Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 30 November 2011

Apabila Hanya Gambar Bercerita 30.Nov.2011

Apabila hanya gambar yang mampu bercerita !

hayoo.. apa sudah jadi, dengan kereta aku nie ??

p/s: walau macam mana kita berhati-hati di jalan raya, kalau orang lain tak berhati-hati.. kita turut jadi mangsa....

nota kaki : malang tak di duga !

pssst: tinggal berapa hari jer lagi.. hari yang aku tunggu tunggu !


Selasa, 29 November 2011

Apa kata korang ? 29.Nov.2011 aku kata......

Kalau pergi solat Jumaat atau solat kat masjid tu - tolonglah "senyapkan" bunyi handpone tu... senang matikan terus ajer.. tak perlulah orang lain dengar dangdut "goyang gerudi" Inul start dari takbir pertama sampai sudah... dah ler tu bunyi handpone tu "sekampung" !!! 
 

p/s: aku kata - penting sangat korang punya panggilan ? atau orang yang memanggil tu tak reti bahasa ? kan tu time solat Jumaat !
 apa pulak kata korang ???
 
 nota kaki : aku masih membilang hari ... sudah terlalu dekat rasanya.... hemmm...
 
 



Sabtu, 26 November 2011

Lelaki Indonesia aktif seks ? dia kalangan negara Asia .. erkkk - 18SX

 opssss.. 18 SX tau


korang ada terbaca tak berita pasal nie ? aku terbaca nie kat Berita Harian Online - tak puas .. aku beli surat khabar lagi ha...

kalau korang tak baca lagi.. baca kat  >>sini<<

reaksi sepontan aku ! erkkkk...aktif tu sama dengan kuat jugak kan... betul ker ? patutlah negara Indonesia mempunyai jumlah penduduk teramai dan terpadat di Asia ...

aku kata : patutlah ramai sanggup lari ikut lelaki Indonesia - susah pon tak apa janji "BAHAGIA" .....jadi apa kata korang ?


p/s: anak ramai kena didik betul-betul dan kena beri pendidikan yang secukupnya... tapi anak-anak itu rezeki dari ALLAH....

nota kaki : ada ulamak yang mengatakan anak itu fithnah dunia ...



Hidup Ini 26.Nov.2011

Dalam hidup ini,



Andainya kau tak mampu untuk jadi sang matahari, yang menerangi seluruh alam, janganlah kau jadi semut yang mengigit jari jemari kaki orang lain, adalah lebih elok kalau kau menjadi angin, agar dapat menyamankan suasana....

p/s: kalau korang tak boleh memberi munafaat kepada orang lain, jangan lah pulak menjadi punca masalah.. itu yang aku faham.. bagi korang pulak ?



Salam Maal Hijrah 1433 -

Salam Maal Hijrah 1433H yang akan kita sambut malam ini,

Jadi sempena menyambut tahun baru dalam kalender Islam, marilah kita bersama sama mengisafi diri dan muhasabah diri kita  dan berdoa agar tahun yang mendatang adalah lebih baik dari tahun yang lepas... Insallah....

Kat Sini Aku kongsikan doa Akhir tahun dan doa Awal tahun.. moga moga kita semua mendapat dan di dalam lindungan Allah SWT.  Insallah...


baca 3 kali selepas waktu solat asar dan sebelum masuknya waktu maghrib


di baca 3 kali juga selepas selesai solat Maghrib.



Aku ucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433, dan semoga tahun yang mendatang memberikan sinar yang lebih gemilang dan terbaik buat kita semua... insallah... dan moga kita di lindungi daripada segala fithnah dunia..... amin..

p/s: korang kat mana malam nie ? surau /masjid ker ....... sendiri jawablah yer ! wasalam...





Jumaat, 25 November 2011

Kata Sepontan - 25.Nov.2011

Kata sepontan hari ini...

Jangan terlalu mengimpikan Merak Di kayangan - kerana Merpati jinak di laman pon belum tentu dapat kau tawan....sesunguhnya,aku sedar siapa diri ku...

p/s: motivasi pagi !



