaku tak ?



Isnin, 12 September 2011

Jawab Telefon tu biar ikhlas yer...



aku "terpaksa" buat panggilan ker sebuah jabatan kerajaan di Seremban tengahari tadi... tapi yang buat aku tak puas hati ialah cara si tukang jawab telefon tu, sudahlah dengan nada suara yang tinggi, mood tak ader... mungkin mengantuk kot.. nak mintak sambungkan ke department yang berkenaan, dengan tak kata apa apa terus ajer aku kena dengar lagu.... lama plk tuh... tup tup salah sambungan, ke department lain pulak....jadi aku pon putuskan talian dan buat panggilan semula... kali nie kena sound ler si tukang jawab telefon tuh... lain kali nak jawab telefon ikhlas sikit yer... terus saya dapat di sambung ke department yang sepatutnya... 

p/s: sib baik pakai telefon office.. kalau pakai handpone aku.. sure abis kredit aku...(dah ler mahal - sib baik tax tu ditangguhkankan.. kalau tak.. fuh.. lagi lah....terima kasih Kerajaan Malaysia)




bilakah dapat kita bertemu wahai sayangku ! (18 above tau..)

Sudah terlalu lama aku menunggu kehadiran mu sayang...
bilakah akan kita dapat bertemu...

Berapa lama lagikah masa yang perlu aku tunggu akan kehadiran mu sayang.....
 

 Apple MAC Book Pro.


Komputer aku nie asyik jer hang.. pagi nie dah 4 kali restart... ada jugak aku lemparkan komputer nie keluar pintu office nie ha... 

Tesnion betul lah aku....

p/s: ada sesiapa yang sudi nak bagi aku cuba MAC Book Pro nie ? sebab kerja aku berkaitan dengan design dan jugak ada sikit-sikit editing Movies... org kata MAC lah paling best. yer ker ?

nota kaki: bosssss.. bila nak ganti komputer aku nie ? kang lambat siap ko jugak yang bising !!!




Sombong betul...

Hidup nie kalau nak menyombong sangat baik kau duduk dalam hutan -

 best jugak kalau rumah macam nie

Ini tidak, sibuk nak berkawan dan berjiran tapi - perangai menyombong sangat, sampai orang senyum pon ko tak nak balas senyum..dan beri salam kat rumah kau pon di buat buat tak dengar, ajarlah anak anak kau macam tu.. elok bebenor lah perangai macam tu....



p/s: hidup kalau pentingkan diri susah kan.. tapi kalau terlalu peramah pulak di katakan penyibuk pulak... jadi hidup kenalah bersederhana....

Sabtu, 10 September 2011

Pesta Dalam Bulan Syawal - Nak tahu ?

Dalam bulan Syawal nie - ada satu pesta lagi, berlumba lumba orang nak buat, kadang kadang sampai tak larat nak ikut dan pergi....

korang tahu pesta apa ?


Tak lain dan tak bukan Pesta Rumah Terbuka.atau lebih dikenali dengan "Open House"..dan jugak Pesta makan-makan.... Tapi perlu ker ?


Tak kan jiran sebelah rumah pon kena datang time rumah terbuka nie... (individulistik betul lah...)  lain ler kalau kawan kawan... ini tidak adik beradik pon kena datang time nie jugak... melampau betullah korang kalau sampai chamghini !

p/s: pada yang mampu elok juga tapi jangan ada niat lain pulak... bagi yang kurang mampu ikut kemampuan ajer lah...  yang penting ikhlas dan juga dengan tujuan untuk bermaaf mafan dan jugak mengeratkan silaturahim - bukannyer nak tunjuk langsir baru atau bini baru pulak yer.... he he he... jadi korang pikirlah sendiri kan...

memo kaki : ada orang nak lawan jiran dalam buat rumah terbuka nie.. patut ker ? tak ker tu namanyer riak tuh....




