Pemandu kenderaan Jabatan !
kereta tu milik jabatan - jangan ingat milik korang yer...
lagi satu bawak kenderaan tu berhati hatilah sikit ... ikut undang-undang ler..jangan pakai taram ajer.. sampaikan double line pon nak potong!
lepas tu ko kenal tau ker suis signal kat mana ? dah lah main himpit-himpit - tak bagi signal... kang kalau accident macam mana ? ko tak apa lah kenderaan jabatan .. bukan kau yang tanggung abis kereta aku ? kau nak bayar ?
nie semua pasal pagi tadi, aku dengan tenang dan mood yang baik memandu nak hantar anak pergi sekolah dan pergi kerja ada satu Pajero milik Pejabat Daerah Jelebu, sebab dengan Jelas Logo dan Tulisan "MAJLIS DAERAH JELEBU" dengan lampu tinggi dan laju mengekori aku dari belakang, dan cuba memotong di garisan berkembar berhampian Kilang Getah Jalan Pantai Seremban ! tetapi tak lepas kerana ada kereta datang dari arah bertentangan, aku cuba berikan ruang tapi tak cukup... pemandu itu terus menghimpit aku dengan tanpa menberikan sebarang isyarat, dah membuatkan aku hampir terbabas. Apa benda yang kau kejarkan sangat tu sampai nyawa orang lain jadi taruhan ?
Patut ker macam nie ?
P/s: ketua Jabatan - tolong ambil perhatian - sekiranya tidak mahu jadi Berita Utama yer !
2 ulasan:
Dia drive pki kaki kot..! Klu nak matik sgt, pi la bwk keta tu menjunam ke mana2 gaung..nyusahkan org lain plak apa hal kan..
Mungkin niat pemandu tu nak mampus kot pagi2 tu..masalahnya kalau nak mampus,mampus seorg la ye tak? alhamdulilah AKU dan anak masih selamat...
Catat Ulasan