Khamis, 24 November 2011

Sian Kat YUNA kan...




kesian Kat Yuna... menang kat AIM lagu terbaik - Lagu Penakut
tup - tup leh cakap dia tarik balik sebab kesilapan teknikal .... apa punya turrrr lah korang !

rasanya ini kes pertama seumpanya kot oleh AIM...

cuba kalau artis yang "berkemban" yang menang korang rasa kena tarik balik tak ? kalau tarik balik mesti berhadapan dengan saman yang tak habis-habis kan....

yerlah kalau dah "kesalahan teknikal" tu pihak korang lah yang kena tanggung apa pulak pihak lain yang kena tanggung akibat ! jadi pihak juri kena "letak Jawatan" sebab bertanggung jawab... bukan memalukan orang lain... ko tu muka tak tebal kot... bagi orang lain muka tebal...
p/s: tak apalah yuna... aku tetap minat you...sebab u are ... u all have the answer !



Turunkan 8 kilo dalam masa sebulan setengah - ada berani ker ? - Part 2

aku amalkan cara extream, bagi yang mempunyai sebarang penyakit di larang mencuba terutamanya penyakit MALAS ... dan penyakit LEMAH SEMANGAT ! dan tip ini hanya bagi yang kuat semangat dan penuh keazaman sahaja..kalau korang bukan di kalangan tersebut... maaf ini tidak akan berkesan.... dan keberkesanannya juga tertakluk pada individu dan bukan semua boleh capai apa yang saya capai ini... serious !
ok begini caranya,

1) Bangun seawal jam 5 pagi - minum segelas air suam dan lakukan sedikit  senaman ringkas... mandi dan solat subuh.. sebelum kerja.. makan sesenduk nasi goreng - pastikan kurang masin, dan kurang minyak.. segelas air suam.


2) Pukul 10 lebih ambil makan ringkas.. seperti nasi goreng atau nasi putih setengah pinggan, sedikit sup sayur serta sepotong ikan goreng  dan juga segelas air suam. lepas tu pastikan korang berjalan laju, at least 500 meter, berjalan laju yer.. jangan macam itik pulang petang !  (boleh di tukar untuk jadi lunch menu ini - andainya tidak mahu ambil di pukul 10.)

3) Banyakan minum air suam - amalkan tiada ICE, SUSU dan jugak GULA serta garam yang paling minima dalam setiap hidangan korang.

4) Berjalan laju atau berjoging sekurang kurangnya 2 kilometer setiap petang. - sebelum berjoging pastikan korang minum - air suam - bagi mengelakkan korang pengsan sebab kekurangan air.

5) Makan malam seawal pukul 6 setengah dan sebelum pukul 7 setengah malam. -  dan hidanganya ialah sepingan nasi serta sayuran sahaja, kalau boleh yang di rebus atau di kukus, - tiada hidangan berdaging untuk makan malam.

6) Andainya di malam hari anda berasa lapar, anda boleh makan 2 keping biskut tawar atau low fat juga hidangan oat dengan susu rendah lemak... tetapi pastikan 2 jam sebelum korang masuk tidur yer.

7) Sebelum tidur lakukan sedikit senaman ringkas, bagi otot-otot jadi relex - dan korang jadi lebih relex untuk tidur, dan boleh mendapat tidur yang berkualiti, dan se-elok-eloknya dalam pukul 10 malam...

8) Selain itu, pastikan korang amalkan membuang air dengan kadar yang tetap, supaya tiada toksin yang berkumpul dalam badan....

9) banyakkan mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah buahan.. tetapi jangan sampai terlalu banyak sebab kandungan gula dalam buah-buahan juga agak tinggi... sepotong betik atau sebiji pisang sudah mencukupi.

10) Elakkan minuman berkafin atau berkabonat, serta makanan laut (seafood)

ha.. amacam ada berani cuba ? - bagi yang tak berani... tak payah cuba dan yang berani aku tak jamin ini akan berkesan pada korang.. tapi inilah yang aku amalkan.. sampai aku dapat hasilnya kini...

sedapnyer...nyam nyam..
tengok ajer makan tak boleh tau !

p/s: selamat mencuba... dan kalau tembam-tembam (chubby) nie pon comel jugak kan... 
ha ha ha.sajer jer teasing korang..makan cokelat dangan ice cream float ..pergh... nikmat tau, tak pon ketam masak lemak, memang tak leh tahan.. memeleh beb !

nota kaki : nie nak cuba ker tak nie ? ha ha ha.. ada berani ?




