Minggu lepas aku pergi Pejabat POS dekat dengan rumah aku nie... walaupun ada cuma 4 orang sahaja yang menunggu... aku tengok no giliran aku melampau punyalah ramai....
tak sangka pulak ada seorang "MANUSIA" nie yang secara terang terangan sedang mengambil no giliran sanggup menekan dan mengambil no giliran dengan banyak .... tidak kurang dari 10 keping !
Lalu aku tertanya sendiri - APA MOTIF DIA EK ? kerana dengan tindakan dia tu boleh melambatkan urusan orang lain yang betul betul nak cepat ! - GUNAKAN AKAL LAH BRO !
kata aku : cuba kena turn ko menunggu "HANTU" mcm nie... boleh jadi hati panas tak ?
p/s: POS MALAYSIA BERHAD - perlu ambik tindakkan dengan manusia sebengini, membazir kan kertas serta masa pelanggan yang lain....
nota kaki : "what goes around comes around"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan