Dipukul suami salah faham
KUALA LUMPUR: Gara-gara salah faham, seorang penjual insurans terpaksa menanggung malu apabila dipukul seorang suami kepada pelanggannya di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun menyapa seorang wanita bersama anaknya yang sedang membeli-belah untuk memperkenalkan pakej insurans dijualnya.
Menurut sumber, dia kemudian meminta wanita terbabit memberi peluang beberapa minit kepadanya untuk menerangkan mengenai insurans itu.
“Selepas beberapa minit berbincang, mangsa meminta wanita terbabit meninggalkan nombor telefon bimbit supaya mereka dapat berbincang lagi di lain kali selepas wanita itu berminat untuk menyertainya.
“Selepas memberikan nombornya, wanita terbabit terus beredar, namun kejadian itu disedari suami wanita itu yang menyangka mangsa cuba memikat isterinya,” katanya.
sumber : Harian Metro Online
Aku kata; ko dah kuat sangat ker ? sesuka hati kepala lutut ko nak pukul orang nie? kan lebih baik ko gunakan kekuatan ko tu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan negara! nie tidak... cemburu tahap cipan !
Iskh gila lah ko nie... agak agak lah... tanyalah dulu kalau yer pon... jangan pakai belasah jer !
p/s: Isteri itu bukannya milik kamu tetapi amanah yang di pertangungjawabkan keatas kamu !
nota kaki: lepas pukul... ada berani tak nak mintak maaf ? atau terus beli insuran, yang jurujual insuran tu.. tak apa insuran ader......
macam macam hal dalam dunia nie...
1 ulasan:
x pasal2 dapat malu..
Catat Ulasan