Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 28 April 2012

Nestlé 100 tahun di Malaysia - uih dah 100 tahun !




Entry ini sempena Peraduan Nestle 100 tahun, dan ke dua-dua anak aku mengunakan produk Susu Tepung berfomular Nestle Dutch  Lady 1,2,3 pada awalnya dan seterusnya 4,5,6  serta 6 buat masa ini,



Untuk pengetahuan semua kedua-dua anak aku ini merupakan kanak kanak istimewa, jadi pelbagai cabaran dan juga dugaan dalam membesarkan mereka, yang pertama mengalami Autisme dan juga Hyperactive, manakala yang kedua mengalami Hyperactive yang agak serius,

Saat indah anak anak aku ini adalah pada satu hari, semasa isteri aku kurang sihat, mengalami batuk yang teruk dan juga demam, anak kedua aku beria-ia hendak mengambil air sejuk di dalam mangkuk, pada mulanya aku melarang dia bermain air, kerana takut tertumpah dan boleh menyebakan mereka atau orang lain tergelincir, tetapi dia tetap berusaha mengambil air di dalam gelas plastik, agar aku tak perasan sangat, lalu dia duduk di sisi isteri aku yang sedang berbaring di atas katil di dalam di bilik,lalu anak aku telah membasahkan sehelai sapu tangan dan mengelap dahi dan leher serta kaki isteri aku, sambil membaca surah Al-fatihah, aku saling berpandangan dengan isteri aku, dan tak sangka dia akan buat begitu, ini mungkin kerana aku dan isteri akan selalu melakukan perkara begitu apabila mereka kurang sihat, selepas memberi mereka makan ubat.

Aku sungguh terharu dengan apa yang telah dia lakukan, lalu memeluk kedua-dua anak aku dengan lingan air mata gembira, sungguh aku tidak sangka mereka dapat memikirkan serta melakukan perkara tersebut…

Terima Kasih juga buat Nestle kerana menghasilkan serta mengeluarkan produk yang terbukti bagus dan baik untuk perkembangan kanak-kanak, sekali pon mereka dari golongan kanak-kanak istimewa… kerana TT ratio dan juga DHA nya.. yang terbukti berkesan untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Kepada yang lain yang berminat untuk sama sama menyertainya sila lah berkunjung ke >>SINI<< dan tarikh tutup 30.November 2012  banyak juga hadiah yang di sedikan oleh Nestle nie…

Kata aku: pengalaman mengajar aku mengenali erti kehidupan, susah payah dan jerih perih kehidupan mengajar erti nikmatnya ketenangan serta keamanan dalam hidup.


Jumaat, 27 April 2012

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


Aku saje sajer jer nak join segmen Bro Ben Ashaari nie...

apa yang sama Bro ben nie dengan aku...

1) kami sebaya : Umor 36 tahun..
2) Seorang ayah : Ben ada anak lelaki (1 orang)  aku ada anak lelaki (2 orang)
3) Ben main GYM - aku pon main GYM jugak...

Blog Pulak

1) Blog BEN simple (tapi "HOT")  - Blog aku pon simple (Tapi "SEJUK")
2) Blog BEN entry pendek, padat & luahan kata kata.... Blog aku - sama jugak. cuma kurang padat jer kot.
3) iskh dah banyak lah nie.. kang org kata aku "SHADOW" ben pulak...

BTW - TQ Bro BEN ASHAARI - sebab anda adalah idola saya di dunia Berblogging !


kata aku : Teringin jugak nak jumpa Bro BEN nie.. nanti lah kan.. ada rezeki kita jumpa main gym sesama ok!

Kalau korang nak join lihat kat >>sini<<


BERSIH 3.0 - apa yang perlu ?



BERSIH 3.0 "DUDUK & BANTAH" !  pada aku Duduk di Sejadah dan buat amal lagi berfaedah ! hidup ini tidak kekal lama... entah esok entah lusa "PERGI" juga ....

Pergi balik kampung - tengok muka mak ayah dapat "PAHALA".. pergi berhimpun tu buat penat - bercampur lelaki perempuan dapat "DOSA" !

kata aku : sempurnakah akal ? kalau dah tahu menyusahkan tetapi tetap nak lakukannya ? 



Khamis, 26 April 2012

Pelajar maut digilis kereta api - NGERI Sangat! - tak kuat semangat jangan tengok !



Al- Fatihah dan salam takziah ....

Korang ada tengok berita semalam ? atau baca surat khabar ? berita pasal

Pelajar maut digilis kereta api  

kejadian ini berlaku di SEGAMAT JOHOR, (kampung aku lah nie), dan aku sejak petang semalam dah dapat tahu berita ini di FACEBOOK SEGAMAT  nak tahu lebih lanjut sila baca di >>sini<<

 Ada beberapa keping gambar dalam simpanan aku - tak sanggup nak siarkan kerana terlalu mengerikan dan juga demi menjaga sensitiviti keluarga... maaf !

sungguh trajis - dan kereta api di kawasan ini dah  mengobankan banyak nyawa.. dan sesuatu perlu di lakukan untuk mengelak kejadian sama terus berulang !

kata aku : berhati-hati bukan hanya di jalan raya tetapi di mana mana sahaja kita berada..

nota kaki : oleh kerana nak cepat seminit dua - akhirnya kita lambat selamanya ! sedih bukan !



Rabu, 25 April 2012

Apabila Gambar bercerita ! - 25-April-2012 - Penting ker tidak ?



Apabila hanya gambar yang mampu bercerita ...

Penting atau tidak dan apa kaitan ini dalam diri anda !


 pentingkah butang ini buat korang ?


kata aku : butang ini amat penting bagi aku ! tak tahu pulak korang !



Sabtu, 21 April 2012

Perlu ker PTPTN ?



 
OH yang dok kecoh2 dekat dataran merdeka hari tu sebab nak batalkan PTPTN heh ? ohh.. tapi bukan ker hari tu masa dapat pinjaman tu ko pergi beli handpone blackberry dengan Ipad ? - bukan buat bayar yuran dengan makan ker ? iskh pelik nie !
 
kata aku : perlu ker masa belajar gunakan BB & Ipad nie ? kan dah ada lappy kan ?  

nota kaki : nak pergi belajar ker nak pergi tunjuk lawa ?


Gambar Proton Preve kemalangan..



nie gambar Proton Preve yang pertama sekali terlibat dengan kemalangan...

jadi korang nilaikanlah sendiri...



kata aku : belajar dari kesilapan itu tidak salah ! tapi jangan banyak kali buat silap yang sama, itu satu bencana !




Rabu, 18 April 2012

aku berkuku panjang?




Entah macam mana terlintas dalam minda aku ni masa tengah buat kerja tadi !
 
"aku tak mahu pasangan aku berkuku panjang sebab aku takut malam-malam masa tidur.. pegang tangan je rasa kuku panjang.. toleh jer nampak taring... wooo ngeri kan.."

  jangan tenung lama-lama nanti mengigau
 aku tak tahu yer!
 
kata aku : tak elok kan berkuku panjang rasa macam tak bersih jer kan, dan pelabagi kekotoran boleh lekat kat bawah kuku dan juga boleh menyebarkan penyakit kan...

tapi orang kata boleh jadi senjata ? orang dah pakai pistol lah.. tak main pakai kuku nie!
 
nota kaki : korang pulak ? bagaimana bila pasangan berkuku panjang ?







Isnin, 16 April 2012

Chow Kit - 3.MEI.2012



Akan datang 3.MEI .2012

Chow Kit - Kisah mengenai kehidupan di lorong Chow Kit !

Ikuti Offical Trailer ini



jadi sama-sama kita tunggu ! dan saksikan...


kata aku : tak semestinya luaran kita nampak kotor di dalamnya juga kotor dan tak semestinya luarannya bersih tapi dalamanya itu juga bersih !



Nota kaki : ganas ? entahlah korang nilaikan sendiri !

Rabu, 11 April 2012

Pesanan Khidmat Masyarakat - Banduan Melarikan Diri ! - URGENT pls share !




Pesanan Khidmat Masyarakat - Banduan Melarikan Diri ! - URGENT pls share !


Nama : MOHD. REDZUAN BIN ABD. RAHMAN
My kad : 801213-05-5591
Umor : 32 Tahun
Alamat: 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterprenurs Park
58000 Kuala Lumpur.

Untuk tampil memberikan maklumat atau menghubungi Rakan Cop melalui telefon no: 03-21159999.





Selasa, 10 April 2012

Daulat Tuanku ! - Gambar DYMM SPB YDP AGONG & RAJA PEMAISURI AGONG



Sempena Hari Pertabalan DYMM SPB YDP AGONG 11.April.2012

Gambar DYMM SPB YDP AGONG & RAJA PEMAISURI AGONG
KE 14

(SULTAN KEDAH)


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang Di Pertuan Agong payung mahkota negara, !

Daulat Tuanku !

kata aku: ramai yang bercuti kan.., jadi selamat bercuti aku tak bercuti, dan berkerja seperti biasa, tetapi di ganti hari yang lain, dan bagi yang berkerja "SELAMAT BERKERJA"!

nota kaki : unik kan sistem pemerintahan DIRaja di Malaysia nie..

Fakta menarik : Tuanku pernah menjadi YDP Agong ke 5 (Jan 21, 1970 – Sept 20, 1975.) dan satu satunya YDP Agong yang menjadi AGONG buat kali ke dua.

Isnin, 9 April 2012

short quiz - korang kenal apa ini ?




ada sedikit quiz...

korang kenal apa benda ini ?

klik pic untuk besarkan !

kata aku : kalau korang asal kampung atau budak kampung pon belum tentu korang tau kan.. 

klue : sedap masak lemak putih dengan ikan tamban ! - kalau dah tua buat belasah orang !




Masa atau Wang ? - maaf ini bukan MLM yer!




Ramai di antara kita yang Hilang MASA kerana WANG, ada sesetengah dari kita hilang WANG kerana MASA, ada juga di antara kita yang mempunyai MASA tetapi tiada WANG, namum begitu terlalu sedikit daripada kita yang mempunyai MASA dan juga mempunyai WANG! - jadi antara MASA dan WANG yang mana lebih penting bagi korang ? korang sendiri yang tentukan....

kata aku: aku perlukan MASA bersama keluarga dan juga perlukan WANG untuk menyara mereka.. tapi lebih utama bagi aku  MASA untuk mereka, bagi korang pulak bagaimana ?



Jumaat, 6 April 2012

Katakan "YA" - pada yang sebenarnya...



Katakanlah "YA" pada yang benar dan pada yang selayaknya, sekalipun kenyataannya pahit untuk di telan,



kata aku : tak ramai yang sanggup kata "YA", kerana ego dan jugak tidak berilmu !




Rabu, 4 April 2012

Ha ! kan dah kena tumbuk !




Ha kan dah kena tumbuk !

Korang kenal dengan budak ini ?





budak ini famous satu ketika dulu... ada hati nak jadi hero, tapi salah perjuangan !

kata aku: jangan nak jadi hero sangat lah ! - kalau betul nak jadi hero jom join ATM - sebagai prajurit muda, - detail dia kat >> sini << boleh di hantar pergi overseas! berjuang betul-betul dengan peluru dan jugak bom yang real punya! percuma tu ! ada berani ? atau itu barang sudah jadi "kura-kura?" 





Hebatkah Kamu & banggakah kamu !




Memang hebat sungguh kamu, berkereta ala-ala kereta sport, modifikasi yang sungguh mengagumkan, bunyi pon menakutkan,bangga sungguh kamu bukan..

Tetapi tabiat kamu itu membuat kami jadi keji !

Memandu kereta dalam hujan dengan laju dan suka melangar lopak air di jalanan, niat kamu ingin mencuci tayar dan juga bahagain bawah kereta..(bagus punya idea)
tetapi perasankan kamu di sisi itu, ada anak yang berseragam bersama ibu dan juga bayinya sedang berpayung menuju kesekolah? mereka semua habis basah,

Apakah perasaan mereka ketika itu, dalam kesejukan, didalam kebasahan dan di dalam kekotoran ?

Adakah ketika itu masih lagi kamu rasa hebat ? dan masih lagi berasa bangga ?

fikirkanlah...



kata aku: perihatinlah sikit dengan orang yang berada di sekeliling kamu




Selasa, 3 April 2012

Pesanan Khidmat Masyarakat ! 03-April.2012



 SEDIKIT PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya wakil kepada Jawatankuasa WARIS PPKI SK.Taman Paroi Jaya,
dengan ini mempelawa individu/perniagaan yang sudi untuk menyertai Jualan sempena "HARI KANTIN PPKI"

Tarikh    : 26.April.2012
Masa      : 9:00pagi - 4;00petang,
Tempat   : Dewan Terbuka SK.Taman Paroi Jaya.
Objektif  : Mencari dana dan tambahan sumber kewangan bagi PPKI dan membeli beberapa peralatan untuk kegunaan PPKI SK. Taman Paroi Jaya.

Pembayaran secara "KUPON" dan Sewa Tapak : RM100.00 dan
 Tarikh tutup :20.April.2012

Sila berhubung dengan Pengurus Projek di talian : 013-6203124. Pn Hajah Salina (GPK PPKI)  untuk mendapat maklumat lanjut,dan sekiranya ada yang sudi untuk menderma secara ikhlas juga kami dengan besar hati mengalu-alukan, derma secara ikhlas, dan semoga ALLAH meberkati dan membalas jasa baik tuan/puan itu... amin..

(PPKI - "Program Pendidikan Khas Intergrasi" - bagi kanak-kanak Istimewa/OKU
 
 kata aku : elok kalau kita bersedekah kepada golongan oku nie... Semoga Allah Merahmati dan membalas Jasa baik korang semua.. amin..


Isnin, 2 April 2012

Selamat Hari Autisme Sedunia 2012




Selamat Hari Autisme Sedunia 2012
 


dan kalau korang nak tahu lagi mengenai Autisme sila rujuk >>di sini<< dan mereka tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU)


 



Hidup dalam Autisme atau menghadapi masalah Autisme memerlukan banyak pengorbanan, tetapi para ibu bapa yang mempunyai anak autisme ! percayalah sesunguhnya mereka itu amat istimewa...

 berada di dalam dunianya sendiri

dan buat orang ramai berikanlah ruang buat mereka..

 

kata aku : 2 anak aku penghidap autisme, jadi sememangnya mereka ini amat istimewa.

nota kaki : Juga buat rakan blog aku - Rafinamimi a.k.a : mimi pemilik blog http://rafinamimi.com/ kerana beliau juga mempunyai anak autisme !



CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS..




Sedikit perkongsian yang aku rasa bagus kita amalkan. 


 sekadar hiasan

Salah satu cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.  Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis  nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar),

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

 sumber dan Terima Kasih dari Blog My Home Soil 

 kata aku : yerlah hati orang kita tak tahu kan... jadi berhati-hati adalah lebih baik, selain itu dapat jugak pahala membaca Ayat Al- Quraan kan... betul tak?



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks