aku amalkan cara extream, bagi yang mempunyai sebarang penyakit di larang mencuba terutamanya penyakit MALAS ... dan penyakit LEMAH SEMANGAT ! dan tip ini hanya bagi yang kuat semangat dan penuh keazaman sahaja..kalau korang bukan di kalangan tersebut... maaf ini tidak akan berkesan.... dan keberkesanannya juga tertakluk pada individu dan bukan semua boleh capai apa yang saya capai ini... serious !
ok begini caranya,
1) Bangun seawal jam 5 pagi - minum segelas air suam dan lakukan sedikit senaman ringkas... mandi dan solat subuh.. sebelum kerja.. makan sesenduk nasi goreng - pastikan kurang masin, dan kurang minyak.. segelas air suam.
2) Pukul 10 lebih ambil makan ringkas.. seperti nasi goreng atau nasi putih setengah pinggan, sedikit sup sayur serta sepotong ikan goreng dan juga segelas air suam. lepas tu pastikan korang berjalan laju, at least 500 meter, berjalan laju yer.. jangan macam itik pulang petang ! (boleh di tukar untuk jadi lunch menu ini - andainya tidak mahu ambil di pukul 10.)
3) Banyakan minum air suam - amalkan tiada ICE, SUSU dan jugak GULA serta garam yang paling minima dalam setiap hidangan korang.
4) Berjalan laju atau berjoging sekurang kurangnya 2 kilometer setiap petang. - sebelum berjoging pastikan korang minum - air suam - bagi mengelakkan korang pengsan sebab kekurangan air.
5) Makan malam seawal pukul 6 setengah dan sebelum pukul 7 setengah malam. - dan hidanganya ialah sepingan nasi serta sayuran sahaja, kalau boleh yang di rebus atau di kukus, - tiada hidangan berdaging untuk makan malam.
6) Andainya di malam hari anda berasa lapar, anda boleh makan 2 keping biskut tawar atau low fat juga hidangan oat dengan susu rendah lemak... tetapi pastikan 2 jam sebelum korang masuk tidur yer.
7) Sebelum tidur lakukan sedikit senaman ringkas, bagi otot-otot jadi relex - dan korang jadi lebih relex untuk tidur, dan boleh mendapat tidur yang berkualiti, dan se-elok-eloknya dalam pukul 10 malam...
9) banyakkan mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah buahan.. tetapi jangan sampai terlalu banyak sebab kandungan gula dalam buah-buahan juga agak tinggi... sepotong betik atau sebiji pisang sudah mencukupi.
10) Elakkan minuman berkafin atau berkabonat, serta makanan laut (seafood)
ha.. amacam ada berani cuba ? - bagi yang tak berani... tak payah cuba dan yang berani aku tak jamin ini akan berkesan pada korang.. tapi inilah yang aku amalkan.. sampai aku dapat hasilnya kini...
sedapnyer...nyam nyam..
tengok ajer makan tak boleh tau !
ha ha ha.sajer jer teasing korang..makan cokelat dangan ice cream float ..pergh... nikmat tau, tak pon ketam masak lemak, memang tak leh tahan.. memeleh beb !
nota kaki : nie nak cuba ker tak nie ? ha ha ha.. ada berani ?
1 ulasan:
info yg menarik..:)
Catat Ulasan