Rabu, 23 November 2011

Apabila Hanya Gambar Bercerita 23.Nov.2011 - Boleh Percaya ker ?

Apabila Hanya Gambar Bercerita - Boleh Percaya ker ?




p/s: tepuk dada tanya iman, dan berhati-hati yer ? - ada jaminan ker ? dan terdesak bebenor ker nak cari teman hidup ?



Selasa, 22 November 2011

Turunkan 8 kilo dalam masa sebulan setengah - ada berani ker ?

aku dapat lakukanya.. turunkan berat badan sebanyak 8 kilo dalam masa sebulan setengah, matlamat aku nak capai 10 kilo .. penghujung bulan nie... bukan apa .. berat badan aku lebih 10 kilo lah dari berat ideal...masa time klr dari IJN tu hari...

doc suggest aku turunkan berat badan... so sekarang nie berat aku hampir ideal,

sikit hari jadi ketak ketak kot... siap ada 6 ketul ulas di perut... ha ha ha..  wow nice ha ???

korang tak tahu mcm ner rutin aku buat ???



Ahad, 20 November 2011

Pikom PC Fair 2011 - Jom aku belanja ! - leh dapat kereta tuh !

Sempena Ulangtahun Pikom ke 25, dan juga Pikom PC Fair 2011, pengunjung dan pembeli yang bertuah boleh memenangi hadiah yang menarik...syaratnya mestilah berbelanja minima sebanyak RM100* dan kalau lebih lagi lagi bagus, hadiahnya pulak ialah sebuah kereta Mazda 2 1.5 Hatch back... wah! Wah! Wah ! aku nak nie !


selain itu pengunjung yang membuat pre register leh dapat hadiah misteri... nak register kat >> sini << hadiah free beb... tak kan tak nak pulak kan...



Event yang terdekat buat masa sekarang nie kat Seremban, iaitu di Komplek Belia dan Sukan Paroi.. iaitu pada 25 hingga 27. Nov.2011 ... masa jam 11 pagi hingga 9 malam... bagi yang tak tahu kat mana komplek tu.. ianya hanya tepi jalan dari Seremban ke Kuala Pilah, dekat dengan Stadium Keramat Pasukan Negeri Sembilan - Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi atau STAR. - set kan GPS korang kat  2°43.3' N dan 101°58.4 E insallah korang jumpa lah... kalau tak der GPS tanya lah kat orang yer.. di jamin orang Negeri Sembilan nie baik hati dan peramah !

event ini dapat kerjasama daripada badan-badan yang seperti di bawah nie



dan yang paling penting ialah masuk dan keluar tu "FREE"...

moga bertemu di sana yer.... lepas tu leh perkena cendol.. ha ha .. tak pon perkena burger power ijan made in paroi jaya

* UPDATE* - Dalam masa yang sama akan diadakan Karnival IT Negeri Sembilan - di tempat dan tarikh yang sama - dan ianya dengan kerjasama TM ... boleh saksikan kehebatan UniFI - sehingga 20MB persaat ! - wow... mesti mahu try nie...  korang tak teringin ker ???


p/s: biasalah blogger mesti kena ada supplier cantikkkkk punya kan... sini lah nak kenal




Sabtu, 19 November 2011

Free WiFi Zone ? - Tapi ada password !

 
Pernah tak korang pergi tempat makan yang ada Wifi ? 
alah kedai mamak pon dah pandai pasang Wifi, kaedah tarik pelangan katanya... tapi bagi aku tak berapa selesa nak bawak lappy dekat meja makan.. kang kena water split kang ha berasap lappy oo....