Jumaat, 9 September 2011

Bersalam-salaman & Bermaaf-maafan tapi masih ada dendam !

Apa guna bersalam-salaman & bermaafan di hari raya tetapi lepas balik ajer masih mengungkit lagi kisah kisah lama, atau mengumpat cerita baru pulak, benci membenci, kutuk mengutuk di belakang, jadi apa lah gunanya berkunjung-kunjungan dan bersalam -salam, kerana dia dalam hati masih ada dendam.


p/s :Berapa ramai yang sudi bermaafan dari hati ?



Aku merindui seseorang !

Aku merindui seseorang !

bagimana nak ku luahkan isi hati ini ?


hemmm.. entahlah....



Khamis, 8 September 2011

orang lain buat salah aku kena jawab !

Fuyooooo....  nie per hal nie ?



reject ribu ribu set aku kena jawab... bukan ker masa tu ko yang kowtim dengan budak tu, sekarang nie dia dah blah, aku kena tanggung silap tuh...

wahhhh.. manyak senang ko kan.. siap leh maki aku "apa lu kerja, macam ini

wah ini boleh menyebabkan marah nie.......


lain kali nak cakap jangan pakai sesedap mulut jer.. kang aku berhenti baru ko tau....


p/s: walaupon ko bos.. nak cakap jangan ikut sesedap rasa jer.. petatah melayu lama ada berkata "kerana nila rosak santan sebelanga.. kerana pulut santan binasa... " dan pepatah melayu terkini pula berkata "mulut bau longkang nak sound2 tak tentu pasal..."


hemmm entahlah....

Maaf - aku kurang sihat !

Maaf ! yer korang semua...
aku kurang sihat sejak kebelakangan ini....

Jadi korang semua sempena bulan syahwal nie.. jaga pemakanan & jaga kesihatan yer....


p/s: aku dapat rasakan masa aku terlalu singkat dah ! hemmm entahlah....



Rabu, 7 September 2011

Korang fikirlah sendiri !

Korang fikirlah sendiri ! apa sebab berlakunya kemalangan di musin-musim cuti perayaan ini...

Malas lah aku nak cerita pajang-panjang, korang dah besar panjang dan aku kira cukup dan sempurna akal...

sila klik pic untuk tengok lagi jelas.
(kereta ini "left hand drive" yer)


Apa apa pon korang fikirlah sendiri.

p/s: Kalau pandu perlahan tak payah potong-potong pon sampai jugak kan ?



Selasa, 6 September 2011

Soalan panas di hari raya dan mencucuk jiwa...


Soalan-soalan panas dan famous di hari raya, dan boleh menambahkan tension serta hilang mood raya....


1) Bagi yang bujang - Bila nak ada pasangan?  - tak kan tak laku kot!
(macam mana nak jawab ek? lempang boleh ?)

2) Bagi yang ada anak besar sikit - bila nak tambah anak lagi? 
( ingat macam tambah nasi ker ?)

3) Bagi yang baru kahwin - Bila nak ada baby? 
(apa ingat lepas kahwin, cucuk jer leh jadi baby ker ? iskh 18SX nie)

4) Bagi yang bertunang - Bila nak merasa nasi minyak nie?
(fuhhh... panas...)

5) Bagi yang dah lama kahwin - bila nak tambah cawangan? 
(ada ker soalan mcm nie ? - lelaki suka lah kan.)


Banyak lagi soalan soalan yang boleh menbangkitkan rasa tension dan kurang senang kepada yang di soal, jadi sebelum mengeluarkan soalan tolonglah fikir dua kali sebelum anda bertanyakan soalan, sebab kita tak tahu apa masalah mereka yang mereka hadapi sekarang.

p/s:  berhati hati ketika nak bertanya soalan, walaupon di hari raya kena jaga juga mood orang lain beraya.. jangan laser sangat nanti korang pulak sendiri terasa pedasnya...




Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks