Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 13 September 2011

Bangau Oh Bangau !

credit to owner.. pakai pic nie yer...


BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

   Macam-mana aku tak kurus,
   ikan tak mahu timbul.
   Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

   Macam-mana aku nak timbul,
   rumput panjang sangat.
   Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?

   Macam-mana aku tak panjang,
   kerbau tak makan aku.
   Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

   Macam-mana aku nak makan,
   perut aku sakit.
   Perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

   Macam-mana aku tak sakit,
   makan nasi mentah.
   Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

   Macam-mana aku tak mentah,
   api tak mahu menyala.
   Api tak mahu menyala.


Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?

   Macam-mana aku nak menyala,
   kayu api basah.
   Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

   Macam-mana aku tak basah,
   hujan timpa aku.
   Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?

   Macam-mana aku tak timpa,
   katak panggil aku.
   Katak panggil aku.


Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

   Macam-mana aku tak makan,
   memang makanan aku.
   Memang makanan aku......

Betul juga tu ye...........

Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau


bestkan lagi nie.. aku ingat lagi sejak kecik dah di ajar lagu ini....

tetapi berapa ramai yangmemahami maksud yang tersirat dalam lagu ini ? dan apa yang korang semua faham ?

p/s: kenapa ko tak buat kerja ? aku bukan tak nak buat kerja tuh.. tapi......... (korang pon paham kan...)

nota kaki : ramai orang yang bersikap begini tapi tak mahu mengaku.. termasuk aku... he he he he korang ? mengaku tak ?



5 ulasan:

Puteri Kasih berkata...

sikap tak nak mnegaku tapi suka tundingkan jari pada benda atau org lain

anak mami berkata...

maksud kisah bangau ni ialah....kesalahan diri sendiri x gaku tp akn menunding jari pd salah org lain...betul tak aku....

biasa le tu aku....lidah x bertulang kan

lagenda berkata...

lagu yg diajar dr kecik lagi hah..suka salahkan org lain.

Anis Anisa berkata...

suke slahkan orng lain.. mcm tu lah sikap manusia... lagu ni pon macm perlian sebenarnya kepada kita.. huhuhuhuhuhu

Mrs.Yie berkata...

dia yg salah tapi salahkan benda lain pulak..begitulah maksudnya.. :)

Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link