Satu kebiasaanya bawak tab atau phone yang ada wifi.. bagi yang ada lah (sekarang dah murahkan...)  nak lagi gempak bawak Ipad .. erkkk.. sepetri yang aku idamkan tapi tak mampu !


tapi kebanyakkannya wifi dia ada password.. eii kata free tapi bubuh password.. tanya pekerja kat situ leh kata eh ada wifi ker ? dengan muka ketat 1 juta wajah.... nak jer aku hempuk mamat tu dengan signbord "Free WiFi Available"   tu kek hidung dia...


kepada yang teringan nak glamer kan.. jangan mengada-ngada nak letak signbord tu.. sebab kalau aku kena mcm tu tu lah the 1st and the last aku datang situ...lps tu bambai.. lagi teruk aku "blog" kan kedai korang tu... itu kuasa yang aku ader...


p/s: jom pergi NS PC fair 2011 - kat Komplek Belia & Sukan Paroi.  25-27 . Nov 2011... leh survey gadjet2 yang masyuk.....





Khamis, 17 November 2011

Satatus " Malam Jumaat" -

Hemmm...

Status "MALAM JUMAAT" - apa di Minda Korang ?

Bagi yang dah kawen dan juga yang masih bujang !


fikir fikirkanlah.... 

p/s: otak jangan biru sangat !




Aku Membilang Hari !

Aku Membilang hari !


ada orang kata !" apa ada dengan hari ?"
hanya angka angka yang sering bertukar ganti....
Matahari tetap akan terbit, di pagi hari,
dan  tengelam di kala senja melabuhkan diri,
di ikuti bulan pon keluar dan menampakan seri,

Bagi aku,
hari yang aku nanti dan aku tunggu itu,
penuh dengan makna, ianya hanya satu angka,
di dalam himpunan kalender,
kerana ianya melahirkan 1000 makna...

p/s: sorry entry jiwang pulak kali ini... ter"emo" sikit..



Rabu, 16 November 2011

Gaji dan bonus 2012 !

Gaji, bonus swasta dijangka turun 2012

PETALING JAYA 15 Nov. - Gaji dan bonus bagi pekerja sektor swasta, terutama kumpulan eksekutif dijangka mengalami penurunan tahun depan akibat kedudukan ekonomi yang tidak menentu melanda negara Eropah, Asia Barat dan Jepun. -  
~ Petikan berita dari Utusan Malaysia Online

alamak... aku tergolong dalam golongan pekerja Swasta nie... hemm...  macam mana nie bos, janji dulu nak bagi bonus 6 bulan gaji nie... !


p/s: redha ajer lah kan... Dah kalau ada rezeki tu ada lah kalau tak ada macam mana nak buat, nama pon bonus.....



Perogol dan Peliwat ! awas ada imej 18 SX yer!

Perogol, peliwat kena pancung
2011/11/16

  

JEDDAH: Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.
Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.
Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.

Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian. – Agensi (sumber dari Berita Harian 0nline)

nota kaki : macam binatang ! ker masuk air mahkluk nie ?

 



Apabila Hanya Gambar Bercerita 16.Nov.2011

Apabila hanya gambar Bercerita


gambar sekadar hiasan

Bayangkan ini adalah adik atau anak korang ? 

apa tindakkan korang ?

sendiri mahu pikir lah yer !


p/s: rasa macam nak buat geng "Bloggers Benci Asap Rokok" tapi ada ker yang sudi join ???



Selasa, 15 November 2011

balik kerja awal tau !

korang setuju tak pendapat macam nie ?


 

sama macam aku ! jangan jadi workaholic ! ha ha ah ha, sebab hidup kita ini bukan hanya untuk majikan dan kerja sahaja...


p/s: bekerja secara sihat !



Pemandu Kenderaan Jabatan !

Pemandu kenderaan Jabatan !

kereta tu milik jabatan - jangan ingat milik korang yer...
lagi satu bawak kenderaan tu berhati hatilah sikit ... ikut undang-undang ler..jangan pakai taram ajer.. sampaikan double line pon nak potong! 

lepas tu ko kenal tau ker suis signal kat mana ? dah lah main himpit-himpit - tak bagi signal... kang kalau accident macam mana ? ko tak apa lah kenderaan jabatan .. bukan kau yang tanggung abis kereta aku ? kau nak bayar ?


nie semua pasal pagi tadi, aku dengan tenang dan mood yang baik memandu nak hantar anak pergi sekolah dan pergi kerja ada satu Pajero milik Pejabat Daerah Jelebu, sebab dengan Jelas Logo dan Tulisan "MAJLIS DAERAH JELEBU" dengan lampu tinggi dan laju mengekori aku dari belakang, dan cuba memotong di garisan berkembar berhampian Kilang Getah Jalan Pantai Seremban ! tetapi tak lepas kerana ada kereta datang dari arah bertentangan, aku cuba berikan ruang tapi tak cukup... pemandu itu terus menghimpit aku dengan tanpa menberikan sebarang isyarat, dah membuatkan aku hampir terbabas. Apa benda yang kau kejarkan sangat tu sampai nyawa orang lain jadi taruhan ?

