setelah 13 tahun berkhidmat - aku nekad tinggalkan company ini !
mungkin lepas ini aku akan jarang online dan jarang update blog ini... entah aku pon belum pasti !tapi mengambil keberkatan Hari Jumaat ini, aku harapkan kawan-kawan mendokan aku di berikan kekuatan dalam menceburi bidang baru ini !, namun begitu janganlah lupa akan kewujudan blog aku ini, dan sudi sudilah tegur aku di Twitter yer... insallah kalau ada kesempatan aku jawab...
kata aku : doa dan kata-kata semangat daripada kawan-kawan amat aku hargai !
nota kaki : " kita perlu lompat keluar - untuk lihat dunia!" seperti entry ini...
Dalam hidup ini.. kalau kau tak boleh menjadi pendamai di antara dua pihak yang bertelagah, maka janganlah kau menjadi pengacau di antara keduanya!
kata aku: andainya kau tak jelas atas sesuatu perkara, maka janganlah sesuka hati membuat andaian atau penafian serta merancakkan sesuatu cerita itu, janganlah hanya kerana mahukan nama, kau hancurkan segalanya !
Nota kaki: kita hidup ini sebagai manusia, tidak lari dari membuat / melakukan kesilapan, jadi tegur menegur itu adalah baik, bermuzakaralah, berbincang lah dan berfikirlah sebagai manusia, sebab hidup ini penuh dengan tangungjawab yang akan di soal "DI SANA" nanti....
korang ada baca harian metro hari ini ? - 17-05-2012
Pasal Aidil - tarik balik permohonan cerai dia kepada Rita Rudani..
Terima Kasih Harian Metro Online!
walaupun sejahat mana dan seteruk mana sekalipun pasangan kita, sekiranya di hati masih ada perasaan sayang, segalanya masih boleh patah balik, buang yang keruh ambil yang jernih, dan jangan mengungkit-ungkit agar tidak lagi menjadikan keadaan jadi lebih parah.
dalam hidup ini !
Semua benda boleh di tipu tetapi bukan hati kita sendiri.
kata aku : Urusan rumahtangga kita, hanya kita sahaja yang layak menguruskanya.. orang luar hanya boleh memberi pandangan sebagai orang luar, segala keputusan dan tindakan adalah hak mutlak kita sendiri ! -
nota kaki : maka ramailah lelaki yang menghantuk kepala ke dinding sebab tak dapat nak tackle Rita nie... (betul tak ? - it just my guess...)
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kejayaan dalam kehidupan, Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dan perkara asas dalam hidup.
kata aku : belum tentu orang yang berpendidikan rendah tak boleh berjaya, dan tidak ada jaminan orang yang berpendidikan tinggi itu akan berjaya dalam hidupnya !apa yang penting ! Berusaha ! berusaha ! berusaha, berdoa dan tawakal.. insallah ! kalau dah itu hak kita ! semestinya kita akan milikinya !
Andainya kita sebuah di dalam sebuah kapal, apabila ada "BOCOR" semasa dalam "PELAYARAN" , mestilah "DI TAMPAL" dari "DALAM", kalau "TAMPAL" dari "LUAR" - jawabnya "LEMAS".
kata aku: ramai orang apabila terjadinya kebocoran kecil sahaja dengan segera mereka melompat terjun / keluar, dengan sangkaan kapal akan karam, padahal ianya boleh di tampal, akhirnya kapal berlalu pergi, maka terkapai-kapailah dan dia hanyut,tengelam dan karam...
Semalam kecoh pasal video "IRA" (layak ker dia dipanggil IBU?) yang memukul anak tu kan, aku pon tak terkecuali dari membuat entry perkara yang sama, semangat berkobar-kobar dan marah serta simpati untuk bantu memberhentikan tindakkan dia yang di amat keterlaluan, namun aku bersyukur dan mengucap kan Alhamdulilah ke hadarat ILAHI kerana kes itu sudah lama dan pelakunya si "IRA" telah pun di tangkap serta telah di kenakan hukuman, walaupon rasanya tak berbaloi, hanya penjara selama 18 bulan sahaja, tapi siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman, dan mesti "IRA" ada jawapan mengapa dia tergamak melakukan perbuatan "LUAR KAWAL" itu.
Namun dalam masa yang sama aku teringat di luar sana - masih ada ramai lagi orang-orang yang bersikap & berkelakuan seperti "IRA" malahan ada yang lebih teruk daripada itu...
Percayalah... kerana aku pernah saksikan di depan mata aku sendiri...(tapi tak tergamak nak merakamkan) malahan aku ada bersama-sama cuba meleraikannya.. dan aku terfikir di situ anak itu selamat. "DI RUMAH????" tak siapa yang tahu, aku bersedih dan termenung serta berfikir hanya ALLAH yang tahu....
kata aku : kita bukanlah sesiapa untuk menjatuhkan hukuman, jadi jangan bertindak di luar kawalan, dan apa usaha kita untuk menghentikan "tabiat" ini...
nota kaki: urus & tangani stress dapat membantu "kawalan kendiri", anak satu amanah dan pinjaman - bersediakah untuk menjawab semasa "DI SANA" nanti ?
persoalanya : anak dia kah itu ? apa masalahnya ? kenapa boleh jadi begini !
kata aku : kesian kat bayi tu, tak apa sekarang ini ko siksa dia, tengok bila ko dah tua nanti, dia balas ko balik macam mana ? - hidup ini bagai roda ! sekarang ko di atas, esok lusa pasti ko di bawah !
nota kaki : kalau nak lepaskan geram - lepaskan pada yang sepatutnya jangan yang tak tahu apa apa...
UPDATE - 10-MEI-2012
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai. “Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.
percaya atau tidak sebab harta yang tidak seberapa, adik beradik jadi musuh, sepupu berparang, cucu cicit saman menyaman, apa harta tu nanti akan jadi sendal mayat engkau masa kat lahad nanti ker ?
sesunguhnya tidak bukan, jadi engkau sebagai yang lebih "dewasa" tunjukkanlah contoh yang baik buat adik adik !
Malulah sedikit dekat anak-anak saudara, dan juga jiran tetanga.
Dan ingatlah - apabila kita di panggil menghadapNYA... hanyalah 7 helai (bagi lelaki) atau 8 helai (bagi perempuan) pakaian yang kita bawa... harta itu hanyalah pinjaman semata-mata...
kata aku : kes saham FELDA (FVGH) nie sampai bawak ke mahkamah, walhal belum tentu lagi berapa yang dapat... siap dapat perintah mahkamah halang dari yang mengusahakan itu menerima, abis dia usahakan dia tak dapat apa-apa, ko yang tak usik apa apa nak pulak semua ! - apa punya pemikiran lah ko nie... sebagai anak saudara aku sungguh malu dengan tidak tanduk ko... eh bukan ker bahagian anak lelaki lebih berbanding perempuan dalam faraid ? abis tu naper makcik buat adik lelaki makcik macam tuh ? kan keluar dari perut yang sama !
Apabila Gambar bercerita ! - 2 MEI 2012 - Harga sebuah pengukur masa !
Lokasi : JPO - Johor Preminum Outlet
kilk gambar untuk besarkan imej
Jenama kesukaan aku : SEIKO !
Harga dari RM 7XX - to RM10K ++ nilai sebuah pengukur masa !
kata aku : kalau pakai jam yang beribu-ribu tetapi tak tahu menghargai masa - itu lagi tak berguna kan.. biarlah pakai jam beli RM10.00 di pasar malam.. tapi amat menghargai masa itu 1000 kali lebih baik !
Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh...kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...
Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini...moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...