Mesti korang tau pasal Komputer 1 Malaysia nie kan ?
ada yang berminat tak nak memilikinya ? atau sememangnya sudah memilikinya ?
pic - kredit to http://feldatrolakselatan.blogspot.com
Apa tujuan di berikan komputer 1 Malaysia nie ? apa pelaksannan dan kaedah pemantuan ?
sebab masa hari raya Korban yang lepas aku terdengar keluhan beberapa orang ibu dan penjaga kepada beberapa orang pelajar yang menerima Komputer 1 Malaysia ini...
yang satu cakap "Anak akak tu! asyik dengan lettop jer siang malam ! nak kata belajo pon tak der lah sangat, asyik bebenor dgn lettop tu nak mintak tolong buat kerja rumah pon susah ! asyik main internet ajer ! dia kata main fasebook ! apa tah fasebook tu pon akak bukan gheti benda-benda macam ghini!"
yang sorang lagi " ko tahu.. anak akak selalu tunjuk gambar-gambar kawan-kawan dia kat fasebook, eii kat luar bukan main lagi pakai tudung litup.. kat dalam fasebook tu, open.. pakai ketat sampai nak pecah baju tuh,, baju adik dia kot dia pakai tuh...lepas tu bergambo siap bersentuh-sentuh pipi, peluk-peluk pulak dengan kawan lelaki tuh... eiii.. nyampah akak.. nasib baik anak akak tak buat ghitu!" aku jawab.. oh yer ker... sambil terkebil - kebil jer... dalam hati berkata anak akak tu tak bukak halaman dia mmg lah.. cuba kalau bukak.. entah-entah 5 kali 2 jugak.....
Yang nie nak tergelak ker nak smash 8 juta kali aku pon tak tahu.... "ko tahu tak smlm kan anak akak tunjuk kat akak, satu blog - dia cerita dan tunjuk gambor bini org politik tu, alah ***tut**** eiiiii dah ler dia tak pakai tudung, kuat membazir pulak tuh..." kat mana akak tengok ? alah anak akak tunjuk kat lettop 1 Malaysia yang kerajaan bagi tuh - dengan duit RM500.00 yang tu hari dapat tu !... aku lagi terlopong tak tahu nak kata apa ! dalam hati aku kata dari mana dia dapat lettop tuh sapa bagi ?
Sepatutnya Komputer 1 Malaysia nie di gunakan untuk memudahkan proses pencarian maklumat untuk pelajar, dan sebagusnya komputer ini di gunakan di sekolah, tetapi ada sesetengah sekolah melarang pelajar membawa ke sekolah ! jumud betul ! alasan takut hilang ! dan sepatutnya dah ada sistem rangkaian (networking) secara wifi yang terus menghubungkan komputer 1 Malaysia pelajar- terus ke pelayan (server) yang mana semua maklumat pembelajaran telah di programkan di sana! jadi tak perlulah memikul buku tiap-tiap hari !
Tapi setakat hari ini apa ada nampak faedahnya yang korang nampak ? bagi aku selain jadi bahan rebutan anak-anak saudara aku antara mereka ! bagi aku langung tiada faedah ...sebab mereka terbatas dalam mengaplikasikan pengunaan komputer tersebut secara efektif !
p/s: Pelaksana mestilah bersama-sama dengan perancang supaya menuju satu pencapaian ! bukannya sekerat jalan !
3 ulasan:
Silap hantar agaknya. Patut hantar ke sekolah bg budak-budak belajar
Bagi mak yg ngong tak sekolah tinggi ni pun rasa x ada gunanya laptop tuh!
Buat jahanam akal anak2 bangsa kita je. Sklh ada guna mekanisma pengajaran guna laptop ker? Murid2 kena buat kerja sekolah secara online ke apa??
Nan adooo pekdahnya pun!
agreed...tak faham jugak atas tujuan apa diorang nak bazirkan duit rakyat buat peruntukan yang ternyata tak mendatangkan faedah langsung..
Catat Ulasan