Patut ker macam nie ?

P/s: ketua Jabatan - tolong ambil perhatian - sekiranya tidak mahu jadi Berita Utama yer !

nota kaki :  sudi ker pemandu tu minta maaf ?


Isnin, 14 November 2011

Bro "Tolong" jaga api tu sikit !

" Bro ! tolong jaga api tu sikit !

minggu lepas aku ada sound budak-budak muda yang rancak bersembang di sebuah kedai makan di salah sebuah komplek membeli belah di Seremban,

Puntung rokok tu menghala ke laluan pejalan kaki untuk ke meja sebelah, dan hampir hampir mencucuh kening anak aku !
lepas tu dengan rasa tak bersalahnyer budak-budak menghembus-hembus asap rokok kepada aku ! ini sudah tahap kurang hajar nie ! anak aku seorang penghidap athma dan aku masih lagi dalam pemulihan selepas pembedahan tempohhari !

ikutkan baran nak ajer aku lempang sorang-sorang! bulu pon tak habis tumbuh nak tunjuk kurang hajar pulak! - tapi nasib baik wife aku sabarkan aku !

Ingat kalau puntung rokok tu terkena mata anak aku tu.. korang ada duit nak pergi hantar anak aku tu pergi buat medical ? - dan nak bayar saman ? - ingatlah sikit spender pon mak ayah korang yang tolong belikan... sedarlah sikit !

p/s: bukan ker kedai makan dan tempat tumpuan awam tu di gazetkan sebagai kawasan larangan merokok ? - tapi masih ada lagi "tempat habuk rokok" ek ?  dan nak mintak penguatkuasa Pejabat Kesihatan lebih proaktif dalam menjalakan pemantauan dan penguatkuasaan ! - tolonglah demi kesihatan semua orang !

 



Khamis, 10 November 2011

Hidup Ini 10-11-2011

Aku teringat pesan dan kata kata Prof. Datuk Dr Muhaya Muhammad,

Hidup ini kita perlu jadi orang yang memberi munafaat kepada orang lain, bukannya menjadi masalah kepada orang lain !



p/s: hidup ini juga jangan jadi terlalu mengejar keduniaan, sebab bila kita "pergi" kita akan meninggalkan dunia tetapi dunia tetap begitu dan tidak akan meninggalkan kita ! - jadi carilah tujuan sebenar kita hidup ini !



11-11-11 - aku kecewa

Tarikh 11-11-11 aku kecewa dan sedih dengan tarikh ini.....

sbb mengingatkan aku dengan seseorang yang telah memusnahkan dan melukkan hati aku....

p/s: jangan di tanya kema mana aku.... aku membawa diri ..




Rabu, 9 November 2011

Apabila Hanya Gambar Bercerita !

Dan hanya apabila gambar bercerita !



 apa kelainannya yang korang nampak !

Ini Handphone magic atau manusia yang magic ?
Hemm.. aku pon tak tahu nak kata apa.. korang nilaikan sendiri !




Selasa, 8 November 2011

Program Komputer 1 Malaysia - Korang Nak Tak ?

