Kata Kata Aluan bukan Halauan !

Selamat Datang !

Terima Kasih Sebab sudi datang blog ini,

Nak Folow di alu alukan.

Komen tau! kalau sudilah yer...

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 2 Disember 2011

aku membilang hari.. akhirnya....

mesti korang tertanya-tanya entry sebelum-sebelum ini yang "aku Membilang hari..."

wah ada sampai kata aku nak kawen lagi satu tuh... wah... p/s.. wah! sampai macam tu doa korang kat aku... aku tak mampu berlaku adil itu jawapan aku...

korang tahu aku tunggu apa ?


Actually aku tunggu ini.... jom tengok kat bawah nie...

V

V

V

V

V

V

V

V

aku dapat 3 series lah...

V

iskh bukan ini lah...

V

tapi yang ini...

02-DEC-1976 pukul 5:30 pagi aku di puterakan
Terima Kasih "MAK"  & "AYAH"

V

V

tapi bukan 3 yang ini yer...

ops.... no komen...
mcm kat atas tu aku tak yakin aku mampu berlaku adil...
itu sahaja...


p/s: dah tua aku nie kan... tapi bagi aku usia hanyalah nombor yang menunjukan peningkatan usia.. 

nota kaki : Alhamdulilah ALLAH sudi berikan aku peluang untuk hadapai hari ini lagi...

nota kaki 2: terima kasih atas doa korang semua...



Ombak Rindu - Nak tiket free ???

jom pergi tengok filem ombak rindu, sebelum tu jom kita layan promo filem nie...



ada sesiapa sudi nak belanja aku tiket untuk tengok filem nie ?

p/s: aku mudah terlelap dalam panggung sebab sejuk... dan aku tak tahan sejuk...



Khamis, 1 Disember 2011

DIAM !

 
 kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen dan pandangan...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan...
tapi...
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya...
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya...
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya...
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya...
kerana...
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah...
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud...
maka...
jika kita merasakan DIAM itu terbaik...
seharusnya kita DIAM...
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak...
berkatalah sehingga mereka terDIAM…
 p/s: DIAM  - D~ Do / I~ it / A- another way of / M~management  
nota kaki : aku seorang yang suka memerhati dalam DIAM - dalam diam aku bertindak dan berkata-kata




Borang Pendaftaran Bantuan Rakyat RM500.00

 Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan

borang pendaftaran boleh didapati secara "percuma" mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. (percuma bermakna tiada bayaran tau)
p/s: kalau ada online atau leh download lagi bagus ek ....

Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'

pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah - (jangan nak tipu pendapatan pulak ok)

pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara, dan Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon

Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat, - (jangan takut orang yang "MENENTANG" kerajaan pon layak dapat kalau penuhi syarat !)


p/s: agak-agak duit bantuan nie nanti bertukar jadi handpone tak ? apa apa pon gunakan dengan sepatutnya yer...

nota kaki : cara pembayarannya pula macam mana ? jangan pulak nanti banyak "dipotong" jugak ! cukup-cukuplah buat keputusan ikut hati sendiri yer !

nota kaki 2: ingatlah! sekiranya kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, Azab api neraka itu amat pedih !

Nota kaki 3: pssst.. orang yang "MENENTANG" kerajaan tu kalau rasa tak nak ambik lagi bagus.bagi sedar diri sikit yer - ada ker yang mengaku time macam nie ? muka tak malu!

nota kaki 4: walaupon aku tak layak terima .. cuma nak ucapkan "TERIMA KASIH" pada kerajaan sebab perihatin dengan kesusahan rakyat... kalau ada budject lebih... leh up lagi sikit kan... he he he



Wahhh !!! sampai kebawah nie korang pergi baca blog aku heh... kelassss ko.. tak apa nak baca yang lain sila pergi ke link up atau kata aku yang terdahulu tu yer...

Apa apa pon terima kasih yer sebab baca sampai bawah sini... moga segala ilmu dan maklumat serta teguran di sini memberikan korang sedikit maklumat dan sebarkanlah.. kerana segala ilmu dan maklumat itu milik ALLAH...

jomblogwalking & Back Link

Free Backlinks