macam tak seronok jer bunyi "atas pagar" nie...
kata nak menangi hati pengundi.. tapi gunakan istilah "atas pagar" bagi aku yang dah banyak kali mengundi nie... aku terbayangkan...
inilah yang aku terbayangkan bila ayat "atas pagar"
itu di sebut..
Istilah atas pagar tu menunjukkan seolah olah seorang yang tak pandai buat keputusan, tiada pegangan, tiada komitmen dan juga tidak komited terhadap sesuatu keputusan di dalam diri mereka, dan seolah-olah tidak percaya pada pendapat diri sendiri serta mudah terpengaruh dengan hasutan serta provokasi di hadapi !
kata nak memenangi hati pengundi muda dan pengundi yang paling berkuasa di masa sekarang ini... tapi istilah yang di gunakan tidak atau langsung tidak mencerminkan hasrat tersebut... kan lebih elok kalau di gunakan istilah "pembuat keputusan" atau "pengundi muda" berbanding "atas pagar" tuh - fikir fikirkanlah yer....
p/s: kadang kala dengan tersalah kata - boleh sebabkan kehancuran, kerana kata-kata lebih tajam dari sebilah pedang !
nota kaki : ahli politik - berani ker sahut cabaran nie ?
2 ulasan:
x pernah panjat pagar lg...pe lagi nk lepak atas pagar..hehe
kena tetapkan pendirian kita...! salam kunjungan
Catat Ulasan