Mesti korang tau pasal Komputer 1 Malaysia nie kan ?
ada yang berminat tak nak memilikinya ? atau sememangnya sudah memilikinya ?



pic - kredit to http://feldatrolakselatan.blogspot.com

Apa tujuan di berikan komputer 1 Malaysia nie ? apa pelaksannan dan kaedah pemantuan  ?

sebab masa hari raya Korban yang lepas aku terdengar keluhan beberapa orang ibu dan penjaga kepada beberapa orang pelajar yang menerima Komputer 1 Malaysia ini...

yang satu cakap "Anak akak tu! asyik dengan lettop jer siang malam ! nak kata belajo pon tak der lah sangat, asyik bebenor dgn lettop tu nak mintak tolong buat kerja rumah pon susah ! asyik main internet ajer ! dia kata main fasebook ! apa tah fasebook tu pon akak bukan gheti benda-benda macam ghini!"

yang sorang lagi " ko tahu.. anak akak selalu tunjuk gambar-gambar kawan-kawan dia kat fasebook, eii kat luar bukan main lagi pakai tudung litup.. kat dalam fasebook tu, open.. pakai ketat sampai nak pecah baju tuh,, baju adik dia kot dia pakai tuh...lepas tu bergambo siap bersentuh-sentuh pipi, peluk-peluk pulak dengan kawan lelaki tuh... eiii.. nyampah akak.. nasib baik anak akak tak buat ghitu!" aku jawab.. oh yer ker... sambil terkebil - kebil jer... dalam hati berkata anak akak tu tak bukak halaman dia mmg lah.. cuba kalau bukak.. entah-entah 5 kali 2 jugak.....

Yang nie nak tergelak ker nak smash 8 juta kali aku pon tak tahu.... "ko tahu tak smlm kan anak akak tunjuk kat akak, satu blog - dia cerita dan tunjuk gambor bini org politik tu, alah ***tut**** eiiiii dah ler dia tak pakai tudung, kuat membazir pulak tuh..."  kat mana akak tengok ? alah anak akak tunjuk kat lettop 1 Malaysia yang kerajaan bagi tuh - dengan duit RM500.00 yang tu hari dapat tu !... aku lagi terlopong tak tahu nak kata apa ! dalam hati aku kata dari mana dia dapat lettop tuh sapa bagi ?

Sepatutnya Komputer 1 Malaysia nie di gunakan untuk memudahkan proses pencarian maklumat untuk pelajar, dan sebagusnya komputer ini di gunakan di sekolah, tetapi ada sesetengah sekolah melarang pelajar membawa ke sekolah ! jumud betul ! alasan takut hilang ! dan sepatutnya dah ada sistem rangkaian (networking) secara wifi yang terus menghubungkan komputer 1 Malaysia pelajar- terus ke pelayan (server) yang mana semua maklumat pembelajaran telah di programkan di sana! jadi tak perlulah memikul buku tiap-tiap hari ! 

Tapi setakat hari ini apa ada nampak faedahnya yang korang nampak ? bagi aku selain jadi bahan rebutan anak-anak saudara aku antara mereka ! bagi aku langung tiada faedah ...sebab mereka terbatas dalam mengaplikasikan pengunaan komputer tersebut secara efektif ! 

Malah ada yang dah rosak sebab terjatuh atau kena hempas sebab berebut !

p/s: Pelaksana mestilah bersama-sama dengan perancang supaya menuju satu pencapaian ! bukannya sekerat jalan !



Jumaat, 4 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011 - ada pic 18 sx !

Aku sangat bengang dan marah dengan penganjuran festival Seksualiti Merdeka 2011 di Kuala Lumpur.

Aku rasa penghinaan kepada Malaysia - sbb mereka menggunakan "MERDEKA" sempena hari kemerdekaan Malaysia 31 Ogos sebagai simbolik kepada perjuangan untuk mendapatkan kebebasan seksualiti.

Konsep LGBT !  Lesbian, Gay, Biseksual, dan transgender ! ini yang nak di perjuangkan... apalah dah tak ada benda lain nak di perjuangkan ? dan dah jadi acara tahunan pulak! dan banyak NGO yang bersama-sama dalam acara ini ! nie NGO ker boNGOk ?


benda mustahil


p/s: haiwan pon tak buat hubungan sesama jenis lah oiii.. kalau berbilang pasangan tu ada lah sebab tarafnyer haiwan, nie kalau pilih sesama jenis apa pulak tarafnya korang tuh ?


Dan yang buat aku marah sangat ! ada ker patut di adakan pada masa umat islam menyambut hari raya aidil adha nie! orang kat Mekah sana sibuk buat amal ibadat, dan kat tanah air sibuk buat amalan korban, korang nak buat tak tentu pasal macam nie ! apa lah punya manusia korang nie !


p/s2: kang orang sibuk korbankan haiwan - ada pulak manusia yang terkorban nie kang !



Ada akal tu gunalah sebaik mungkin jangan letak taraf korang lebih rendah dari haiwan yer...

nak ker dan macamana nak jawab kalau anak tanya "mama.. papa ! kenapa uncle "A" kawen dengan Uncle "B" tak keluar anak ek ?  apa korang nak jawab ?"

eii nazubillah ! YA ALLAH jauhkanlah bala dari Negaraku ini 
Ya ALLAH !

syuhhh ! mula-mula forum memeluk islam, lepas tu bersih, skrg seksualiti merdeka 2011, lepas nie apa lagi ? gugurkan taraf bumiputra dan juga Islam sebagai agama rasmi ? ini mungkin... percayalah




Khamis, 3 November 2011

Korban - awas yang takut darah jangan tengok !

Pergh ganas sungguh 

V
V
V
V
V

Bukan apa aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan hari raya korban atau Hari Raya Haji..

Pada ketika itu para Tetamu Allah di Mekah sedang dan penuh keiman serta bersunguh-sunguh menunaikan kerja haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 iaitu menunaikan fardu haji di Baitullah Al Harram..

 pic kredit to 
panahmindanasionalis.blogspot.com

Biasanya di tanahair kita akan menyembelih haiwan ternakan untuk menunjukan rasa syukur kepada ALLAH dengan segala nikmat rezeki yang telah di berikan kepada kita... dan kemudianya daging tersebut akan di sedekahkan kepada golongan fakir dan miskin... secara mentah...

tapi pada masa kini telah banyak program-progam yang di jalankan bagi membantu sesama umat islam yang berada di luar tanah air seperti di Kemboja dan juga Palestin... bagi aku itu terpulanglah pada niat seseorang individu.... yang penting kita ikhlas...

p/s: aku lebih suka raya haji nie sbb boleh takbir lama sikit berbanding Hari raya Aidil Fitri, sebab menimbulkan keinsafan bila bertakbir nie.. melelah air mata....



Ya ALLAH ! sesunguhnya aku amat berhajat untuk menjadi tetamu Mu Ya ALLAH ! permudahkanlah segala urusan aku untuk ke sana YA ALLAH....

Alhamdulilah mulai tahun 2011 - duit dari tabungan KWSP - boleh di jadikan permulaan untuk mendaftar bagi menunaikan haji.. hati aku amat sayu bila terpandang gambar Baitullah Al Harram ini.. terasa ianya memangil-mangil aku untuk kesana... YA Baitullah Al Harram... insallah kita akan bertemu...

nota kaki 1: aku rasa kalau dapat gunakan duit tabungan KWSP tu untuk terus menunaikan Haji kan lagi bagus kan.. sebab itu rukun islam kan.. perkara yang wajib... mcmmana korang rasa ?  daripada berhutang dengan bank baik lagi cara ini kan...


nota kaki 2: kalau korang mampu untuk menunaikan haji tetapi dengan secara senghaja tidak berniat dan berusaha untuk ke sana, maka apabila kamu mati nanti, tidak dikira islam nya kamu... subhanallah !

p/s 2: berhati hati semasa di jalan raya semasa memandu! jangan korang pulak yang terkorban ! nazubillah !


Selasa, 1 November 2011

Jangan terlalu....

pesan aku...



Janganlah terlalu mengejar kebendaan dan harta dunia... sekali pun ianya dapat di wariskan... namun begitu inilah yang sebenarnya menjadi punca persengketaan, pepecahan,dendam kesumat, benci membenci dan sakit hati serta yang paling parah sekali ianya boleh membawa kepada pembunuhan sesama sendiri di kalangan manusia...


dan ingatlah harta yang paling bernilai adalah ilmu pengetahuan... dan jadikanlah pedoman hidup ini iaitu... "apabila kita "pergi" meninggalkan dunia.. hanya selimut putih yang membaluti diri ini...."
cukupkah amalan kamu ? 


aku rasa belum cukup amalan aku ini...


p/s: aku dalam mood bersedih sekarang ini.....




Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks